Individu berkenaan meninggalkan komen mengenai kemerdekaan itu pada salah satu hantaran Uyaina di Instagram mengulas mengenai isu Palestin-Israel.
Tidak hanya berdiam diri, Uyaina tampil menyelar kenyataan tersebut meminta agar individu tersebut tidak mengajarnya mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia.
"Saya rasa saya lebih tahu sejarah negara saya. Sebelum 'diberi' kemerdekaan Tanah Melayu, berapa banyak darah orang yang memberontak menentang penjajah telah gugur?
"Yang kamu lihat cuma 'pemberian' menerusi diplomasi? Memang itu yang membezakan cara Malaysia dan Indonesia mendapatkan kemerdekaan negara masing-masing.
"Tapi, darah prajurit tanah airku yang pernah gugur jangan kau diamkan.
"Jangan ajar tentang sejarah negaraku sebagaimana aku tidak pernah mengajar kamu tentang sejarah negaramu," balasnya.
Rata-rata, ramai yang berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Uyaina selain memujinya 'beauty with brain'.
Sumber: IG Uyaina Arshad