View: 33585|Reply: 51
|
Bintang filem Parasite, Lee Sun-kyun meninggal dunia
[Copy link]
|
|
PELAKON filem popular Parasite, Lee sun-kyung meninggal dunia hari ini.
MENGEJUTKAN! Pelakon terkenal Korea, Lee Sun-kyun disahkan meninggal dunia selepas mayatnya ditemui di tempat letak kenderaan di Taman Waryong, Seoul, Korea Selatan pada pukul 10.30 pagi tadi.
Berita tersebut disahkan oleh Balai Polis Seongbuk Seoul selepas menerima panggilan daripada isterinya iaitu Jeon Hye-jin yang memaklumkan suaminya meninggalkan nota bunuh diri sebelum menghilang.
“Memandangkan dia disahkan meninggal dunia, dia tidak dibawa ke hospital,” kata seorang pegawai bomba yang menguruskan mayat.
Lebih mengukuhkan bintang filem popular Parasite itu mati disebabkan bunuh diri apabila pihak polis menjumpai sejenis arang beracun (charcoal-burning suicide) yang dipercayai digunakan untuk tujuan tersebut.
Sebelum ini, kecoh di negara melibatkan selebriti berusia 48 tahun itu yang terbabit dengan kes penyalahgunaan dadah marijuana di sebuah kelab malam di daerah Gangnam.
Bagaimanapun, Sun-kyun menafikan tuduhan terbabit semasa siasatan polis dan memaklumkan tidak mengetahui jenis pil yang diberikan oleh individu yang dikenali sebagai Mr. A adalah dadah.
Sebelum meninggal dunia, bapa kepada dua orang anak itu pernah bercadang untuk menjalani ujian pengesan pembohongan (lie detector test) menerusi peguamnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... un-meninggal-dunia/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"The report claims that she called the authorities at 10.12 am raising her concerns that her husband had left behind a letter. Subsequently, police discovered Lee Sun-kyun slumped over in his vehicle at 10:30 AM."
Sekejap nya tak sampai 30 minit dah jumpa tapi sudah tidak bernyawa.
Also kesian jugak kat dia ni, dah 2 kali testing negative pun masih kena panggil untuk siasat kali ke 3.
" Over the weekend, Lee Sun-kyun was grilled by police for over 19 hours regarding the alleged drug use. Addressing the media on the same, he told the portal, "I feel like it is a bit too late, but I've finished the questioning by the police about the blackmail case. I hope the police wisely determine which statements are more reliable between mine and the blackmailers." |
|
|
|
|
|
|
|
aduh, favourite actor ni... |
|
|
|
|
|
|
|
ala sygnya..sikit sikit nk mati
kita punya la bdoa nk pjg umo
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak sangka pengakhiran nye begini
|
|
|
|
|
|
|
|
Beso sgt ker masalah smpai amik.nyawa sendiri? Tak der belas ehsan pada anak dan isteri. Pelik2 korean nih
Berlakon elok pulak tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Knets memang toxic! Brp ramai dh suicide sbb knets. |
|
|
|
|
|
|
|
Baca kt atas tu.kan tulis Kes dadah.kat Malaysia mmg aman2 je klu Kes dadah.klu Korea rakyatnya toxic even dia dh ckp dia kena blackmail n test negatif pun tetap media n netizen benam dia mcm Kes membunuh
|
|
|
|
|
|
|
|
menjad replied at 27-12-2023 09:17 PM
Beso sgt ker masalah smpai amik.nyawa sendiri? Tak der belas ehsan pada anak dan isteri. Pelik2 kore ...
knetz klau boleh nk dia mati dr 1st time drug allegation go public...aku faham knpa dia bunuh diri sbb latest news rmai make fun psal dia percaya ada sleeping pill jenis inhale....dh la kena ugut berjuta2..bg aku lee sun-kyu dh hbis fikir sblum suicide...Dia hidup pn org x caya dia dh..kes makin lama lg dia stress.. Ksian anak bini la...anak kecik2 x remaja lg
GD boleh lepas kes Cable Power + Global star..GD myb x ambik tp kenal siapa yg ambik/supplies barang....
Bunuh diri kt korea tu benda biasa high school student pn rmai..
Ada terbaca komen kt fb dia dipaksa untk bunuh diri... |
|
|
|
|
|
|
|
Yg rumour cheating dgn heroin parasite tu confirm betul ke |
|
|
|
|
|
|
|
Pelakon Parasite, Lee Sun-kyun meninggal dunia
Pelakon Parasite, Lee Sun-kyun meninggal dunia
Lee Sun-kyun
Seoul: Pelakon filem Parasite, Lee Sun-kyun, 48, yang sedang disiasat atas penggunaan dadah ditemukan meninggal dunia dipercayai membunuh diri, hari ini.
Polis menemui mayat lelaki disahkan sebagai Lee yang tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta di taman di pusat bandar Seoul pada jam 10.30 pagi.
Polis turut menemui arang batu di tempat duduk penumpang.
Polis sebelum itu menerima laporan bahawa Lee meninggalkan rumah selepas menulis memo yang didakwa seperti surat membunuh diri dan keretanya juga sudah tiada.
"Kerana dia sudah diisytiharkan meninggal dunia, mayatnya tidak dibawa ke hospital," kata seorang pegawai.
Lee sudah menjalani tiga sesi soal siasat polis atas dakwaan menggunakan marijuana dan dadah haram lain di rumah seorang individu di kawasan Gangnam, Seoul, beberapa kali sejak awal tahun ini, termasuk Sabtu lalu.
Pelakon itu mendakwa dia diperdaya oleh individu itu untuk mengambil dadah dan dia tidak mengetahui apa yang dia ambil.
Lee mendapat keputusan negatif dalam kedua-dua ujian dadah yang dijalankan semasa siasatan polis dan ujian dadah berasaskan makmal oleh Perkhidmatan Forensik Kebangsaan bulan lalu.
Sehari sebelum itu, Lee sudah mengemukakan permohonan ujian poligraf kepada Agensi Polis Metropolitan Incheon yang bertanggungjawab dengan siasatan mendakwa dirinya tidak bersalah.
Lee menempa populariti selepas filem Parasite yang menampilkannya sebagai watak utama dan mencipta sejarah menang empat kategori di Academy Awards pada 2020 termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... yun-meninggal-dunia
|
|
|
|
|
|
|
|
Terkejut jugak tdi.tkde angin ribut tiba2 meninggal.klau retis diorang besa la committed suicide pengakhirannya.aku speku die depress gamaknya melayan knet mulut hansuang.perangai lagi gampunk dri kita warga porum. |
|
|
|
|
|
|
|
merahrose replied at 27-12-2023 09:53 PM
knetz klau boleh nk dia mati dr 1st time drug allegation go public...aku faham knpa dia bunuh diri ...
Kejam kan knetz. Macam tuhan dah perangai masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
helicornia replied at 27-12-2023 09:51 PM
Baca kt atas tu.kan tulis Kes dadah.kat Malaysia mmg aman2 je klu Kes dadah.klu Korea rakyatnya to ...
Duit kan banyak... Merantau tukar identiti xyah berlakon dah
Senang cakap buat payah
Mgkin mati jalan keluar |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 27-12-2023 11:05 PM
Tengok nama dia trending kat X, I pun tak tau siapa, takde la nak gali pasal apa. Tiba2 tengok thread kat forum lain, pelakon Parasite rupanye. I ingat watak dia yang jadi orang kaya tu. Kesian pulak kat anak2. |
|
|
|
|
|
|
|
merahrose replied at 27-12-2023 01:53 PM
knetz klau boleh nk dia mati dr 1st time drug allegation go public...aku faham knpa dia bunuh diri ...
Biase kat sini sebulan, dua je hype.. pas tu aman2 je masing2 menjalani hidup. Asalkan berubah jadi lebih baik.
Polis kat sana pun sampai 3 kali kot nk test. Padahal dah negatif. Nk kena test sampai jadi positif ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh no....one of my favourite actors ni. |
|
|
|
|
|
|
|
akuchenta replied at 27-12-2023 09:57 PM
Yg rumour cheating dgn heroin parasite tu confirm betul ke
Ada jugak terbaca yang dia pun ada skandal...heroin parasite ni yang berlakon sebagai siapa ye |
|
|
|
|
|
|
|
ni crush i olls zmn study dulu tgk cerita coffee prince....walaupon hero nya goong yoo tetapla we ollls ngeship ke dia...sebab sneyum dia manes...awattla hang bunuh diri |
|
|
|
|
|
|
|
rosehoney79 replied at 28-12-2023 06:54 AM
Ada jugak terbaca yang dia pun ada skandal...heroin parasite ni yang berlakon sebagai siapa ye
Sbb ni lah dia bunuh diri. Kes dadah sampai melalut ke kes curang bagai. Ai baca knet sana siap kata dia bayor pelacur... dasar bawang terhebat knet.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|