View: 4235|Reply: 34
|
Watak Sharifah Qaidah serlah kemampuan Sarimah
[Copy link]
|
|
Drama Lelaki Itu tular dan mencetuskan fenomena hingga merekodkan capaian 1.13 bilion dalam media sosial. Foto Ihsan TV3
KUALA LUMPUR: Watak Sharifah Qaidah dalam drama Lelaki Itu yang berakhir siarannya di TV3, kembali melonjakkan nama pengacara, pelakon dan penyanyi, Che Puan Sarimah Ibrahim, sekaligus melakar 'comeback' buat dirinya selepas 16 tahun berehat.
Pelakon berdarah kacukan Ireland-Melayu ini tidak menyangka drama bersiri terbitan dan skrip dihasilkan Erma Fatima itu akan tular dan mencetuskan fenomena hingga merekodkan capaian 1.13 bilion dalam media sosial.
"Saya ambil tempoh setahun untuk buat persiapan daripada aspek mental dan fizikal termasuk ke gimnasium sebelum memulakan penggambaran drama Lelaki Itu.
Sarimah terima tawaran Erma kerana tertarik dengan watak Sharifah Qaidah dalam drama rantaian Lelaki Itu. Foto IG Che Puan Sarimah Ibrahim
Sarimah terima tawaran Erma kerana tertarik dengan watak Sharifah Qaidah dalam drama rantaian Lelaki Itu. Foto IG Che Puan Sarimah Ibrahim
"Berbekalkan persediaan rapi, saya bersyukur dapat beri lakonan terbaik dan berkesan sekali gus drama itu juga mendapat sambutan luar biasa," katanya yang kali terakhir berlakon pada 2015.
Mengulas watak Qaidah, kata Sarimah, dia terima tawaran Erma kerana tertarik dengan watak berkenaan.
"Selepas baca skrip Lelaki Itu, saya tertarik dengan watak itu. Pada masa sama, saya mahu bekerja dengan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra dan Nur Fazura.
"Watak Qaidah juga mencabar kerana ia membabitkan pelbagai emosi iaitu marah, sedih dan macam-macam lagi apabila dirinya ditipu kawan baik dan suaminya sendiri serta kehidupannya juga hancur," katanya.
Sarimah berkata, pada mulanya dia menyangka dirinya akan dibenci penonton kerana watak antagonis itu.
"Saya berharap Lelaki Itu akan memberi kesedaran kepada ramai wanita untuk ambil tahu dan peka mengenai hak masing-masing dalam rumah tangga.
"Selepas Lelaki Itu, saya juga ada dapat beberapa tawaran berlakon filem dan drama dan nampak ada watak ditawarkan yang sehebat Qaidah," katanya.
Lelaki Itu yang selesai ditayangkan sebanyak 30 episod di Slot Samarinda TV3, pada 29 April lalu.
Selain Sarimah, Adi dan Nur Fazura, drama arahan Along Kamaluddin dan Nur Ain Sharif itu dibintangi Nabila Huda, Hannah Delisha, Aedy Ashraf, Nadia Brian, Sophia Albarakbah, Shaharuddin Thamby dan Ameerul Asyraf.
Sarimah berkahwin dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, iaitu cucunda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman 2 April 2015.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Tunku Sofia Najihah yang berusia lima tahun.
Sarimah berkata, dia kembali berlakon kerana minatnya yang sangat mendalam dalam industri hiburan sejak 1996.
"Sebelum ini, saya menyepikan diri sekejap dalam lakonan kerana fokus pada bidang pengacaraan dan deejay radio serta membina keluarga.
"Selepas anak saya, Sofia sudah besar sikit, baru saya putuskan kembali untuk mengubat rindu pada bidang lakonan.
"Saya juga bertuah kerana suami dan keluarga mentua sangat menyokong minat dan memberi restu untuk saya terbabit dalam bidang hiburan sejak dahulu," katanya.
Mengenai pengurusan karier seni pula, kata Sarimah, dia kini bernaung di bawah agensi lakonan Fiona Cross Management berpangkalan di London, United Kingdom (UK).
"Fiona Cross adalah agensi pengurusan bakat yang terbabit dalam industri komersial, teater, filem dan televisyen (TV) antarabangsa.
"Karier seni di sini pula diuruskan pengurus Shawn Amer (daripada Mask Team)," katanya.
Dalam perkembangan lain, Sarimah mengambil kursus lakonan dengan Gerry Grennell dari UK pada 2022 hingga 2023 sebagai persediaan untuk kembali aktif dalam bidang lakonan.
"Saya harap dapat memberi satu kelainan dari segi lakonan kerana kita kena bergerak mengikut masa dan selera penonton global seperti Netflix dan sebagainya," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sory aku tgk lakonan dia cam x natural. Mcm tgh belakon. Boleh tgk 10min ja aku kalih crita lain |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 5-5-2024 04:19 PM
1.13 bilion?
.boleh caya ke billion nih..? Ada screenshot ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Takde lah wow sangat pun lakonan dia. Sama je macam juliana banos kalau buat comeback. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya ambil tempoh setahun untuk buat persiapan daripada aspek mental dan fizikal termasuk ke gimnasium sebelum memulakan penggambaran drama Lelaki Itu.
- sampai ke gym ko cik mah
takde pulak scene ko kena lari lompat dlm drama tu.
Tp aku suka je lakonan dia ni dlm drama tu. Mcm kena watak tu dgn gaya dia. Esp masa dia hoiiii kan si eddy ashraf..comel je hoiii dia |
|
|
|
|
|
|
|
Muka dia letoppp ehhhh. Rase mcm perfecto betul muka dia |
|
|
|
|
|
|
|
alieyrina replied at 5-5-2024 04:03 PM
Sory aku tgk lakonan dia cam x natural. Mcm tgh belakon. Boleh tgk 10min ja aku kalih crita lain
Ai tak tgk cerita ni tapi selalu keluar kat IG. Ai rasa terganggu dgn cebik mulut dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak follow sangat cerita ni. Kadang lalu dkt fyp tgk la juga. Tapi suka tgk dia. Suara sedap didengar. Jelas setiap butir perkataan. kalau boleh berlakon la lagi cerita lain. |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 5-5-2024 05:55 PM
Saya ambil tempoh setahun untuk buat persiapan daripada aspek mental dan fizikal termasuk ke gimnasi ...
Klau bkn sebab cite ni pon, dia sememangnya rajin pegi gym. Rajin je dia up dlm ig tgh ber gym |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 5-5-2024 11:25 PM
I tak tengok pun drama ni tapi banyak klip lalu lalang kat IG, drama letops selalu macam tu la.
Watak dia tu walaupun nampak macam antagonis tapi dia bukan penyondol dan laki lagi selayak nye dibenci. Harta² tu asal nye dari dia pun, dia yang kaya. Dah pulak nak kena bahagi bahagikan dengan madu² dan anak² tiri sebab laki taguna dia, dah ler dia takde anak lelaki, madu² dua² anak lelaki. So, ofkos la ramai orang kesian.
Ramai pelakon ada nama dalam cerita ni, mat salleh pakai term 'star-studded' |
|
|
|
|
|
|
|
Mary_jane replied at 5-5-2024 05:50 PM
Takde lah wow sangat pun lakonan dia. Sama je macam juliana banos kalau buat comeback.
yea... sedari dlu pn die bkn wow faktor dlm lakonan tp tetap menarik utk mewarnai industry.
x blh lawan sopea jane pnye comeback.. senyap di saat gemilang comeback terus meletop...pastu xnk back to back amik job... steady je |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka kak mah lontar dialogue. Sedap Sgt dengar |
|
|
|
|
|
|
|
Amende...berlakon muka berkerut je..scene sedih pon x mampu menangis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kirekan ok la lakonan comeback sheols, sbb da lama tak blakon kot. Lakonan menjadik sbgi Qaidah yg antagonis. Tapi scene2 nangis sedih taubat agak fail la sikit.
Suka cara sheols bebual jelas bulat, takde la cam sesetengah retis tangkap cun je manjang bebual kemam2.
Drama ni bleh dikatakan sumer watak banyak flaw, takde yg baik atau betul, jadi tu yg menarik ramai penonton kot. Meols yg jarang nengok tb pun ade gak terjebak sakit hati kat certain eps. Yang cemerlang blakon drama ni si Hannah tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakah kita tgk watak,drama yg sama???apesal aku tgk dia ni paling kayu dlm drama ni? kdg2 aku pikir peah lagi ok lakonan dia |
|
|
|
|
|
|
|
alieyrina replied at 5-5-2024 04:03 PM
Sory aku tgk lakonan dia cam x natural. Mcm tgh belakon. Boleh tgk 10min ja aku kalih crita lain
Same here. Betul cakap kau nampak berlakon |
|
|
|
|
|
|
|
cicicumel replied at 6-5-2024 09:54 AM
Amende...berlakon muka berkerut je..scene sedih pon x mampu menangis..
Ntahh.ada jugak la moment yg kita boleh bersimpati dgn qaidah ni.tapi disbb dia kayu ..dgn xde perasaan je aku aku tgk scene tu.numb terus... |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya pada usia begini, lakonan nya dah wow. Kalah sgt dgn lakonan mak jah, makcik petir
Tp dia mmg cantik |
|
|
|
|
|
|
|
Suka je dia berlakon dan watak tu sesuai lah dgn cara dia.
Lontaran suara pun jelas dan berbeza dari pelakon biasa style cakap tu. Lain dari yg lain.
Gigih buat preparation sampai masuk gym bagai... Tp bagus tu effort ada dr yg bbnu tak buat homework. |
|
|
|
|
|
|
| |
|