CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20856|Reply: 82

Peminat berpecah

[Copy link]
Post time 18-9-2024 09:06 AM | Show all posts |Read mode
UTAMA

Peminat berpecah

Najiy Jefri
[email protected]





SELEPAS 18 tahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya membuka mulut mengenai kisah di sebalik pengumuman mahu menamatkan zaman bujang yang terpaksa dihadapinya.

Kata Siti, berita itu seakan-akan tidak memberi 'kebahagiaan' kepada keseluruhan peminatnya. Ini kerana beliau berdepan situasi yang mana peminat tidak mahu lagi menyokongnya.


Apa yang mengejutkan, hal itu terjadi kerana ada peminat yang seolah-olah tidak merestui jejaka yang bakal menjadi calon suaminya itu.



"Saya pernah berdepan situasi peminat berpecah dua. Ada yang terus menyokong dan ada yang memilih untuk tinggalkan saya.


"Semuanya berpunca apabila saya pilih duda dan bukan lelaki bujang sebagai calon suami serta pelbagai perkara berbangkit lain.

"Mereka luahkan rasa kecewa dengan keputusan saya itu. Mujur ketika itu, media sosial tidak wujud lagi. Kalau tidak, habislah saya dikecam netizen.

"Ketika itu saya sudah reda dan terima dengan hati terbuka jika itulah keputusan mereka," kata Siti ketika ditemui Harian Metro semasa ditemubual dalam siri podcast Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36 (ABPBH) di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini.

Sesi podcast sempena penganjuran acara anugerah berprestij itu dikendalikan wartawan Harian Metro, Sudirman Mohd Tahir dan wartawan hiburan BH, Affan Rostam.

Terkejut dengan situasi yang berlaku, Siti bagaimanapun tidak melatah atau tertekan sebaliknya bersikap positif.



Siti


"Alhamdulillah saya dapat lalui dengan baik dan penuh kesabaran. Saya juga percaya pada Allah punya perancangan dan rezeki juga datang daripada-Nya.

"Tapi tidak lama pun saya tunggu kerana selepas berkahwin dan dicalonkan dalam ABPBH, saya menang.

"Saya tak sangka pun akan menang kerana pada jangkaan saya mungkin orang lain dan bukan saya. Selain sudah berkahwin, mungkin bukan lagi zaman saya," katanya.

Tambahnya, segala sangkaanya itu tidak tepat kerana peminat yang dulunya hilang kembali menambat hatinya semula.

"Rupanya sangkaan saya meleset dan peminat mula datang balik kepada saya. Mereka cuma mahu saya bahagia dan jika itu berlaku, mereka sangat gembira.

"Hendak buat macam mana, sudah tertulis itu jodoh saya. Suami pun jaga saya dengan baik," katanya.

Untuk rekod, Siti menikahi Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.



Datuk Siti


Dalam pada itu, Siti turut mengulas mengenai sikap segelintir pihak yang sering mempertikaikan kemenangannya dalam acara anugerah itu.

"Tindakan sesetengah pihak yang persoalkan kenapa saya asyik menang ABPBH boleh dianggap sebagai titik terendah dalam hidup saya.

"Komen negatif seperti itu membuatkan saya terfikir untuk menarik diri daripada ABPBH. Kenapa kemenangan saya itu perlu dipandang dari sudut negatif?

"Janganlah fikir mengapa saya asyik menang, tetapi anggaplah ia satu persaingan sihat untuk tingkatkan prestasi.

"Lagipun ciri untuk menang itu dilihat dari segi aktifnya seseorang artis itu dalam satu tempoh tertentu, lagu yang 'meletup' dan anjurkan konsert.

"Kalau rasa ada keinginan untuk menang, kena buat perancangan yang bagus dan sentiasa bekerja keras," pesan katanya.

Terdahulu, Siti berjaya mengumpul 13 trofi menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular dan dinobatkan tujuh kali sebagai Bintang Paling Popular sebelum Siti akhirnya memutuskan untuk tidak lagi bertanding dalam ABPBH.

Disiarkan pada: September 18, 2024 @ 6:00am


https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1135002/peminat-berpecah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2024 09:44 AM | Show all posts
Sampai sekarang orang nyebut
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Antara sbb lain peminat bprcah tu apa? Cercite
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 10:10 AM | Show all posts
Retis dah takde modal nak cakap di podcast. balik pada cerita dolu dolu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 10:48 AM | Show all posts
pilih duda?
bukankah dia yg mendudakan lakinya itu
sebelum tu elok jer masih suami orang

sebenarnya tak perlu pun nak imbas balik cerita ni, nanti neitizen lagi mengorek cerita sebenar, kau juga yg pedih hati nanti
sekarang dah elok2 imej kau mewangi semula, pergi trobek pulak kisah zaman BBS
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kah3
Jejaka tok k katanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2024 10:58 AM | Show all posts
dulu beriya buat PC pun masa tu masih laki org.duda kunun.mungkin nak mengencing budak2 sunat laser
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 11:14 AM | Show all posts
siapa yg dengar zaman la ni, boleh lah percaya duda. cer yang dengar tu masa sebelum buat pc lagi..eehhmm...kalau tak, tak adalah melekat gelaran peny0nd0l bernombor sampai sekarang kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2024 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan jejaka tp mendudakan

Mak angkat sendiri pulak yg didudakan
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp bila dipikir balik, Tok Ti kawen dgn Tok K yg kononnya problematik kaki pompuan caras mencaras ni pon dah lebih 18 tahun mampu bertahan, berbanding power couple sweet darling pujaan forumer cari yg kawen sama bujang, sama andartu yg kononnya sweet couple sesangat yg baru 7 tahun dah menuju ke jurang mariana.

Betol lah org cakap..jodoh tu rahsia tuhan. Duda ke mendudakan, kalau dah tertulis pengakhirannya Tok K, Tok Ti, Tg Zawyah dan pasangan baru akan bahagia, gitu lah pengakhirannya. Tak de siapa sangka siapa menduga.

Kawen sama bujang pon belom tentu rumahtangga akan aman damai. Bayangkan kalau Tok Ti kawen dgn Zamani atau Fazley...lagi x sekufu rasanya. Akan jd mcm Fattah dan Fazura ler.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 18-9-2024 10:10 AM
Retis dah takde modal nak cakap di podcast. balik pada cerita dolu dolu

Tujuan podcast pon utk ABPBH. Tentulah dia cerita pasal kemenangan dan kenangan dia zaman dia join ABP. Takkan dia nak ulas pasal perceraian Fazura dan Fattah plak. Chuols ni x paham konteks podcast...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Rata2 mmg xsetuju pon. Yg lelaki ramai kecewa apo pilih rentua jd laki sedangkan ko ank dara kegilaan ramai masa tu?? Ada yg dpt tau tu laki org , lg la ramai xsuka. At that time i xtau pon tokK tu hasil rampasan. Tau as rentua jah. Mmg pelik kenapa vudus pilih rentua sama umor ayah ko jah
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
chikumanis replied at 18-9-2024 11:14 AM
siapa yg dengar zaman la ni, boleh lah percaya duda. cer yang dengar tu masa sebelum buat pc lagi..e ...

Terbalik tu. sape dgr zmn tu boleh la percaya duda. Zmn skrg habis info kena korek
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 18-9-2024 10:58 AM
dulu beriya buat PC pun masa tu masih laki org.duda kunun.mungkin nak mengencing budak2 sunat laser


Chuols jangan nak buat pitenah ye. Mahkamah sahkan cerai pertama 1997, cerai kedua Mac 2005. Pc tu tahun 2006. Celah mana nya laki org? chuols yg mengencing budak² sunat laser, ke chuols sbnrnya budak sunat laser yg dikencing karatz retis² haters tok ti?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
danieladam replied at 18-9-2024 12:40 PM
Tp bila dipikir balik, Tok Ti kawen dgn Tok K yg kononnya problematik kaki pompuan caras mencaras ni ...

Eii idok la fazley n zamani?? I masa tu ngeship she dgn bangnuar jen atau duta so7 klau she pilih jd kerabat xboleh smbung nyanyi plak. Tp rasanya byk lg eligible bachelor kot dari tokkertu, zamani n fazley
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 18-9-2024 12:47 PM
Eii idok la fazley n zamani?? I masa tu ngeship she dgn bangnuar jen atau duta so7  klau she pil ...

Tak naklah bang nuar jen chuols..nanti jadi mcm yg forumer lain bgtau, dua² menonggeng hingga ke subuh. Kita hormatilah bang nuar jen punya kehidupan yg dipilih. Duta iols x penah plak dgr gusip.

Dgn yistana pon , jangan lah. Terus stop menyanyi nanti tok ti.

Gosip paling ada pon fazley dan zamani lah masa tu. Iols prefer tok k
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2024 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
danieladam replied at 18-9-2024 12:47 PM
Chuols jangan nak buat pitenah ye. Mahkamah sahkan cerai pertama 1997, cerai kedua Mac 2005. Pc tu ...

Ambik dari wiki ke? ingatan aku kuat kot
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 18-9-2024 12:45 PM
Rata2 mmg xsetuju pon. Yg lelaki ramai kecewa apo pilih rentua jd laki sedangkan ko ank dara kegilaa ...

Taste dia org tua chuols..ala² celine dion gitu. Nak wat cmne. Ada org taste nya org muda. Nak anak ikan. pon belom tentu bahagia. Taste kan lain². Hahaha.  Yg penting bahagia dan gumbira dgn pilihan sendiri udah ler.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 18-9-2024 12:52 PM
Ambik dari wiki ke? ingatan aku kuat kot

Chuols dgr cakap² org je..tgk la dokumen perceraian diorg. Mybe la masa tgh flirting flirting tu mahkamah x sahkan cerai lagi era 2005 tu.

Tp masa pc tu dibuat, ada live kat tv3, ayah tok ti ada..masa tu dah sah duda. Masa kawen pon tok k bukan suami org. Kalau chuols cakap masa pc tu masih suami org, chuols pitenah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
danieladam replied at 18-9-2024 12:56 PM
Chuols dgr cakap² org je..tgk la dokumen perceraian diorg. Mybe la masa tgh flirting flirting tu  ...

Dengar ckp org? ??mende ko neh. hidup  je aku masa  tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.345619 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list