|
Di TikTok, penyanyi Datin Alyah mencuri perhatian apabila memuat naik video suaminya, Datuk Ramli MS yang sedang bermain bersama anak angkat mereka iaitu Nur Izzara.
Menerusi hantaran tersebut, Ramli yang lebih mesra disapa Tok Ram dilihat sedang mengajar Nur Izzara yang baru berusia empat bulan untuk menyebut perkataan ‘daddy’.
Tok Ram kemudiannya ‘menawarkan’ wang tunai sehingga RM2000 buat Nur Izzara sekiranya berjaya menyebut perkataan tersebut.
"Sebut ‘daddy’, cepat nanti daddy bagi RM100 untuk perkataan ‘dad’ dan RM200 untuk perkataan ‘ddy’. Hihihi, dia gelak."
"Sebut cepat, okay baiklah sebut ‘dad’ RM1000, sebut ‘ddy’ RM2000. Oh berusaha ya nak dapatkan RM2000, haha."
Apa yang menghiburkan ialah, pelantun lagu ‘Tak Mungkin Kerna Sayang’ itu turut memberikan respon terhadap tawaran suaminya menerusi ruangan kapsyen.
"Untung zara sebut daddy ja (dapat) RM1000 ke RM2000, kalau Mommy ni sampai sudahlah ha…"
Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya terhibur melihat gaya Tok Ram melayan anak angkatnya itu.
Terdahulu, Alyah mencuri perhatian apabila berkongsi foto ketika majlis cukur jambul dan aqiqah Nur Izzara menerusi Instagram (IG).
Imbas kembali, Alyah dan Ramli atau mesra dengan sapaan Tok Ram mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013.
Sebelum ini, Alyah memberitahu dia pernah menjalani rawatan IVF sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.
Sumber : Oh Bulan
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|