CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3597|Reply: 23

Nadiya gugup lihat ketampanan Hisyam Hamid

[Copy link]
Post time 27-11-2023 07:07 AM | Show all posts |Read mode
Nadiya gugup lihat ketampanan Hisyam Hamid


Nadiya mengakui ketampanan Hisyam salah satu sebab membuatkannya gugup, selain memainkan watak suami isteri dingin. - NSTP/Aziah Azmee


KUALA LUMPUR: Pelakon Nadiya Nisaa, 38, mendedahkan tidak berkomunikasi dan cuba mengelakkan daripada bercakap dengan pelakon, Hisyam Hamid sepanjang penggambaran filem terbaharu, La Luna yang menggandingkan mereka sebagai suami isteri.

Nadiya dalam nada bergurau mengakui ketampanan Hisyam antara satu sebab membuatkannya gugup, selain watak sebagai suami isteri yang dingin.

"Dia kacak sangat. Hensem teruk," katanya sambil ketawa.

Tambah Nadiya, ia adalah gandingan keduanya bersama Hisyam menerusi telefilem terbitan RTM, suatu ketika dulu.

"Tapi, itu sudah lama dan bila jumpa balik, saya kena sesuaikan diri semula. Jujurnya, saya 'starstrucked' dan tidak percaya bolehkah menjayakan watak Pa'at, tapi bila pengarah yakin boleh buat, saya optimis.

"Saya tidak boleh bercakap dengan Hisyam sepanjang penggambaran. Sebab saya baca skrip filem sampai habis.

"Saya sangat marah kerana watak Yam sering dipukul suaminya, Pa'at.

"Dalam filem itu, saya tak boleh marah Hisyam sebab saya sayang. Macam mana kita mahu marah orang yang kita sayang, tapi dalam masa sama, diseksa dan tiada siapa faham kita.

"Jadi, kami hanya bertegur sapa seperti 'hi', itu sahaja," katanya kepada BH Online.

Nadiya berkata, dia hanya kembali bercakap dengan Hisyam pada sidang media filem sekitar September lalu.

"Jadi, sebenarnya perasaan hanya ketika penggambaran sahaja. Ketika penggambaran, kami banyak meluangkan masa bersama seperti melepak, jalan-jalan makan laksa dan sebagainya, tapi dia tak ikut.

"Sebab Hisyam mahu dalam emosinya. Kerana watak Pa'at, seorang yang disisihkan orang kampung, jadi ia memberi kesan pada mentalnya," katanya.


Nadiya bersama barisan pelakon filem La Luna. - NSTP/Aziah Azmee


Ulas lanjut, Nadiya berkata dia suka diberi peluang menjayakan watak Yam, kerana selain mencabar dirinya untuk menghidupkan wanita tegas dalam kelembutan, ia juga mengetengahkan isu pemerkasaan wanita.

"Saya rasa lelaki atau wanita tidak pernah bodoh. Tidak pernah salah buat keputusan sebab semuanya terjadi ada sebab.

"Kita tidak hidup berseorangan dalam hidup ini. Anda ada orang lain di sebelah.

"Saya selalu membaca mesej diterima dalam media sosial, di mana mereka terkesan dengan lakonan saya. Jadi, saya seronok dapat menjayakan watak yang penonton boleh 'relate' dan memberikan inspirasi," katanya.

La Luna berlatarkan kampung rekaan bernama Bras Basah yang juga kawasan mengamalkan undang-undang yang paling tegas di negara ini.

Dengan kehadiran kedai pakaian dalam bernama La Luna secara tiba-tiba menghidupkan kampung yang sunyi dan tidak bersemangat.

Walaupun penduduk kampung mula menerima kehadiran pemilik kedai dengan tangan terbuka, namun, ketua kampung nekad dengan tujuannya untuk mengusir pemilik kedai dengan apa cara sekalipun.

Sisi pemerkasaan wanita dipaparkan dengan menarik dalam filem ini.

Bagi Nadiya, mesej ini perlu dihadam dan diperhalusi dalam momen yang dipaparkan secara santai di bawah garapan M Raihan Halim.

Filem komedi La Luna terbitan oleh Clover Films, ACT 2 Pictures dan Papahan Films turut dibintangi Shaheizy Sam, Sharifah Amani, Wan Hanafi Su, Hisyam Hamid, Nam Ron, Farah Ahmad, Iedil Dzuhrie Alaudin dan Wafiy Ilhan.

Ia bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 9 November lalu.

Terdahulu, Nadiya popular menerusi drama Adam dan Hawa yang disiarkan sedekad lalu.

Drama itu juga menobatkan Nadiya dan bersama Datuk Aaron Aziz sebagai pemenang trofi Couple Filem Popular menerusi kategori Ekstra! Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35.

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... mpanan-hisyam-hamid


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2023 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
mamat tu memang charming pun bukan takat hensem
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa benda la ayat macam ni.
B****k betul!

bakal ditayangkan?
Patutnya, 'telah mula ditayangkan'....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Mustahil spesis ini tak pernah tahu ujudnyer patah kejong?

HUH

Kahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Laa hau la wala... cenggitu jeke taste kau nokss? Boooooooo....

Jenis ovari cepat berair mcm kau ni susah. Nk bawa ke obesi klu nmpk matsalleh ke pak arab ke... lg xkeruan kau... baru hisyam dh menggatal pooki. Lemahnye iman kau nyahhh..  

Xde taste lgsg. Euww. Dri ko puji hisham tu herlok ,aku rasa aron ajis lg ok kot. Aduii mcm2 taste manusia... bedekah aku ketawa pagini dgn kau nyahhhhhh

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi mmg pun kan?. Susah nak cari lelaki pretty face macam ni. Tinggi dan segak.

Cam pagi tadi lah, I nampak budak lelaki, pubyalah pretty face, pipi licin dan tinggi dia.
Asik nak tgk je sb lawa sangat.
Haha. Tgk bukan ada apa apa lah ya. Just suka tgk sebab muka dia simetrical sgt sgt.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2023 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Method acting betul.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Lily_Elizabeth_ replied at 27-11-2023 11:35 AM
Tapi mmg pun kan?. Susah nak cari lelaki pretty face macam ni. Tinggi dan segak.

Cam pagi tadi lah, ...

Tengok sampai terbatal wudhu tak sebab keberairan?

#tanyaje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2023 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Manusiabesa replied at 27-11-2023 08:44 AM
Laa hau la wala... cenggitu jeke taste kau nokss? Boooooooo....

Jenis ovari cepat berair mcm kau ni ...

Menyanggah sikit boleh?

Kahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kenapa ntah aku menyampah tengok dia. Mata masing2 kot. Celah mana hensem. Mungkin xdak Nur kot. Mata kita accept yg ada Nur saja
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasiblah yg ckp mcm ni si nadiya nisaa. Kalau pelakon lain mmg habislah kena kecam
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hisham ni memang helok cumanya bila dia masuk industri dah berkhawin kalau single mahu meletop jugak him.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 01:11 PM | Show all posts
sbg suami apa rasanya bila dgr isteri beri komen gitu....jd pasangan artis ni mmg kena sporting la kan gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 01:16 PM | Show all posts
suka HH layan anak2 dia...anak dara dia pemalu kalau dia try nak video..
Kata anak buah yg satu team dengan dia masa dia jadi anggota SCDF dia ni kuat kerja & on the ball sebab tu atasan dia sayang dia..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Charming mmg ya n jenis yg bes nak tgk, tapi sori he mmg tak pandai belakon.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 01:22 PM | Show all posts
stingergrumpy replied at 27-11-2023 08:41 AM
Mustahil spesis ini tak pernah tahu ujudnyer patah kejong?

HUH

fattah and alip ajis irl mmg lebih menyerlah
dari hisyam dgn aron ajis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2023 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam tak kena je pelakon yg dh kawin bagi statement gini. Aku syak nad takde pun buat ayat gitu tapi telah dilelebihkan oleh reporter. Mende le
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
OsHiN_hOnEy replied at 27-11-2023 01:22 PM
fattah and alip ajis irl mmg lebih menyerlah
dari hisyam dgn aron ajis

Ko minat yg tinggi tinggi tapi si DUN iteww sendiri katek boyak...

Tak pamham aku...

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
aduh kak sampai ke situ hang naaaaaaa
oh dah tayang dah citer ni
mcm best je nk tgk..pelakon2 pn letops je
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi bila dia buka mulottt hancuss
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.067994 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list