CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10397|Reply: 25

Persoalan Asal Usul nama Singapura..

[Copy link]
Post time 5-1-2011 02:33 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by highcastle at 5-1-2011 14:34

Aku tak tahulah dah ada ke idak kat board nie..

Betul ke asal usul nama singapura diambil sempena nama Singa dan Pura iaitu bermaksud Kota Singa di mana Sang Nila Utama terjumpa singa di Temasik. Sedangkan kita tahu singa hanya ada di kawasan savannah iaitu di Afrika...

..mungkin pernah diperbincangkan di sini dan aku pun malas nak selak page belakang...mod kalau dah ada ataupun rasa tak sesuai, sila humbankan thread nie jauh2...

Sang Nila Utama                                                                                                                                        Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Lompat ke: pandu arah,                                        gelintar                                
                                                                                                                                
Sang Nila Utama ialah seorang putera Melayu dari keturunan diraja Srivijaya yang menubuhkan kerajaan Singapura lama pada tahun 1324. Baginda ialah anak kepada pasangan Sri Nila Pahlawan (Sri Maharaja Sang Sapurba Paduka Sri Trimurti Tri Buana) dan Wan Sendari (anak kepada Demang Lebar Daun pemerintah Palembang).
Isi kandungan [sorok]
[sunting] Asal Usul
Menurut Sejarah Melayu, Sri Nila Pahlawan dari keturunan Iskandar Zulkarnain (bukan Alexander Agung) muncul di Bukit Siguntang Mahameru bersama dua saudaranya, Sri Nila Utama dan Sri Krishna Pandita.
Pada masa itu, Palembang diperintah oleh seorang Raja bernama Demang Lebar Daun. Apabila mendengar khabar ada anak raja besar keturunan Iskandar Zulkarnain turun di Bukit Siguntang, baginda pun terus ke sana untuk bersemuka dan mengambil berkat kebesaran anak raja itu. Nila Pahlawan kemudiannya berkahwin dengan anak kepada Demang Lebar Daun dan Tuan Telanai bernama Wan Sendari. Baginda kemudiannya mengambil alih takhta Palembang dari Demang Lebar Daun selepas satu sumpah setia. Baginda memakai gelaran "Sri Maharaja Sang Sapurba Paduka Sri Trimurti Tri Buana" (Sang Sapurba).
Sri Nila Pahlawan dikurniakan 4 orang anak iaitu Sang Maniaka, Sang Nila Utama, Puteri Chandra Dewi, Puteri Sri Dewi dan Puteri Mengindra Dewi.
Selepas serangan hebat tentera Majapahit pada kurun ke-13, baginda dan keluarga diraja yang lain berpindah ke Bintan dan baginda mangkat di sana. Baginda digantikan putera keduanya, Sang Nila Utama yang memakai gelaran "Sri Maharaja Sang Utama Parameswara, Batara Sri Tri Buana".[sunting] Menubuhkan Singapura lama
Ketika pergi memburu di sebuah pulau, Sang Nila Utama ternampak seekor rusa dan mengejarnya sehingga baginda sampai ke sebuah batu besar. Baginda membuat keputusan memanjat batu tersebut hingga ke puncaknya lalu ternampak sebuah pulau lain dengan pantai yang putih dan cantik.
Baginda diberitahu oleh salah seorang menterinya yang pulau itu ialah Temasek. Baginda membuat keputusan untuk melawat pulau tersebut namun dalam pelayaran ke sana kapal baginda dipukul ribut yang kuat dan dimasuki air.
Untuk mengelakkan kapal itu dari karam, pengiring baginda membuang semua barangan berat ke dalam laut untuk meringankan kapal. Bagaimanpun, kapal itu masih dimasuki air dan karam sedikit demi sedikit. Atas nasihat nakhoda kapal, baginda membuang mahkota kerajaan yang berat ke dalam laut, serta merta ribut berhenti dan mereka selamat sampai ke Temasek.
Baginda mendarat di muara sungai Singapura sekarang dan terus menuju ke hutan untuk memburu haiwan liar. Tiba-tiba baginda ternampak binatang pelik yang berbadan merah, berkepala hitam dan berdada putih. Binatang itu kelihatan sangat cantik dan bergerak dengan pantas hilang ke dalam hutan.


Baginda bertanyakan tentang binatang itu kepada Bendahara lalu diberitahu yang ia seekor singa. Bagaimanapun, kajian terbaru di Singapura menunjukkan singa tidak pernah hidup di situ, apa yang mungkin ternampak oleh Sang Nila Utama ialah seekor harimau malaya.[1][2]



Merasakan ini adalah petunjuk yang baik, baginda memutuskan untuk membina sebuah kota baru di Temasek dan menamakannya "Singapura". "Singa" bersempena nama binatang yang dijumpai baginda dan "pura", satu perkataan sanskrit bermaksud "kota" atau "bandar". Jadi "Singapura" bermaksud kota singa atau bandar singa.
Sang Nila Utama terus memerintah Singapura selama 48 tahun dan mangkat pada tahun 1372 dan dimakamkan di Bukit Larangan (hari ini Fort Canning Hill).[sunting] Warisan
Selepas kemangkatan baginda, 3 lagi raja memerintah Singapura iaitu Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 - 1401).
Pada tahun 1401, cicit baginda iaitu Paduka Sri Maharaja Parameswara| diusir dari Singapura selepas Majapahit berjaya menawan Singapura. Baginda kemudiannya melarikan diri ke utara dan menubuhkan kerajaan Melaka pada tahun 1402.
Sang Nila Utama ialah anak kepada Sri Nila Pahlawan (Sang Sapurba) yang diceritakan dalam Sejarah Melayu sebagai nenek moyang legenda raja-raja Melayu. Dari keturunan baginda, wujud dinasti-dinasti kerajaan di alam Melayu seperti Melaka, Johor dan Perak. Sultan Perak ke-34, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (1984 - sekarang) ialah keturunan langsung dari Sultan Perak pertama, Sultan Muzaffar Shah I (1528 - 1549), iaitu salah seorang putera Sultan Mahmud Shah (1488–1528), Sultan Melaka terakhir.


...tapi yang peliknya camana dia orang boleh sebut binatang tu sebagai "singa", mesti bendahara Sang Nila Utama pernah melawat Aprika.....Atau bendahara tu main sebut aje, supaya Sang Nila Utama tak murka...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2011 02:43 PM | Show all posts
Singapura ade kaitan dgn kerajaan Singasari..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 03:03 PM | Show all posts
Reply 2# unekspekted_II


   ohyeker?? rasa pernah dgr perkataan dan nama kerajaan singahsari ni...... leh ceritakan sdkit???
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 03:09 PM | Show all posts
contoh :

"pura" adalah 'rumah'.. ataupun courts..
"sari/sri" adalah "shining".. ataupun.. ntah hape...

but, thru history.. ade kaitan dgn name2 ni.. mcm :

InderaPURA.. or.. SRIvijaya.. or langkaPURA.. or.. langkaSUKA.. or... SERImahkota.. or.. PURAcendana
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 06:48 PM | Show all posts
singa ada di india. apa nk heran sgt klu singa ada kt temasek
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 11:34 AM | Show all posts
Nama Singapura
Tang jumpa Singa tu, aku tak musykil sangat. Agaknya, 700 tahun dahulu, mungkin ada saki-baki Singa yang ada kat Singapura.


Keturunan Iskandar Zulkarnain
Tang Quote kat bawah ni aku selalu musykil. Nama-nama yang disebutkan Mahameru, Sri Nila, Sri Krishna... Tapi claim keturunan Iskandar Zulkarnain?

(Dari zaman nenek moyang mereka, mereka selalu ditipu. Dan, mereka jarang sekali nak ambik iktibar. Dan mereka mudah lupa).  

Menurut Sejarah Melayu, Sri Nila Pahlawan dari keturunan Iskandar Zulkarnain (bukan Alexander Agung) muncul di Bukit Siguntang Mahameru bersama dua saudaranya, Sri Nila Utama dan Sri Krishna Pandita.
highcastle Post at 5-1-2011 14:33


Yang bestnya, kat Wiki dah ada sedikit olahan, "bukan Alexander Agung". Kalau bukan Alexander yang Agung, Iskandar Zulkarnain yang mana jadi intention penulis "Sejarah Melayu'? Kalau nak menjajah mereka, rujukan mesti dari leluhur Iskandar yang Agung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2011 04:54 PM | Show all posts
sapa la yg pegi edit tu mesti dia nak kata yg alexander dan iskandar tu orang yg berbeza
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 05:07 PM | Show all posts
Reply 1# highcastle

Owh... Bukan nyer aritu dlm buku tu kata Keturunan Alexander the Great, asal Raja Rome... Pastu lak leh kata Iskandar Agung yg bukan Alexander...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2011 07:05 PM | Show all posts
berjurai keturunan shj dpd iskandar zulkarnain, klu agama & budaya tak sama dgn moyang2 depa, kenapa pulak tak boleh. apalagi nama yg berbeza

bukan perkara luarbiasa seorang pemilik empayar sebegitu besar ada isteri & anak2 yg di sana sini. samada dpd keturunan bangsawan ataupun org biasa

anyway, dlm koran takde iskandar pon. yg ada zulkarnain
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 07:13 PM | Show all posts
iskandar takluk india kan?
-jadi logik kalau dia kawin dgn puteri india, pastu keturunan tu dtg tanah melayu, buka kerajaan
-tgok kat pulau pinang pun ramai mamak apa, jadi logik
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 10:00 AM | Show all posts
apa plak jumpa singa............ dolu2 ramai pedagang dari gujerat dan india yg dtg berdagang..... pastu berlaku perselisihan faham dgn penduduk setempat........... org tempatan ingatkan org india tuh singh pastu berkatalah mereka........

org tempatan: hoi u singh ka
org india: poorah.... poorah..... bukan bukan

akhirnya lekatla nama singh poorah dan menjadi singapura............










takde kene mengena dgn yg hidup dan yg mati......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2011 11:55 AM | Show all posts
apa plak jumpa singa............ dolu2 ramai pedagang dari gujerat dan india yg dtg berdagang..... p ...
jofizo Post at 7-1-2011 10:00


ha ha ha..aku penah baca lawak nie...tapi member aku budak singapo cakap..sebab kat Temasik dulunya ada Singh yang suka berpura2...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 02:03 PM | Show all posts


kat Thailand pun ada nama unsur singa
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 02:36 PM | Show all posts
Singha-pour-ahhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2011 04:39 PM | Show all posts
aku yg tk baper tau sejarah pun musykil singa ada kt s'pura...mungkinkah apa yg dicatit sbg singa tu sebenarnya haiwan lain?
tk mustahil kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2011 06:07 PM | Show all posts
yang gua tahu, dulu singapura, sekarang singapork !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2011 07:11 PM | Show all posts


dari 100 years of Singapore

Nama Singapura tu cedok dari bandar kat Kalinga - kerajaan Hindu kat Jawa Tengah
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 02:25 PM | Show all posts
so mana satu yg betul. thehehe.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 02:56 PM | Show all posts
Kalinga kat India da.....dan kalau camtu tak heran gak sebab dulu habitat singa sampai ke India....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 05:45 PM | Show all posts
ni jawa nya Kalinga - tapi org2nya mmg asal dari Kalinga India - hijrah besar2an sbb peperangan atau sbb perdagnagan ...
Kingdom of Kalinga (6th century AD)
Kalinga is a patterned Hindu kingdom in Central Java, whose center was located in Jepara district now. Kalinga has existed in the 6th century AD and its existence is known from Chinese sources
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 2.404795 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list