CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 40103|Reply: 27

Yaph tutup muka selesa berpenampilan misteri, mahu peminat hargai muzik bukan paras rupa

[Copy link]
Post time 27-7-2024 02:23 AM | Show all posts |Read mode


PENYANYI dan komposer Yaph lebih selesa mengekalkan penampilan misteri tanpa mendedahkan wajahnya kepada umum.

Yaph yang merupakan singkatan kepada 'Yang Aku Panggil Hidup' itu berkata dia sudah tampil dengan imej misteri itu sejak 2019 iaitu selepas tiga tahun pembabitannya dalam bidang muzik.

"Daripada awal kemunculan saya memang tidak pernah menonjolkan diri sehinggalah 2019 baru saya muncul dengan penampilan seperti ini.

"Saya ingin memberitahu bahawa muzik ini boleh disampaikan tanpa perlu menunjukkan diri sebenar.

Yaph selesa tidak berkongsi identiti pada khalayak.

"Ini bukan satu strategi pemasaran, memang saya lebih selesa berpenampilan sebegini kerana saya mahu orang ramai lebih menghargai karya-karya seni saya," katanya kepada mStar.

Yaph berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert Yaph dan Teman-Teman: Perpaduan Irama Hiphop Tradisional yang diadakan di Hotel Ideas, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Yaph yang enggan mendedahkan nama sebenarnya tidak menafikan penampilan misteri yang dibawa ini adalah disebabkan oleh sikap introvert yang dimiliki dan tidak suka bergaul.

"Boleh dikatakan saya juga seorang ‘introvert’, kalau orang cakap saya cuba menyorokkan wajah, memang ya. Syukur, peminat menghormati penampilan saya.

"Insya-Allah saya yakin dengan penampilan sebegini. Saya memang tidak bergaul dengan orang sangat," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Yaph bakal menganjurkan konsert ketiganya iaitu Konsert Yaph dan Teman-Teman: Perpaduan Irama Hiphop Tradisional yang akan berlangsung di RCD Big Studio, Shah Alam, Selangor pada 26 Oktober depan.

Konsert yang dianjurkan oleh Silent Set Entertainment itu akan menyaksikan lebih daripada 20 artis yang pernah berkolaborasi bersama Yaph sebelum ini.

    Saya ingin memberitahu bahawa muzik ini boleh disampaikan tanpa perlu menunjukkan diri sebenar.
    YAPH
    PENYANYI

"Dua tahun kebelakangan ini saya sudah mengadakan dua konsert solo termasuk beberapa konsert jelajah di beberapa negeri dan Alhamdulillah kesemuanya ‘full house’ dan kira-kira lebih 3,000 pengunjung hadir pada kesemua konsert.

"Kali ini saya ingin bawakan teman-teman seperjuangan saya dalam menghasilkan muzik yang sudah melebihi tujuh tahun ke konsert saya sebagai tanda menghargai mereka selain mewar-warkan kepada penyokong saya yang hadir pada malam itu, mereka inilah antara peneman perjalanan muzik saya," katanya.

Tampil dengan elemen berbeza, konsert tersebut turut menerapkan muzik tradisional bersama hip hop sebagai satu kelainan.

Menurut penyanyi itu lagi, konsert ini juga menerima dana daripada Kementerian Komunikasi Malaysia dan MyCreative Venture Sdn Bhd.

"Konsert ini menjanjikan lebih dari 27 lagu yang menggabungkan irama hiphop moden dengan sentuhan muzik tradisional Malaysia.

"Setiap lagu dipilih dengan teliti untuk memberikan pengalaman muzik yang luar biasa, menghidupkan semula warisan budaya yang kaya dengan elemen-elemen kontemporari yang segar," jelasnya.

Peminat boleh mendapatkan tiket di laman web myticketempire dengan harga bermula RM99 sehingga RM249.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2024 05:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Hantu mana pulak..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah ntah malique ke? Hurmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi suara biasa sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 27-7-2024 06:41 AM
Ntah ntah malique ke? Hurmmmm

malique kurus kot & mcm tak je
iols igtkan si bob mesra AF tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Tergelak aku, sorry.. dah mcm dementor harry Potter dah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2024 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam ni pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 07:38 AM | Show all posts
2024 pun masih ada retis guna taktik camni untuk famous ahaahaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2024 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
mak aih..xrimas ke tutup muka mcm tu skali
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
First kenal ni. Sedap ke lagu dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Takut tgk mcm hantu bertutup penuh muka
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Jah oh jah....taknak pakai camni ke ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Sia senyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sat lagi jadi trend next level menutup aurat gitu
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
bintangct replied at 27-7-2024 06:59 AM
malique kurus kot & mcm tak je
iols igtkan si bob mesra AF tu

Bob x mungkin sbb bob lebih chubby2 gittchewew. SG teka malique sbb gang2 hiphop. Ni kira another next level bandi amuk la kan. Harap lagu sedap lah ye
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Encik mimpi tu elok skit pki tope g.. Badi amuk pun sama.. Ni da Rupa yahudi orthodox pn ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2024 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Hoola at 27-7-2024 03:30 PM

laki ke pmpuan ni
serem plak achik nk ke knsert hiphop ko, nak....
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 11:38 AM | Show all posts
tapi lagi elok pakai gini daripada topeng kan. Sebab macam boleh bebas bernafas macam biasa gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
agak seram
dah macam watak jeeper creepers
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah dari 2019. Tapi baru hari ni tahu kewujudannya. 27 julai 2024.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.047384 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list