View: 16008|Reply: 43
|
"Berat Badan Saya Makin Menurun. Saya Juga Sukar Tidur", Tyzo Tak Sangka Dapat Tajaan Tunai Umrah Daripada Pendengar Setia
[Copy link]
|
|
Bekas penyampai radio Suria FM iaitu Tyzo mengakui bahawa tahap kesihatan mentalnya agak sedikit teruk pada waktu ini dan dirinya berada di fasa paling terendah dalam hidup.
Memetik laporan Harian Metro, Tyzo berkata demikian selepas terkilan apabila perkhidmatannya sebagai penyampai radio ditamatkan atas alasan strategi tahun 2024 oleh pihak pengurusan minggu lalu.
Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain bagaimanapun tidak menyangka ada seorang pendengar setia stesen radio terbabit ingin membawanya mengerjakan ibadah umrah hari ini.
"Saya sedang berusaha untuk kuatkan semangat dan tidak terlalu bersedih dengan apa yang berlaku. Alhamdulillah, hari ini saya bakal berlepas ke Tanah Suci selama 11 hari. Saya dibawa oleh pendengar setia Suria Petang dikenali Hariz yang sudah lama teringin nak menaja saya mengerjakan ibadah umrah.
"Tawaran ini datang kira-kira seminggu lalu, namun saya hanya beri kata putus lima hari lalu. Jadi persiapan memang agak singkat, tapi Insha-Allah semuanya sudah diatur dengan baik dan semoga saya dapat mencari ketenangan di sana".
Ujar Tyzo, dia mengaku berat badannya juga sudah semakin menurun, selain menghadapi masalah suara kerana tidak cukup rehat.
"Berat badan saya makin menurun. Saya juga sukar tidur kerana sudah tahu perkara ini agak lama hingga mengalami masalah suara.
"Malah, ketika ini saya berdepan kecaman yang sangat dahsyat selepas pihak sana membuat kenyataan balas. Saya akui tak bersedia menerima kecaman ini".
Disoal sama ada masih belum ‘move on’ apabila tetap berkongsi mengenai isu yang berlaku di media sosial miliknya, Tyzo memberitahu, dia hanya mahu membalas kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusan stesen radio itu saja.
"Saya dah lama ‘ move on’, tetapi saya menunggu kenyataan mereka. Apabila mereka sudah memberi kenyataan, mestilah saya nak memberi penjelasan lanjut. Ini kerana, sebelum ini mereka tidak memberi sebarang kenyataan. Tiada apa, yang saya nak cakap lagi.
"Harapnya apa yang dikongsikan itu akan menjadi titik noktah. Cukuplah gambar saja yang berbicara".
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
tak sudah2 ker cite mamat nih... adddoiii.... |
|
|
|
|
|
|
|
"Malah, ketika ini saya berdepan kecaman yang sangat dahsyat selepas pihak sana membuat kenyataan balas. Saya akui tak bersedia menerima kecaman ini".
|
|
|
|
|
|
|
|
aku tak faham la...yg sponsor tu mmg dah kaya sangat ke nak taja artis2 nie. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang hot kisah tyzo ni, sebelum ni iols simpan komen dalam hati. Tyzo ni tak la sendu sgt iols tau dari dia pakai nama dia tuah zulkarnain kt radio muzik dulu. Apapun hubungan sesama manusia takkan jadi sejernih dulu. Semoga semua yg terlibat muhasabah diri, saling memaafkan dan move on. Tak guna berbalah lagi yg rugi diri sendiri, kesihatan mental sendiri gak terjejas |
|
|
|
|
|
|
|
Hopefully nanti dah berangkat ke Mekah, semuanye reda la..
Kena redho je la.. yakin rezeki kita Allah yang tentukan.. dah rezeki dia kat situ sampai tu aje..
Pegi Mekah sana doa banyak2... takyah hirau kalau ade dorg nak dengki ke khianat ke, mintak perlindungan dari Allah..
Balik sini aman2 aje lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak Tanya tyzo ni edit muka jgk ke? Rasa dulu xde ketul2 mcm tu.. lelaki helok jgk rupa dia.. skrg kepompong skit. Ke faktor usia? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nolya at 22-1-2024 04:13 PM
Sabar dn banyakkan bersabar. Anggaplah apa yg sedang Tyzo alami skr ini bagaikan satu ujian drp Allah swt, Dia yg memberi rezeki, Dia juga yg menahan rezeki. Bila diuji pecahnya periuk nasi, memanglah berat akan tetapi di sebaliknya bawalah bermunajat ke hadrat Ilahi. Dia Maha Tau apa hikmah di sebaliknya. Di sebalik musibah, ada berkah maka berdoalah semoga segala yg terbeban segera diangkat.
Rezeki tak pernah salah alamat. Contohnya, ada peminat nak sponsor Tyzo pergi umrah, maka itu adalah satu2nya hikmah/berkah/hadiah paling berharga bagi seorang muslim. Pergilah, buatlah umrah seraya bermunajat, berdoa serta sujud di bawah kebesaranNYA. Pasrah, mengadulah kpd DIA sepenuh hati sejiwa raga dn mintalah apa saja, kedamaian dn kebahagiaan hidup ini berbekalkan taqwa. InsyaAllah, DIA maha mendengar, maha tau dn maha memahami.
Ttng pergeseran sesama rakan, berilah kemaafan sambil memohon maaf juga. Segala selisih faham, jika ada, selesaikan secara peribadi dn jgn diriwayatkan kpd ramai. Saling tuduh menuduh dn melemparkan kekesalan, itu tak menguntungkan malah akan menjauhkan rezeki. Banyakkan istighfar dn sentiasa berfikiran positif. Aggaplah ini ujian sementara, InsyaAllah akan ada rezeki yg lebih baik lagi. Pokoknya Sabar dn jernihkan hati.
|
|
|
|
|
|
|
|
bodgos kene hijack dek tyzo
tt pun satu baris ayat keluar mulut dia bukak satu thread.
|
|
|
|
|
|
|
|
Makin banyak pulak drama mamat ni.baik berhenti merempan nnti orng meluat. |
|
|
|
|
|
|
|
Akalditipumata replied at 22-1-2024 07:58 AM
Nak Tanya tyzo ni edit muka jgk ke? Rasa dulu xde ketul2 mcm tu.. lelaki helok jgk rupa dia.. skrg k ...
Tu la. Tang bibir tu mcm sama injection kat bibir Sajat |
|
|
|
|
|
|
|
dia nk merempan lantak dia la..yg g bukak benang napooo??????? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak susah untuk faham sebenarnya. Sudah tentu penaja adalah orang yg berduit, sanggup berkongsi rezeki, dia bersedeqah dn menghadiahi /menaja orang lain untuk tunaikan umrah. Tak mudah dpt rezeki terpijak begitu, ditaja ke Mekah-Madinah, iaitu ziarah ke Tanah Haram yg penuh berkah dn hikmah. Bagi mereka yg kecewa dn cedera hatinya, di bumi inilah segala 'aduan' dilaporkan kpdNYA. Malah rawatan bagi segala keresahan, kekesalan hidup/masalah, penawarnya ada pada setiap sujud: mencecahkan dahi ke lantai masjid bersaksikan Baitullah dn di Raudhah. Berdoalah dn mohonlah semau2nya, minta semua hasrat/hajat yg tak akan tersenaraikan.
|
|
|
|
|
|
|
|
over la pulak. mentang2 lah semua orang sokong kau tyzo, panjang pulak merempannya |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah tu kita memang akan lalui pelbagai fasa dalam kehidupan. Tinggal kita nak hadap dengan tenang atau tidak..sesiapa yang ajar anak2 mewah dan sentiasa cukup tu berhati2 lah bila2 anak2 melalui fasa kejatuhan dalam hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
Drama sungguh dia ni....x boleh tidurla...nanti bukak lagi cerita x boleh makan... |
|
|
|
|
|
|
|
Yg menang abp tu pon srtiap pos kalau bole dia nk hashtag nomborsyatu, apetah lagi kalau ada isu lg besar cmni. Takpela tyzo, nanti ada la tuh stesen pinang hang. Best fm tu sesuai gak dgn dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah ler..mungkin dia ada loan yang masih perlu ditanggung..mesti la frust.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga tyzo terus dimurahkan rezeki. Maafkan saja la djlin dan bos2 kat suria tu. Biarkan diorang dengan labu-labunya. Kalau betul diorang menganiayai, biarlah Allah saja yang balas. |
|
|
|
|
|
|
| |
|