CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9293|Reply: 85

Pesan Menu T20, Rider Bongkar Taktik Pelajar IPTA Nak Makan Percuma

[Copy link]
Post time 14-12-2023 09:16 AM | Show all posts |Read mode
Seorang rider nyaris menjadi mangsa penipuan penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA).


Individu tersebut membuat pesanan menu hidangan barat iaitu Spaghetti Carbonara Crispy Chicken Chop.


Namun selepas pesanan diambil dan mahu dihantar ke lokasi yang beralamat di kolej kediaman IPTA berkenaan, dia mendapat mesej daripada pelanggan tersebut memaklumkan mengalami masalah kesempitan wang.










"Saya malu nak jumpa abang sebab saya tak ada duit nak bayar sekarang. Saya order sebab saya lapar sangat. Saya harap abang berhati mulia.


"Abang boleh bagi nombor akaun bank abang, nanti saya ada duit, saya bayar balik. Saya mohon sangat," demikian mesej yang dihantar oleh pelanggan kepada rider tersebut.


Menurut rider itu lagi, dia sebenarnya tidak keberatan untuk membayarkan makanan yang sudah dipesan lebih-lebih lagi mengenangkan status pelanggan berkenaan yang merupakan seorang penuntut.


Namun, dia mula berasa curiga memandangkan menu yang dipesan oleh pelanggan tersebut bukan menu untuk mengalas perut.


Ia sekali gus membuatkan dia membatalkan niat untuk membayarkan makanan itu.


"Customer tak ada duit nak makan, minta belas ehsan. Kalau dia order nasi putih ayam goreng okay saja aku belanja.


"Ini ordernya kita sendiri pun fikir dua, tiga kali nak beli. Dia selamba je tak ada duit pun boleh order ikut tekak mak bapa dia.


"Nak kesian tapi apabila tengok apa yang dia order, tak jadi nak kesian. Baik aku bawa balik bagi anak bini aku makan.


"Hati-hatilah ye. Universiti ****, kolej ****. Nama dia S***," demikian perkongsian yang dibuat rider berkenaan di grup GrabFood Rider Malaysia, sebagai peringatan kepada rakan-rakannya yang lain agar tidak menjadi mangsa pelanggan sama.


Rider tersebut walau bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut mengenai harga makanan yang dipesan pelanggan berkenaan.


Tambahnya lagi, dia turut menghubungi bahagian khidmat pelanggan syarikat tempatnya bekerja untuk membuat aduan dan agak mengejutkan apabila diberitahu pelanggan tersebut pernah beberapa kali melakukan perkara serupa.


Di ruangan komen, rata-ratanya sependapat dengan rider berkenaan yang menyifatkannya sebagai cubaan untuk mengambil kesempatan terhadap rider.


"Dah sedar diri tu masih belajar dan kurang duit, berjimatlah sikit.


"Ini namanya poket B40 tapi selera T20.


"Memang ramai jenis macam ni yang nak scam rider," demikian antara komen netizen. -CARI


Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2023 09:54 AM | Show all posts
Zaman aku belajar dulu, xder duit stok meggi dgn roti jer buat makan..korang melampau eh nk makan sedap2 tp xder duit..tu blom hadap ikat perut zaman kerja lg...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik zaman aku belajar dulu dewan . makan kat univ ada makanan disediakan kat dewan makan
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 10:04 AM | Show all posts
Ni menu kt Murni. Mesti belah2 Shah Alam sana..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde duit tp selera besar... Hmmmm pastu buat ayat kesian... Ehhh ko dah kenapa dik? Dah terbiasa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 10:10 AM | Show all posts
camne lah fikir nk scam benda yg jd darah daging ni...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2023 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan sekali buat ni. Mesti dah biasa buat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Berani sungguh budak2 sekarang ye.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2023 10:28 AM | Show all posts
kat mana nk tgk nama penuh ipt beserta nama makhluk yg x reti malu ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Siap add on cikencop.. haish
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Bakal2 penyonglap duit company nih.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni order jenis COD ke? Kalau aku jd rider, tak hingin nk ambik job COD sbb byk kes, pembeli COD buat taik. Tak de duit kecik la, tak de kat rumah la. Worst, tak de duit nk byr tp brg nak!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 10:43 AM | Show all posts
chinta89 replied at 14-12-2023 10:28 AM
kat mana nk tgk nama penuh ipt beserta nama makhluk yg x reti malu ni?

budak uitm kolej melati nama sue..
i tengok kat fb
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 10:44 AM | Show all posts
sib baik rider tu pandai...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 14-12-2023 10:04 AM
Ni menu kt Murni. Mesti belah2 Shah Alam sana..

Murni ni yg kolej bebudak nursing tu ek.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Order grab ni boleh cod ke...i setiap kali order mesti payment debit dr credit card..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2023 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 14-12-2023 10:46 AM
Order grab ni boleh cod ke...i setiap kali order mesti payment debit dr credit card..

boleh uols. bila nak tekan order now, dekat bahagian payment. boleh pilih sama ada nak cash, grabpay, cc.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
sundel betul. yg dia naiya tu pn rider je yg berpanas berhujan cari duit.. rider sendiri pikir byk kali nk mkn menu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 11:00 AM | Show all posts
aku dulu nak bajet aku beli keropok mamee rendam gaul dengan megi sedap..pastu nak makan nestum tapi takde duit so biskut petak aku rendam dalam susu panas sampai lembik elok je dapat degree jugak
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 11:03 AM | Show all posts
Ayoyo..ni mesti generasi Z yg mak bapaknyer dh bg duit mkn still tk cukup lagi..nak tgg duit allowance pun tk lambat lagi.. jenis yg tk boleh ikat perut ikut hawa nafsu.. janji dpt mkn tp scamer rider.. kahkahkah..(dh biasa senang mkn, tp tak terpikir halal haram yg dia melantak tu)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.072897 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list