View: 20236|Reply: 12
|
Banyak kali gagal audition. akhirnya Raja Ilya dapat offer berlakon di Australia
[Copy link]
|
|
Selepas lebih empat tahun tidak aktif berlakon, Raja Ilya kini sedang mengatur langkah mengembangkan kariernya di bumi Australia.
Ilya atau Raja Rumilah Begum Raja Mohammad, 40, berkata, dia baharu sahaja menerima panggilan daripada sebuah produksi di negara tersebut yang menawarkan tawaran berlakon.
Walaupun belum bersedia disebabkan anak-anaknya masih kecil namun dia enggan melepaskan peluang yang datang.
"Sebenarnya tak juga bersedia nak kembali menjalani penggambaran. Saya cadang mungkin hujung tahun ini baru nak aktif semula, tunggu anak kedua besar sikit.
"Tapi bila rezeki datang, saya tak mahu tolak. Saya pergi uji bakat minggu lalu dan baru sahaja menerima panggilan untuk berlakon semula," katanya ketika dihubungi mStar.
Tambah pelakon kelahiran Ipoh, Perak ini dia sudah bernaung dengan sebuah syarikat pengurusan artis di Australia sejak 2020.
Sejak itu dia banyak menghadiri uji bakat namun rezeki masih belum berpihak kepadanya dan lebih memberi fokus kepada kerja-kerja belakang tabir.
Ilya juga kini dalam proses menyiapkan skrip sebuah drama selepas kertas cadangannya diterima oleh sebuah stesen televisyen di sana.
"Banyak juga pergi uji bakat sebelum ini, biasalah... bila dah penat ada juga rasa putus asa. Sebab itu saya lebih fokus kepada kerja di belakang tabir.
"Sekarang pun saya sedang bekerjasama menyiapkan skrip. Kalau saya yang tulis, mestilah akan cipta watak untuk diri sendiri," ujarnya.
Perjalanan seni Ilya juga mendapat sokongan penuh suaminya iaitu Trent Garret dan mereka sama-sama berbahagi tugas menjaga dua cahaya mata di rumah.
"Tiada masalah untuk kembali berlakon. Apa yang penting tidak perlu ke lokasi yang jauh dan tinggalkan anak lama di rumah.
"Suami juga amat memberi sokongan. Dia sanggup menjaga anak apabila saya terlibat dengan penggambaran. Di sini semuanya kami uruskan sendiri sebab tiada pembantu rumah," jelasnya.
Untuk rekod Ilya mula menetap di Perth, Australia selepas berkahwin dengan Trent pada 2018.
Hasil perkahwinan tersebut mereka kini dikurniakan doa orang cahaya mata iaitu Talita Love, 3, dan Royal Abraham, 4 bulan.
Sumber: MStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Apa cerita kata dulu berlakon dalam Marvel movie? |
|
|
|
|
|
|
|
Gen begum dia kuat menurun kat anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
pencintaABC replied at 9-2-2025 01:54 PM
Apa cerita kata dulu berlakon dalam Marvel movie?
Sembang kari boleh laa..
Tah2 ni pun sembang panipuri.. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak bersedia berlakon,dah kenapa pergi auditionnye pun?![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
#7.5inci
|
|
|
|
|
|
|
|
kira jadi la ek?![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
OK jer dia ni
takder lah berlagak ke apa
tunjuk kehidupan seharian dia
marhaen jer nampaknya
anak2 dia comel |
|
|
|
|
|
|
|
Iols pn ok dgn ilya ni sejak dah kawen biasa2 je hidup dia dgn family sana, pandai dia sesuaikan diri. Geram tgk pipi kaklong tu |
|
|
|
|
|
|
|
anak laki dia boleh jadi the next ammar alfian bila besar nanti. gengster kari ali babas next gen |
|
|
|
|
|
|
|
Nama baby royal Abraham sound so bogan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 9-2-2025 02:07 PM
Gen begum dia kuat menurun kat anak2
Haha ...dah laki nya pun belah2 sana punya gene.. |
|
|
|
|
|
|
|
tukul replied at 9-2-2025 04:56 PM
Haha ...dah laki nya pun belah2 sana punya gene..
Oh lupa.. sbb tu deme berjodohan |
|
|
|
|
|
|
| |
|