View: 43146|Reply: 20
|
[Dunia]
Lelaki berjimat 21 tahun, bersara awal dengan RM4 juta
[Copy link]
|
|
Lelaki berjimat 21 tahun, bersara awal dengan RM4 juta
https://www.hmetro.com.my/global ... wal-dengan-rm4-juta
Agensi
Disiarkan pada: Julai 24, 2024 @ 2:06pm
LELAKI itu sanggup makan makanan yang ringkas untuk menjimatkan wang. FOTO Agensi
Tokyo: Seorang lelaki Jepun menarik perhatian apabila menjalani kehidupan sangat berjimat cermat selama 21 tahun kerana ingin menjimatkan sehingga AS$640,000 (kira-kira RM2.9 juta).
Usahanya dengan matlamat bersara awal itu membuahkan hasil apabila dia baru-baru ini mengumumkan bersara dengan AS$860,000 (kira-kira RM4 juta).
Memetik laporan South China Morning Post, lelaki yang tidak dikenali itu yang berusia 45 itu memulakan rancangan simpanannya pada awal 2000-an, selepas mendapat pekerjaan yang stabil.
Syarikatnya memerlukan pekerja bekerja lebih masa, dengan kadang-kadang sehingga lewat malam.
Dalam usaha untuk menjalani gaya hidup 'bebas kewangan, bersara awal', lelaki itu yang memperoleh gaji tahunan kira-kira AS$32,000 (kira-kira RM192,000) merangka rancangan teliti untuk menjimatkan 100 juta yen (AS$640,000 atau kira-kira RM2.9 juta), seawal mungkin.
Dia bermula dengan memberi dirinya identiti dalam talian sebagai 'Lelaki Yang Pasti Akan Berhenti Kerja' sebagai motivasi.
Selama lebih dua dekad, dia tinggal di asrama syarikat, membayar AS$190 (kira-kira RM887) sebulan untuk sewa, dan mencari peralatan dan perabot rumah yang dibuang oleh pemilik asal.
Makanannya sangat menjimatkan, dengan makan malam biasa mungkin terdiri daripada plum masam, beberapa sayur masin dan semangkuk nasi.
Kadang-kadang makan malam itu hanyalah minuman tenaga, yang diperolehnya menggunakan mata percuma dari kedai serbaneka.
Dia juga akan mengambil minuman berkarbonat dan biskut sebagai hidangan malamnya sambil menonton filem bertemakan penjara dan bergurau bahawa kehidupannya dalam syarikat itu tidak berbeza dengan menjalani hukuman penjara 20 tahun.
Selepas ketuhar gelombang mikronya pecah, dia juga beralih kepada makan keledek dari musim sejuk ke musim panas, dengan memasaknya menggunakan haba musim panas di cermin depan kereta rakan sekerjanya.
Selain itu, dia tidak pernah menggunakan penyaman udara atau pemanas, sebaliknya memilih untuk menyejukkan badan pada musim panas dengan kemeja-T basah dan memanaskan badan pada musim sejuk dengan melakukan gerakan mencangkung (squat).
Usahanya membuahkan hasil awal tahun ini apabila dia mengumumkan di media sosial bahawa dia akhirnya berjaya mencapai sasaran simpanan AS$860,000 (kira-kira RM4 juta) selepas 20 tahun 10 bulan bekerja untuk syarikat itu.
Selepas mencapai kebebasan kewangan, kehidupannya bertambah baik.
Dia kini menikmati empat telur rebus untuk sarapan pagi dan membeli ketuhar gelombang mikro supaya dia boleh menikmati hidangan panas.
Bagaimanapun, kegembiraannya tidak lama, kerana baru-baru ini mendedahkan bahawa simpanannya menyusut secara mendadak akibat penyusutan nilai Yen sejak awal tahun ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
4 juta x cukup, harini sepinggan 10, 2030 sepinggan 20, 2050 sepinggan 50 |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 24-7-2024 06:34 PM
4 juta x cukup, harini sepinggan 10, 2030 sepinggan 20, 2050 sepinggan 50
jgn laa...iolls sejuta pun tade oo |
|
|
|
|
|
|
|
extreme nya... jgn lepas 1-2 tahun kiok, tak merasa smua duit tu
boleh je nak menyimpan, tp berpada2 la nokkksss.. ni sampai makan pun nak dicatu.. . makan tu no 1, even bukan mentakedarah harus la berkhasiat kena dekat tekak
ni dah level kemut taidong masin
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia kena fikir untuk laburkan duit simpanan heshe dalam ASB sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 24-7-2024 06:34 PM
4 juta x cukup, harini sepinggan 10, 2030 sepinggan 20, 2050 sepinggan 50
cukup la tu hidup seadanya
chuols kalau umur 60an makan serupa 30an lagi tu membela saka namanya |
|
|
|
|
|
|
|
Duit yg banyak jangan disimpan dalam savings account. Kena invest barulah duit tu bekerja utk kita. Even fixed deposit pun ciput aje return dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib tak mati sebelum dpt bersara. Kalau tak sia2 je hidup gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada 4 juta pun masih berjimat..hanya makan telor 4 biji sajo.. |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 24-7-2024 07:11 PM
Dia kena fikir untuk laburkan duit simpanan heshe dalam ASB sissy.
Kalu kat Tokyo rm 4juta tu memang lah tak byk mana.Nak tampung sara hidup 10tahun lg pun tak cukup kalu tak dilaburkan.Kalu kat Malaysi ni 1.5 M kira dah ok kali bujang tiada komitmen. Adek aku bujang dah plan retire pd umur 45th .Asb dah penuh, FD pun ada.Kalu termasuk kwsp kira ada lah dlm 2M.Kira dah boleh pencen muda sbb loan semua pun dah takde. |
|
|
|
|
|
|
|
nanti dia migrate penang or cameron la tu, join MM2H, berbaloi jadik expat mesia dengan that amount of money |
|
|
|
|
|
|
|
Tak makan ayam kukus ke?
Tetiba rasa nak beli periuk kukus |
|
|
|
|
|
|
|
tiada nikmat hidup begitu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak kawin..tak de anak. Iols pon boleh buat mcm tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 beliau sihat untuk menikmati hasil usahanya itu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Acik acik scammer is shakingg nak tahu no phone beliau |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimanapun, kegembiraannya tidak lama, kerana baru-baru ini mendedahkan bahawa simpanannya menyusut secara mendadak akibat penyusutan nilai Yen sejak awal tahun ini.
Amek ko! Kedek nk mampos |
|
|
|
|
|
|
|
patut simpan emas dan migrate ke negara lain cam panama,tailent |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya..mcmama nk jimat tu ye..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|