Edited by maklukpenggoda at 5-4-2024 07:46 AM
KUALA LUMPUR – Kehadiran paling dinanti, penyanyi Aliff Aziz muncul di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur ditemani ibunya, Siti Hafizah Basharahil bagi prosing perceraian talak dengan isterinya, Bella Astillah hari ini.
Aliff yang hadir dengan busana serba hitam turut dikawal ketat tiga orang pengawal keselamatan serta enggan memberikan sebarang komen mengenai prosiding hari ini.
Selain ibu, bapa Aliff iaitu Aziz Sapdan turut menemani anak sulungnya dan berharap urusan hari ini dimudahkan.
“Kita doa yang terbaik,” kata Aziz.
Sebelum itu, Bella yang hadir turut berharap segara urusan di mahkamah berjalan dengan lancar dan memohon doa yang baik-baik daripada semua pihak.
Pada 13 Mac lalu, Bella telah memfailkan perceraian terhadap Aliff secara ekspres namun penyanyi itu tidak muncul pada hari perbicaraan.
Terdahulu, rumah tangga Bella dan Aliff, sekali lagi menjadi topik hangat apabila juara Gegar Vaganza musim kelapan itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 8 Mac lalu.
Malam tadi, Bella pula membuat pengakuan ada bermain cinta dengan pelakon baharu, Muaz Zabir pada tahun lalu atas alasan mahu mencetuskan cemburru Aliff yang ketika itu mempunyai skandal bersama dua wanita. – KOSMO! ONLINE
|