|
saya bukak thread ni utk bertanyakan beberapa perkara ttg sejarah awal manusia ini. mengikut kepercayaan umat islam nabi adam adalah manusia pertama yg dihantar kebumi selepas dihalau dari syurga. so persoalannya.
1. dimanakah nabi adam mula2 jejakkan kaki dibumi nan fana ini????
2. bila nabi adam menjejakkan kaki dibumi ini? kalo ikut sejarah malaysia. manusia tertua dijumpai dimesia ialah digunung mulu setua 40k tahun. so nabi adam mesti lebih tua dari tu.
3. jikalau mengikut teori nabi adam. manusia kesemuanya bermula drpd nabi adam dan hawa. tetapi yg menghairankan ialah kenapa wujud pelbagai bangsa dan kaum dalam dunia ini yg mempunyai sifat fizikal yg sgt berbeza. contoh negro di afrika dgn jepun atau pon indian. ada yg mengatakan ianya suatu evolusi. tetapi kalau evolusi kenapa taburan sesuatu bangsa itu hanya tertumpu di sesuatu tempat sahaja??
jadi kalau ada sesiapa yg mempunyai jawapan utk perkara2 diatas bolehlah kita bincangkan sesama. |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka thread betajuk ni, dolu2 byk dh genot cob ck n ngucim n aku sembang pasai ni kt belakang2 |
|
|
|
|
|
|
|
Kononya... |
|
|
|
|
|
|
|
setua 40k tahun. so nabi adam mesti lebih tua dari tu
muaythaiko Post at 8-1-2011 17:16
sape kate. tak semestinya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# naen
tred2 peberet naen yea...hehe
perbincangan yg seronok untuk dibaca ..tred2 yg lepas .. patut merge jadi satu .. atau first posting kat tred2 tu letak link kat semua tred berkaitan kan .. sbb perslan dan perbincangan lebih kurang sama ... bnyk info menarik dh diutarakan |
|
|
|
|
|
|
|
ko patut seperatekan pemahaman :
- Homo Erectus/Neanderthal etc.
- dgn "Manusia"
tak munkin Manusia yang pertama "Nabi Adam" tu jenis Neanderthal |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya terlalu byk kisah para anbiya' yg kita terlupa nak amek tau kan..thread ni menarik bg saya tp tk byk info yg ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# junkredish
adakah maksud ko lebih lambat dari tu??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 7# unekspekted_II
tak tau le aku. tapi waktu tuhan declare utk cipta manusia. malaikat membantah sebab manusia akan byk buat masalah. itu menunjukkan yg manusia sudah ada. sebab kalo tak malaikat takkan tau mengenai manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
sekadar nak contribute apa pendapat aku la. waktu penciptaan, allah cuma sebut nak turunkan khalifah, dan malaikat jawab kenapa nak turunkan 'the one' yg akan membuat kerosakan dimuka bumi. x mentioned exactly perkataan 'manusia pertama' or 'insan'.. and plus mana malaikat tahu psl kerosakan tu semua? wallahua'lam. kena carik pakar tafsir..Quran 2:30 - And [mention, O Muhammad], when your Lord said to the angels, "Indeed, I will make upon the earth a successive authority." They said, "Will You place upon it one who causes corruption therein and sheds blood, while we declare Your praise and sanctify You?" Allah said, "Indeed, I know that which you do not know." tapi yg aku pasti, nabi adam diturunkan dengan ilmu direct allah yang ajar, sampaikan malaikat semua sujud depan adam.Quran 2:31 - And He taught Adam the names - all of them. Then He showed them to the angels and said, "Inform Me of the names of these, if you are truthful." keyword: the names, all of them. so kalau orang miripkan nabi adam tu manusia zaman batu yang tak tau apa2, tu aku x setuju.. maybe kalau jumpa tinggalan2 dalam gua tu = homo erectus mcm uneks cakap.
dalam quran banyak cerita psl kaum yang dimusnahkan dan digantikan dengan kaum lain. so maybe masa sebelum adam, banyak lagi kaum but takde khalifah dimuka bumi, mungkin? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 11# mudzao
malaikat kan memang membantah penciptaan manusia. tapi zaman aku belajar sifat2 malaikat dulu dekat sekolah. salah satu sifat malaikat ialah malaikat tak boleh berfikir. sebab tu mereka takkan membantah. tapi dlm bab tu membantah jugak. ehh entahle |
|
|
|
|
|
|
|
Reply junkredish
adakah maksud ko lebih lambat dari tu???
muaythaiko Post at 9-1-2011 16:50
klu boleh dibuktikan ada tamadun manusia lebih awal ataupun setidak2nya sezaman dgn homo erectus, neanderthal bagai, jawapan aku ialah tidak. bermakna nabi adam sezaman ataupun turun lebih awal
klu selainnya, aku hanya boleh kata, wallahualam. tp tak menolak kemungkinan adam lebih muda dpd homo2 tu smua |
|
|
|
|
|
|
|
jawapan aku :
homo erectus/neanderthal : HAIWAN... bukan 'manusia' dalam erti kata sebenar..
SEBAB... "Manusia" ataupun "Insan" mengikut tafsiran al quran.. di ukur melalui ADANYA AKAL.. tidak dianggap sah dalam mana2 aqat klu orang itu gile, atau mabuk
So.. -- "haiwan2" seperti itu ada dahulu.. then, baru adam turun - mengajar hukum, agama, tamaddun.. dan kite anak didik dia..
99% genetic chipanzi serupa dgn manusia.. but, does make them 'human'??? |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa dlm hal ni ada pertindihan diantara quran dan sains. quran tak menyebut ttg manusia purba. tapi sains membuktikan yg wujud homo erectus dsb |
|
|
|
|
|
|
|
tred2 peberet naen yea...hehe
ea208964 Post at 9-1-2011 01:43 AM
takde aa pebret .. tapi dah kebetulan me-lalu-lintas jap semalam, singgah aa sat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 11# mudzao
ayat yg dipaste tu pun macam dah beberapa kali pernah muncul kat board ni
pasal "kerosakan" yg disebut dalam ayat tu kan - adakah ia merujuk kepada "peristiwa yg pernah berlaku" (past), ataupun "sesuatu yg bakal terjadi" (future)? kalau "past", ok, mungkin aa malaikat2 membantah sbb "manusia" sebelum adam (or adam sebelum adam) yg pernah ada kat bumi ni pernah melakukan kerosakan dan akhirnya membawa kepada kemusnahan/dimusnahkan .. tapi kalau "future", adakah malaikat boleh see thru the future? ataupun cuma sekadar telahan sahaja? .. sesuatu untuk difikirkan jugak ..
apapun, kita kena ingat - dunia ni ada banyak dimensi .. dan setiap dimensi tu, apa yg kita kenali sebagai "ruang" & "masa" - mungkin berbeza dengan apa yg kita tahu selama ni & apa yg sedang kita lalui .. di manakah nabi adam dicipta? apakah nilai "masa" di "ruang" dimensi tu? cuba kaitkan, bandingkan & ingat pasal peristiwa isra' mikraj, nilai masa di padang mahsyar & nilai masa di akhirat - tak sama, right? .. mungkin kena fikirkan pasal tu jugak ..
apapun, pasal surah al baqarah ayat 30 tu - memang banyak website yg cuba nak ulas ayat tu .. cuma berhati2 aa - kalau bebetul nak fahami, kena cari guru yg benar2 ahli .. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 17# naen
hehe, mmg pon. sekadar nak mengimbau topik lama balik ;) exactly, sbb tu aku ckp kena ada pakar tafsir baru boleh tahu apa maksud dia.
tapi menarik gak bila ko kaitkan psl ruang dah dimensi, dah sentuh topik parallel worlds plak. huhuhu, banyak betul benda yang kita tak tahu lagi.
or maybe malaikat buat general assumption je kot, yng kita akan membuat kerosakan dimuka bumi. tapi pada aku, paling valuabe dalam ayat tu ialah, allah dah tahu dah perangai anak cucu nabi adam ni mcm mana even sebelum penciptaan, and cuma dia je yang tahu segalanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
timbul balik persoalan macam nih. best jugak. follow je la. |
|
|
|
|
|
|
| |
|