Semalam, pelakon sensasi Hafidz Roshdi telah selamat disatukan bersama cinta pertamanya, Athira Yuhada di sebuah dewan yang terletak di Selangor.
Hari ini, menerusi Instagram rasmi program hiburan TV3, Melodi berkongsi momen sekitar majlis resepsi pengantin baharu itu.
Bagaimanapun, ruangan komen dibanjiri dengan sindiran dan kecaman netizen terhadap pasangan tersebut. Malahan, ada juga yang melakukan 'face shaming' terhadap Athira menyamakan wajahnya dengan watak Olaf dalam filem Frozen.
Malahan, ada segelintir yang mengatakan isteri kepada Hafidz itu tersenyum manis seolah-olah tidak bersalah menjadi punca keruntuhan rumah tangga pelakon itu dengan Nurul Shuhada.
Tidak kurang juga netizen turut mempersoalkan keadaan mental Hafidz yang pernah memaklumkan dirinya berdepan masalah mental sejak tiga tahun lalu dan mendapatkan rawatan berkala di Hospital Shah Alam.
"Selamat pengantin baharu si mental. Sakit mental cukup syarat nikah tak? Bukan kalau ada sakit mental tak boleh kahwinkah? Bukan nak kahwin kena berakalkah,"
"Lain eh muka dia. Seri pengantin lain macam. Mata dah tak terkebil-kebil. Tempoh hari dekat mahkamah muka bingung saja. Ini elok pula senyum," itu antara komen netizen di aplikasi X.
Terdahulu, Hafidz bernikah dengan Athira di sebuah premis acara di Glenmarie, Shah Alam, pada jam 8.15 malam kelmarin dengan sekali lafaz.
Dia juga berkongsi isterinya itu adalah cinta pertama. Mereka berkawan sejak berusia 15 tahun dan pernah bercinta.
Sebelum ini, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Nurul Shuhada, 29, pada 30 April 2016.
Namun, mereka bercerai pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah yang mendapat liputan meluas media.
Hasil perkongsian hidup, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.
Sumber: Beautifulnara, Harian Metro, Gempak
|