|
FOTO Presiden Perancis, Emmanuel Macron menerima ciuman penuh berahi daripada menteri sukannya hangat diperkatakan di media sosial.
Macron, 46, dirakamkan berpelukan erat dengan Amélie Oudéa-Castéra sewaktu majlis pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024.
Oudéa-Castéra, yang juga 46, pula merangkul erat belakang kepala Macron sambil mencium pipinya, dengan kedua-duanya berpengangan antara satu sama lain.
Sementara itu, Perdana Menteri Perancis, Gabriel Attal boleh dilihat memandang ke arah lain ketika kedua-duanya sedang bermesra.
Memetik laporan majalah Perancis, Madame Figaro, ia dipanggil sebagai 'ciuman ingin tahu', menunjukkan menteri 'jelas tahu bagaimana untuk membuat orang bercakap tentang dia'.
Awal bulan ini, Oudéa-Castéra meraih perhatian apabila dia berenang di Sungai Seine di Paris, sebagai cubaan untuk meyakinkan kepada dunia bahawa sungai itu sesuai digunakan oleh atlet Olimpik. -AGENSI
Sumber : MStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|