View: 5014|Reply: 42
|
[Tempatan]
Wanita lebih cenderung hidap penyakit sendi
[Copy link]
|
|
Wanita lebih cenderung hidap penyakit sendi
Oleh Hazira Ahmad Zaidi - Jun 21, 2024 @ 12:43pm
[email protected]
Osteoartritis boleh menjejaskan semua sendi sinovial pada tubuh, namun kebiasaannya ia lebih kepada sendi lutut serta pinggul disebabkan sendi berkenaan menanggung beban berat badan.
KOTA BHARU: Golongan wanita lebih cenderung untuk mendapat osteoartritis iaitu sejenis penyakit sendi berbanding lelaki.
Menurut Pakar Perunding Ortopedik dan Artroplasti, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Shaifuzain Ab Rahman, osteoartritis boleh menjejaskan semua sendi sinovial pada tubuh, namun kebiasaannya ia lebih kepada sendi lutut serta pinggul disebabkan sendi berkenaan menanggung beban berat badan.
Katanya, osteoartritis berlaku apabila tulang rawan antara dua permukaan tulang dalam sendi menipis dan terhakis menyebabkan dua permukaan tulang tanpa rawan yang membentuk sendi akan bergeser yang banyak dialami oleh pesakit peringkat umur tua.
"Ia akan menyebabkan kesakitan ketika pergerakan sendi berlaku terutama semasa berdiri dan berjalan yang mana proses kerosakan sendi sebegini dinamakan proses degeneratif.
"Disebabkan itu, kita perlu tahu sendi di bahagian pinggang, tulang belakang, bahu dan tangan juga adalah antara sendi lain yang boleh terlibat dengan osteoartritis," katanya.
Osteoartritis boleh dibahagikan kepada dua iaitu osteoartritis primer (OP) dan osteoartritis sekunder (OS).
"Kebanyakan pesakit OP adalah disebabkan peningkatan usia atau proses penuaan selain faktor lain seperti berat badan berlebihan dengan 'Body Mass Index' (BMI) melebihi dari 28 juga dikenal pasti sebagai mempunyai risiko tinggi untuk mendapat penyakit ini.
"OS pula terjadi disebabkan oleh faktor luaran yang bertindak ke atas rawan sendi sehingga menyebabkan gejala osteoartritis terjadi," katanya.
Jelasnya lagi, faktor yang memberi kesan buruk kepada sendi adalah jangkitan kuman dan kepatahan lampau yang melibatkan sendi serta penyakit seperti 'Rheumatoid Artritis' dan 'Gouty Artritis'.
"Pergerakan geseran sendi yang bergerak dalam jangka masa lama dan berulang juga boleh menyebabkan kerosakan yang teruk terutamanya sendi yang menanggung berat badan seperti sendi lutut, pinggul dan buku lali," katanya.
Berdasarkan data, penyakit sendi atau artritis di seluruh dunia dilaporkan kira-kira 65 hingga 80 peratus adalah dari jenis osteoartritis.
"Tanda fizikal bagi penyakit osteoartritis ini biasanya bergantung kepada tahap kesakitan pesakit yang akan mengalami lenguh pada sendi yang terlibat.
"Pesakit akan berasa sakit atau tidak selesa ketika pergerakan dan sendi mengalami bunyi 'crepitus'.
"Pesakit juga biasanya mengalami perubahan fizikal yang lebih ketara pada sendi seperti lutut kelihatan pengkar ke dalam dengan lebih jelas dan perlu menggunakan alat sokongan seperti tongkat, 'crutches' atau 'walking frame' untuk menampung kesakitan dan ketidak stabilan pada sendi yang terlibat," katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai agar lebih cakna untuk datang lebih awal berjumpa pakar perubatan apabila mempunyai tanda fizikal atau perubahan pada sendi badan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lutut meols dah setahun lebih sakit. Kalau dulu boleh je jogging 5km skrg ni nak dptkan 3km pun dh azab. Meols harap bukan sbb osteoartritis ni la. |
|
|
|
|
|
|
|
Penyakit tulang rapuh? kwn aku ada mcm ni. jatuh dari motosikal yg parking jer terus patah bahu. Bykkan ambil pil kalsium uols.. |
|
|
|
|
|
|
|
awassss... 9/10 acik2 gundu berisiko tinggi sakit lutut |
|
|
|
|
|
|
|
Ya bener. Especially during pre menoupausal and menoupausal stage, low estrogen ni mmg sakit sendi2. Bukan perempuan je lelaki pun sama. Tapi lelaki senang kena heart disease pula, buncit boroi etc.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pergi la ultra sound tengok kenapa, kurang gel ke atau terkoyak ligamen ke.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aechae at 24-6-2024 12:43 PM
Disclaimer dlu awal2 iols x gundu okeh
Bln lepas iols join zumba last join sblum puasa sbb aktiviti sebulan skali kan...so yg bln lps punya lps zumba tu iols sakit lulut okehhh sehari lps tu...xtau pasl apa tp klu msa solat tu msa sujud tu kn kena tekan gtuu sakit smpi iols lapik towel kecik...pastu upgred sejadah tebal bg feel 'kusyen' sket...dkt 2 mggu gak lah sakit tu tp skang dh okeh lh.
Kesannya, iols x join zumba utk aktiviti bln 6 n badminton sbb takut sakit lg |
|
|
|
|
|
|
|
sebab wanita kena sakit sendi adalah kerana wanita mengangkang je, sendi lelaki yg banyak buat kerja
sebab tu antara teknik sihat bagi wanita adalah doggystyle, sendi pinggul digunakan utk posisi ini
women on top juga bagus
bagi andartu, jgn dok makan dan ckp dgn kucing shj, pergi jogging atau berzumba |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you for the update.
|
|
|
|
|
|
|
|
Samalah dgn acik noor...dah tua sakit lutut bila lari jogging |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sakit lutut.
Meols sakit tumittt.
Sampai tencot² jln.
Ilang sakit tumit sakit lak tang tapak kaki.
Nk tidoq pn susah jmpa tune time tgh mrenyut. Rasa cm tpijak Lego tp kaki melunjur ja |
|
|
|
|
|
|
|
dh umur senja ni bukan lutut je sakit... satu badan sakit. kalau x lutut hamstring, kalau x hanstring betis...kdg ankle. masa kitanya jogging la...masa duduk2 tak la sakit |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm2 sakit sbb tak jaga pemakanan, semua bedal. Asalkan hidup lama katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 24-6-2024 11:50 AM
Pergi la ultra sound tengok kenapa, kurang gel ke atau terkoyak ligamen ke.
Boleh buat dkt klinik biasa ke? |
|
|
|
|
|
|
|
polyx replied at 25-6-2024 07:44 AM
Boleh buat dkt klinik biasa ke?
Kalau ada poliklinik amal medik dekat area pun ok. Dia mmg buat tuk sakit lutut dgn sendi2 ni. Mak i kitarang bawa check situ je tapi bila scan sudah stage 4 gel kering too late la maknanya. Tulang dah bergesel tulang. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana maunya sakit sendi, dah kerja dalam & luar rumah semua perempuan yang buat |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-6-2024 08:10 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
noor2 replied at 24-6-2024 12:39 PM
Samalah dgn acik noor...dah tua sakit lutut bila lari jogging
Bila dah berumur dah tak boleh buat aktiviti macam orang muda. Orang asyik kata kena push diri, tapi benda tu applicable waktu umur belasan dan awal 20-an. Bila dah masuk 40 dan seumur hidup tak pernah aktif,tiba2 masuk aktiviti berat contohnya triathlon,itu mmg cari bala.
Jogging akan beri stress kepada sendi. Next time cuba brisk walk. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 25-6-2024 07:47 AM
Kalau ada poliklinik amal medik dekat area pun ok. Dia mmg buat tuk sakit lutut dgn sendi2 ni. Ma ...
Tq sis.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|