CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13522|Reply: 36

Selepas 21 Tahun Besarkan Anak, Zarina Zainuddin Baru Tahu Anaknya Ada Sebelah Sahaja Buah Pinggang

[Copy link]
Post time 6-7-2024 10:04 AM | Show all posts |Read mode






Pelakon terkenal, Zarina Zainuddin, dikejutkan dengan berita bahawa anak ketiganya, Muhamad Naim Azrai yang berusia 21 tahun, hanya memiliki sebelah buah pinggang.


Penemuan mengejutkan ini berlaku setelah Naim tiba-tiba pengsan di rumah, menyebabkan Zarina segera membawanya ke hospital.


“Saya baru tahu semalam. Setelah doktor lakukan pemeriksaan, didapati Naim ada sebelah buah pinggang sahaja,” kata Zarina. Kejutan ini membuka mata Zarina terhadap tanda-tanda yang selama ini tidak disedarinya.


“Apabila dimaklumkan, barulah saya perasan. Selama ini, Naim habiskan masa lama di bilik air setiap kali hendak buang air kecil. Saya sedih kerana bimbang apa-apa terjadi kepadanya,” tambahnya.








Doktor yang merawat Naim menasihatkan agar Naim mengelakkan kerja-kerja lasak dan memastikan pemakanan yang seimbang serta pengambilan air yang mencukupi.


“Naim kena mula jaga pemakanan terutama elak makanan segera. Naim juga kena banyak minum air bagi membantu memudahkan pembuangan air kecil,” jelas Zarina. Ini penting untuk mengelakkan masalah kencing kotor yang boleh memberi kesan buruk kepada buah pinggang Naim yang tunggal.


Bagi memastikan keadaan kesihatan Naim lebih terperinci, dia dijadualkan menjalani prosedur pengimejan resonans magnet (MRI) hari ini. Prosedur ini penting untuk memahami lebih lanjut keadaan kesihatan buah pinggang Naim dan menentukan langkah seterusnya dalam rawatan.


Selain Naim, Zarina Zainuddin mempunyai tiga lagi anak lelaki iaitu Muhammad Razal Azrai, Muhammad Razil Azrai, dan Muhammad Adam Azrai.


Sebagai seorang ibu, Zarina sangat prihatin terhadap kesihatan anak-anaknya dan bertekad untuk memberikan yang terbaik bagi memastikan mereka semua berada dalam keadaan sihat dan selamat.


Sumber : Murai.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2024 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
1 1 ujian Allah uji dia..semoga anak tu pun cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2024 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak x boleh ke derma buanh pinggang untuk anak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2024 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 6-7-2024 10:27 AM
Mak x boleh ke derma buanh pinggang untuk anak?

Satu tu Pon Masih berfungsi. Pakai je dulu. Nanti tb2 nk bg ank mak plk tggal 1
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2024 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap takda apa2 lah ye.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2024 02:32 PM | Show all posts
Kesian pulak dia ni, satu2 anak dia ada masalah kesihatan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2024 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap tak jadi content lah ye lepas ni... Ke dah jadi salah satu slot?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2024 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannya, semoga baik2 sahaja utk anak ketiga dia ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2024 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya lps sorg sorg anak tak sihat
Nasib baik masih berkemampuan utk berubat
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2024 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa dlm kandungan, buat scan kan? Time tu bukan tau ke pasal pembentukan organ spt jantung , buah pinggang ke iols silap?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2024 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni ambil retinol or retinoid ke time preggy. Anak2 ada health issues
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2024 07:01 PM | Show all posts
airmineral replied at 6-7-2024 05:32 PM
Masa dlm kandungan, buat scan kan? Time tu bukan tau ke pasal pembentukan organ spt jantung , buah p ...

Tu le pasal.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2024 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 6-7-2024 03:32 PM
Harap tak jadi content lah ye lepas ni... Ke dah jadi salah satu slot?

sure jd bahan content...kes rare kot hidup 1 buah pinggang dr lahir...ke dh jual 1 beli Iphone..
Tp anak ni sihat msti ada keizinan dulu nk jd bahan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2024 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
airmineral replied at 6-7-2024 05:32 PM
Masa dlm kandungan, buat scan kan? Time tu bukan tau ke pasal pembentukan organ spt jantung , buah p ...

20 thun lepas x advance mcm skrg..skrg pregnant kena test mcm2..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2024 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Besar betul ujian dia ni [em:12:] Harap2 anak dia yg sorang lagi tu, normal la hendaknya. Sapalah jaga zz nanti dah lanjut usia. Harap bila dapat menantu, jagalah hati menantu tu. Jangan paksa menantu tinggal serumah dgn anak2 yang lain. Biar menantu dan anak tinggal rumah lain. Bagi diorang peluang dapat zuriat yg baik, tanpa drama dan exposure melampau. Ingat zz, hormat menantu. Anak ko yg lain tu sakit. Nanti ko dah tua, menantu juga yg jaga. Selagi ko tak tua, jgn jadi mak yg over controlling.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2024 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Simpati pula dgn dia.. Semoga dipermudahkan segala urusan merdeka sekeluarga..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2024 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Momohizan replied at 6-7-2024 06:54 PM
Dia ni ambil retinol or retinoid ke time preggy. Anak2 ada health issues

masa muda belia bukan ke dia ada bisnis sirna sari produk merkuri timbang kilo tu
kencang dia masa tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2024 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
bottombikini replied at 6-7-2024 10:22 PM
masa muda belia bukan ke dia ada bisnis sirna sari produk merkuri timbang kilo tu
kencang dia masa ...

Lama2 jadi sirna.

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2024 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 6-7-2024 10:27 AM
Mak x boleh ke derma buanh pinggang untuk anak?

Bole request nak derma tapi kena lalui banyak filter.
Kena tgk saiz. Kena tgk kesihatan penderma dan lain2.. dan biasanya proses nak lulus ambik masa yg sama.

Buah pinggang 1 je masih bole bertahan hidup. Insyallah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2024 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum ni katanya pernah bawak klinik tp maybe takda ujian yg detail so doktor kata cuma kencing kotor.
Gara2 pengsan ni laa baru ada xray kot tu yg tau ada sebelah buah pinggang.
Maybe kita pun kena tgk2 juga anak2 sendiri kot2 ada masalah yg sama.
Sedangkan yg takda rahim, ada dua vagina dan lelain kondisi yg rare ramai juga cuma tahu bila dah dewasa.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.079695 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list