CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6868|Reply: 70

Aliff Aziz Mohon Doa Orang Ramai Agar Kes Khalwatnya Bersama Ruhainies Dapat Diselesaikan Cara Terbaik

[Copy link]
Post time 14-6-2024 07:49 PM | Show all posts |Read mode




Penyanyi Aliff Aziz baru-baru ini meminta orang ramai mendoakan kes khalwat yang melibatkan dirinya dan pelakon Ruhainies supaya menemui jalan penyelesaian terbaik.


Dalam satu kenyataan, Aliff menzahirkan harapan agar segala urusan berkaitan kes ini berjalan lancar dan dapat diselesaikan dengan baik.


“Insya-Allah, mohon semua mendoakan yang baik-baik dan semoga kes itu selesai. Saya sudah beri kerjasama dengan JAWI, seterusnya, kita serahkan kepada mereka untuk tindakan akan datang,” ujar Aliff dengan penuh pengharapan.


Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail, siasatan kes khalwat yang melibatkan Aliff dan Ruhainies telah selesai.


Kertas siasatan telah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut.


Kini, keputusan seterusnya terletak pada JAPENS untuk menentukan tindakan yang akan diambil berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan oleh JAWI.


Aliff dan Ruhainies dilaporkan telah ditahan oleh anggota JAWI di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu. Penahanan tersebut dilakukan selepas mendapat maklumat berkenaan aktiviti yang mencurigakan.


Bagaimanapun, mereka dibebaskan dengan jaminan kira-kira jam 2 petang pada hari yang sama. Kes ini mendapat perhatian umum dan menimbulkan pelbagai reaksi di media sosial.


Kejadian ini mencetuskan pelbagai spekulasi dan perbincangan dalam kalangan netizen. Ramai yang berharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan adil dan saksama, sementara ada juga yang menasihati pasangan berkenaan untuk lebih berhati-hati dalam pergaulan mereka.


Bagi Aliff, permohonan doa daripada orang ramai adalah satu usaha untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik. Beliau juga berjanji untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa sepanjang proses siasatan dan pendakwaan.


Beliau juga berterima kasih kepada mereka yang terus memberi sokongan dan memahami situasi yang dihadapinya.


Sumber : Murai.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2024 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Doa la sendiri, suruh makpakadik ko doa. Time buat dosa tak ingat doa pulak
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
bila ke rumah kemut x mohon kat sesiapa pulak…ni dah jadi kes dan dan mohon doa org..kawin la cepat dgn kemut
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
mu buat dosa mu mintak doa dgn org gila ke apa kau bang...
tapi aku doakan mu kawen dgn ruhanis lpstu si sarah & puteri boleh jadi madu2 hang..baru kebaboom mak hang mesti setuju punya..kompom mak hang sujud syukur punya
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
koser plak nak doa2 segala...ko yg bersedapan berdua,  kami plak nak doa utk korang. doa suh mati pucuk blh la
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehhh tak kose nk doa utk ko
Hamunan sahaja yg selayaknya
Lepas kes mahkamah ni...
Balik temasik jgn datang malaya terus ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2024 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
X payah ajak org lain doa sama.. bukan untuk kemaslahatan ummah pun
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 09:30 PM | Show all posts
syamzana replied at 14-6-2024 08:23 PM
koser plak nak doa2 segala...ko yg bersedapan berdua,  kami plak nak doa utk korang. doa suh mati pu ...

hahaha...ai liike

suruh kita doa plak, tak malu kat Allah ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2024 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko yg masuk rumah dia dah nape pulak netizen nak kena doa? Btw leggings kemut tu jgn buat harta sepencarian. Bagi balik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 14-6-2024 08:23 PM
koser plak nak doa2 segala...ko yg bersedapan berdua,  kami plak nak doa utk korang. doa suh mati pu ...

Wakaka..doa yg terbaik tu maksudnya dpt kwen free ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahwinkan je diorg berdua ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mls aku
Baik aku doa tok family aku lol
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Mintak orang tolong doa pastu ko sambung kegiatan memburu b*r*t? Gitu ke?


Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 09:46 AM | Show all posts
Hek eleh..kau sedap2, tiberrr nak suruh orang ramai doa kat kau..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Suruh la mak nko yg terpaling tuh yg doakan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miss_perfect at 15-6-2024 10:33 AM

Dah kenapa orang lain yang kena doa pulak? Ko yang buat maksiat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2024 10:42 AM | Show all posts
Edited by Hypothetically at 15-6-2024 10:45 AM

Org2 yg kena tangkap khalwat kat hotel2 murah mostly semuanya di dakwa terus dah takde corner2 baring lagi, so apa yg buat dorang dua ni istimewa sgt padahal sama je perbuatan org2 kat hotel murah dgn condo mahal tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Hypothetically replied at 15-6-2024 10:42 AM
Org2 yg kena tangkap khalwat kat hotel2 murah mostly semuanya di dakwa terus dah takde corner2 barin ...

Sebab diaorang ni retis tu je bezanya
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 11:11 AM | Show all posts
aik... sndiri doa la.. ajak R ko tu sekali berdoa.. kakak dia.. family dia yg nk mkn sama2 dgn ko tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Koserrr nk doa utk ko... Baik doakan utk org2 palestine yg teraniaya tu lagi bagus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.073381 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list