View: 18308|Reply: 21
|
"Cerai Pun Kami Masih Pergi Bercuti Bersama. Kalau Sunyi Saya Boleh Hubungi Bekas Isteri" - Harith Iskander
[Copy link]
|
|
Baru saja bercerai pada 25 Julai lalu, pelakon dan pelawak Harith Iskander, 58, mengakui ada sesetengah pihak pelik melihatnya masih mempunyai hubungan baik dengan bekas isteri, Dr Jezamine Lim, 41 malah siap pergi bercuti bersama.
Memetik Berita Harian, Harith berkata, walaupun bercerai mereka tidak kekok untuk terus bekerjasama dan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak.
"Kami tak pernah kekok untuk bekerjasama. Kami masih pergi bercuti bersama. Kalau sunyi saya boleh hubungi bekas isteri.
"Cuma orang lain sahaja rasa pelik bila melihat kami masih berbaik meskipun sudah bercerai.
"Kehidupan selepas bercerai masih sama, cuma kami perlu mengambil langkah baharu dan cuba belajar berjalan sekali lagi.
"Itu bukan perkara baharu buat saya kerana pernah melalui pengalaman tidak mempunyai pasangan sebelum berkahwin," katanya ketika ditemui selepas selesai prosiding tuntutan hadanah dan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
Mengenai penerimaan anak-anak mengenai berita perceraian, pelakon sitkom Jangan Ketawa itu berkata, mereka memahami situasi yang berlaku dan menyifatkannya sebagai isu orang dewasa.
"enerimaan anak-anak sama sahaja kerana mereka sudah melihat berita perceraian dalam media sosial.
"Lagipun, kami sudah jelaskan kenapa kami perlu ke mahkamah dan ada liputan media.
"Sebelum ini, mereka sudah terdedah dengan situasi ada peminat datang mahu bergambar bersama kami ketika bercuti.
"Mereka faham ini adalah dunia ayah dan ibu mereka. Tapi, kalau di rumah kami biasa sahaja," jelas Harith.
Harith dan Dr Jezamine sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 25 Julai lalu.
Perceraian berlaku disebabkan tiada persefahaman antara mereka.
Harith dan Dr Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.
Apapun, baguslah berbaik dan tidak perlu bermasam muka selepas bercerai kerana tanggungjawab terhadap anak-anak tetap berterusan.
Sumber : Berita Harian
Kulit Halus Tanpa Bulu Sepanjang Masa? Laser Hair Removal Jawapannya!
WhatsApp: https://wa.me/+601119399888
Website: https://www.regionsclinic.com.my/permanent-hair-removal/
Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/
Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@regionsclinic
|
|
|
|
|
|
|
|
ok co parenting terpaling semenjak cerai berai ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ank prmpn dia ikut muka bini dia yaaaa. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasangan terpaling cerai terpaling berbaik demi anak2 kekdahnye |
|
|
|
|
|
|
|
sonok bercuti gitu..xyah lorat nak siapkan laki..xyah pikir nak senangkan hati laki..agak2 serabut suh laki jaga anak2, buleh tido guling2 masa bercuti..sebab bilik mesti asing2 kan...hahahahaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa mesti gigih nak cerita? |
|
|
|
|
|
|
|
tak cerita nnt org tak tau
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak pulak ceriter psl ex laki bini lps dah cerai.
Nak buktikan ape. |
|
|
|
|
|
|
|
oh dah 58 ke harith ni. badan dah bau tanah kubur masih tak habis berjoli lagi ye. igt dia muda lagi sbb perangai tu mmg tak de unsur keinsafan langsung |
|
|
|
|
|
|
|
Dah besar anak2 mereka. Okay lah dia bagitahu, at least kalau dia berjalan dengan ex wife, orang tahu mereka sekadar berkawan, bukan rujuk balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Heols ni omak/apaknya omputeskan
I rasa heols mcm pakcik2 omputes selalu tu walau dh serai dgn bini, totap belikan bunga etc.
Takdelah go sour mcm kes selalu kita tgk. Betahun2 turuk naik court. Totap x slosai. |
|
|
|
|
|
|
|
anak sulung 14 tahun? 2024-14= 2010....
kahwin jun 2010.... ke pemberita salah tulis umur anak? |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai yg cakap wife dia cantik tapi tengok dlm podcast daphne biasa je
Nmpk muka kusam tapi body mmng cantik
|
|
|
|
|
|
|
|
so cerai sbb apa? mcm mana story dgn nadira tu boleh timbul? geng2 harith ni pun fishy moralsnya |
|
|
|
|
|
|
|
Byk plak story depa sejak bercerai |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik mcm mana bleh timbul kata dia skandal dgn Nadira Isaac tu.. sbb rasanya si Nadira tu dgn Dato Sunny cino kelate tu.. siap buat tatoo nama sunny kat pangkal leher nya. Kalau tgk ada video yg nadira post kot, yg ada dia rekod billboard nama dia terpampang kata punca perceraian dgn harith tu, suara laki yg merekod tu pun suara datuk sunny |
|
|
|
|
|
|
|
msdummy.2018 replied at 2-8-2024 09:28 AM
Ank prmpn dia ikut muka bini dia yaaaa.
Cantik menjadi daughter dia |
|
|
|
|
|
|
|
antidote replied at 3-8-2024 12:07 AM
Pelik mcm mana bleh timbul kata dia skandal dgn Nadira Isaac tu.. sbb rasanya si Nadira tu dgn Dato ...
Maybe time dia kena buang dulu. Dia bantai je mana2 org berduit ke ada connection ke. Pastu mungkin ada recent communication. Kdg isu dah lama. Tiba2 tertrigger balik. Nak tgk tattoo nama tu. Bukan sunny tu dgn Tyra ke? Sanggup ye perempuan2 ini mengejar sunny sampai sepesen surgery.
Mereka buat dulu surgery, baru sunny lekat atau sunny ni yg sponsor surgery dari awal? Kalau yg ke2. Maksudnya minah mana2 yg buruk pun, sunny boleh ambik as long sundal dan willing berimplant sana sini. Tak tenanglah gundik dia camtu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|