"Diam Fazura diam! Yakin sangat tengoknya tu.
"Fazura semua benda saya suka dekat awak kecuali menyanyi. Lebih baik fokus kepada lakonan sahaja," komen netizen.
Pun begitu, masih ramai memuji sikap dan usaha pelakon filem Pisau Cukur itu melakukan sesuatu perkara sehabis baik meskipun dikecam ramai.
Malah kemunculan Fazura menerusi konsert tersebut adalah dengan niat yang baik apatah lagi lagu disampaikan berunsurkan ketuhanan.
"Ini buktinya Fazura memang tak peduli apa orang nak kata, yang penting dia buat apa yang dia nak buat. Keep on going Faz!
"Dia menyanyi bukan sebab suara dia sedap tapi hiburan untuk peminat dia," komen netizen lain pula.
Selain Fazura, konsert berkenaan turut menampilkan persembahan artis tempatan seperti Amir Masdi, Zizi Kirana, UNIC, Adi Priyo dan Yabang Khalifah.
Konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu turut menampilkan alunan selawat daripada pelajar-pelajar tadika Al-Kauthar Eduqibs.
Sumber: mStar