CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9285|Reply: 29

Azharina sah hidap kanser

[Copy link]
Post time 26-6-2024 08:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by antikorok at 26-6-2024 11:22 PM

SELEBRITI

Azharina sah hidap kanser

Serimah Mohd Sallehuddin
[email protected]

June 26, 2024 @ 5:24pm



Azharina menghidap kanser dan kencing manis akibat amalan pemakanan. - NSTP/Eizairi Shamsudin


KUALA LUMPUR: Penyanyi bervokal tinggi, Azharina Azhar, 39, disahkan menghidap kanser, namun masih belum dapat berkongsi jenis kanser dihidapi.

Azharina berkata, dia sedang menunggu keputusan laporan kesihatannya yang berkemungkinan keluar dalam tempoh dua minggu lagi.

"Saya disahkan menghidap kanser, namun masih menunggu keputusan dalam tempoh dua minggu lagi.

"Saya perlu menjalani dua pembedahan. Sepatutnya pembedahan pertama pada minggu depan, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana ada beberapa kerja yang belum selesai.


"Pembedahan ini terpaksa dilakukan atas nasihat doktor akibat masalah kesihatan kerana saya suka makan.

"Saya kena ubah cara makan, ramai artis yang buat bariatrik dan ia memang membantu mereka," katanya kepada BH Online ketika ditemui pada majlis pelancaran single berjudul Realiti berduet bersama Kozae, di sini hari ini.

Tambah Azharina, salah satu sebab memilih menangguhkan pembedahannya kerana ia memerlukan masa untuk sembuh.

Justeru, dia memerlukan masa yang cukup untuk membuat persediaan dan mencari pekerja yang boleh dipercayai untuk menguruskan perniagaannya.

Dalam pada itu, Azharina mendedahkan, dia juga menghidap kencing manis sejak dua tahun lalu.

Mengakui kedua-dua penyakit dihidapi itu mengganggu emosi dan aktiviti harian, namun dia memilih untuk berfikiran positif.

"Saya juga manusia biasa. Bila sakit tentulah saya akan menangis. Biasanya, saya akan dengar lagu-lagu galau untuk redakan perasaan.

"Saya kena tempuh ujian ini walaupun perit dan menyakitkan," katanya.

Terdahulu, penyanyi Elergi Sepi itu kali pertama mendedahkan penyakit dihidapi ketika menjadi tetamu undangan untuk program No Filter bersama Elly Mazlein.

Menurut Azharina, dia mengalami pendarahan teruk ketika menyertai program realiti, All Stars Gegar Vaganza (GV10) pada September 2023.

Katanya, walaupun tidak mendedahkan secara khusus, namun doktor yang merawat menasihati agar dirinya menjalani pembedahan dan kemoterapi.


https://www.bharian.com.my/hibur ... na-sah-hidap-kanser


  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2024 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni ada buat drip atau suntik2 ke? Maaf meols xtau. Semoga cepat sembuh Dan dipermudahkan urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan dan cepat sembuh nina
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru 39 umurnya...ingatkan 40an
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 08:56 PM | Show all posts
moga cepat sembuh.. kesan kanser dari awal boleh dpt kan rawatan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga tabah sis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2024 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan.


Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
muda dari iols rupanya
kencing manis...kanser plak. semoga dipermudahkan urusan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2024 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada bleeding..so cancer belah2 perut or cervical la kot...dah cancer nk buat bs pulak..boleh ke? Tak ke jadi kurus kering nanti..
Moga Allah sembuhkan dia..kesian anak2 kecik lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyakit yg scary...dok elok2 tiba2 ada...haih..semoga cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Semuga Allah permudah rawatan & berikan kesabaran melalui fasa rawatan nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo ada dia reveal dlm program astro gempak dgn kak lina pompom aritu
Tp br skrg keluar news ye
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kanser ni salah satu rawatan alami adalah terus tukar lifestyle jadi vegan terus. InsyaAllah kalau masih peringkat awal boleh sembuh. Sebab kanser ni makanan dia dua aje, gula dgn depression. Org putih ramai sembuh kanser sebab dorang ada awareness yg tinggi. Terus tukar lifestyle. Org asia ramai mati sebab tau kanser terus murung. Kemurungan activate kan sel kanser. Tapi klu dah nak jadi tu jadilah jugak. Mudah mudahan nina sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 11:00 PM | Show all posts
dengar boleh percaya jangan. spesis temberang sudah sebati dalam darah daging hahahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga cepat sembuh sis
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 02:29 PM | Show all posts
suka tgk cara Azharina jwb soklan2 kak Kepom dlm pgrm Astro No Filter. nampak loud tapi educated  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2024 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
annadonna replied at 26-6-2024 10:35 PM
Kanser ni salah satu rawatan alami adalah terus tukar lifestyle jadi vegan terus. InsyaAllah kalau m ...

Like comment ni. Ari tu iols wat ct scan ingatkan kanser naik baik bkn. Skang ni tukar lifestyle omad sbb kanser bole mati kalo bdn kita dlm keadaan starvation selalu
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 27-6-2024 02:33 PM
Like comment ni. Ari tu iols wat ct scan ingatkan kanser naik baik bkn. Skang ni tukar lifestyle o ...

Boleh elaborate sis? Starvation maksudnya rajin berpuasa in sha Allah sel kanser susah activate?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 02:54 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 27-6-2024 02:33 PM
Like comment ni. Ari tu iols wat ct scan ingatkan kanser naik baik bkn. Skang ni tukar lifestyle o ...

betul pernah terbaca reporter kat gaza dia mengidap cancer sbb di gaza diaorang kekurangan makanan dia selalu kelaparan kemudian dia dapat keluar ke Mesir, bila buat pemeriksaan cancer dah tak ada..
Anak buah I kena cancer darah, rawatan dia terlalu mahal..utk yg berduit inshaallah kalau muda masih lagi ada harapan..dia dapat bone marrow doner dari adik dia sendiri..tapi cuma 50% match doctor pun kasi 50/50 berkesan..kesian tengok treatment dia mmg tersiksa.. Alhamdullilah sekarang so far berjaya kena tunggu 5 tahun utk confirmkan benda tu tak relapse.

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 02:56 PM | Show all posts
missbigrockstar replied at 27-6-2024 02:46 PM
Boleh elaborate sis? Starvation maksudnya rajin berpuasa in sha Allah sel kanser susah activate?

dengar2 mcm tu...mcm chefwan dia terus cancel gula..
gula pun senang biakkan sel kanser.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.065354 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list