CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 31587|Reply: 39

Perut Kembung & Kerap Sembelit, Kanak-Kanak Usia 19 Bulan Disahkan Derita Kanser Ovari Tahap 3!

[Copy link]
Post time 10-10-2024 09:12 PM | Show all posts |Read mode



Pilunya hati apabila seorang kanak-kanak berusia 19 bulan yang mengalami kesukaran membuang air besar serta kerap menangis disahkan menghidap kanser ovari tahap tiga.


Ramai yang terkejut dengan berita ini kerana menyangkakan bahawa kanser ovari hanya boleh berlaku kepada individu dewasa sahaja. Namun, kanser ini rupanya tidak mengenal usia..


Menurut Sinar Harian, kanak-kanak tersebut yang bernama Daneen Auni Riksi ketika ini sedang menerima rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS). Dia juga difahamkan akan menjalani rawatan kimoterapi dalam masa terdekat.


Ibu kepada kanak-kanak itu, Fallarystia Sintom, 25, berkata dia berasa amat terkejut dan sedih dengan ujian yang terpaksa ditempuh anaknya, yang belum pun berusia 2 tahun. Hal ini kerana kanser ovari selalunya terjadi kepada golongan dewasa.


“Saya sangat tidak sangka sebab kanser ovari jarang kita dengar dihidap pada usia begini, biasanya kena pada usia 40 tahun ke atas atau sudah datang haid.


“Doktor ketika ini sedang meneliti kes anak saya sebab jarang ditemui. Sebaik saja dimaklumkan, saya sedih sebab anak saya masih kecil lagi sudah dibuang ovari sebelah kanan,” katanya.


Menurut ibu ini lagi, Daneen Auni dikesan menderita kanser tersebut apabila  kerap mengalami kembung perut dan sembelit sejak Ogos lalu.


“Anak saya tidak selesa dan memandangkan dia belum pandai bercakap, dia hanya menangis apabila mengalami sakit bahagian perut. Selain itu, perutnya juga kembung dan agak sukar untuk membuang air besar”


Malah, anaknya juga sudah tidak aktif seperti sebelum ini dan tidak mahu berjalan sebaliknya hanya mahu didukung. Jadi ibu dan ayah anak ini mula membuat pemeriksaan di Hospital Kota Marudu namun belum dapat dikesan mengenai sakitnya.


“Kemudian, satu hari bacaan darah anak saya jatuh mendadak dan menyebabkan dia terus dirujuk ke HWKKS pada 28 September lalu dan disitu barulah dapat dikesan ada ketumbuhan serta mengalami pendarahan,” katanya.


Bagi mengeluarkan ketumbuhan sebesar 13.50 sentimeter itu, Fallarystia berkata anaknya perlu menjalani pembedahan segera. Lebih menyedihkan adalah pada Rabu lalu, selepas pembedahan dilakukan barulah doktor mengesahkan anaknya menghidap kanser ovari!



ULANG ALIK DARI KOTA KINABALI KE KOTA MARUDU





Fallarystia turut mengatakan dia bergantung harap kepada Allah dan juga usaha daripada pihak hospital agar anaknya dapat sembuh dengan segera.


“Buat masa ini, anak saya dalam tempoh penyembuhan selepas dibedah untuk membuang ketumbuhan tersebut. Jadi selepas itu barulah dia boleh memulakan rawatan kimoterapi”


Doktor berpesan bahawa sakit anaknya ini ada ubat, maksudnya kimoterapi. Selagi ada ubat maksudnya ada harapan dan dalam masa sama tetap juga berdoa supaya anaknya diberikan kesembuhan. Dalam pada itu, menurut laporan juga, ketiadaan kenderaan sendiri turut menyebabkan Fallarystia berdepan kesukaran untuk berulang alik ke hospital.


Pada masa yang sama, suaminya pula yang bertugas sebagai anggota bomba berkhidmat di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat.


“Di Kota Marudu, saya tinggal di Kampung Mangin yang terletak sejauh 15 kilometer, suami pula bekerja di Kudat. Jadi setiap kali kami ke hospital saya akan berada di rumah mentua yang terletak di Pekan Goshen.


“Jadi dekat perjalanan kami ke hospital. Tetapi sejak dimasukkan ke wad di HWKKS memang agak sukar untuk berulang alik dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu,” jelas Fallarystia.


Ibu bapa kepada kanak-kanak ini sudah semestinya berada dalam keadaan buntu memikirkan kos rawatan yang perlu ditanggung. Walaupun pihak hospital masih belum memaklumkan anggaran kos termasuk pembedahan dan kimoterapi, mereka memohon sumbangan ikhlas dari orang ramai untuk menampung sedikit perbelanjaan kos.


Buat anda yang ingin menyumbang boleh berhubung dengan Riksi di talian 010-7644532 dan isterinya, Fallarystia di 010-2608905.


Sumber – Sinar Harian, Sirap Limau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah kesiannya.

Yg ini memang layak dibantu
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 10-10-2024 11:46 PM

Hoh. Ni la wad tempat aiol berkampung jaga anak dulu. Tu katil depan si bapa tu ha tempat weols. Ni wad kanak2 kat tingkat 6. Depan wad ni hado bilik haunted. Pehtu wad terbuka kat tingkat ni pun haunted namamps.

Semoga dipermudahkan semua urusan.

Memang sengsara tengok anak sengsara.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Lokal kan?

Pembedahan ngan kimo tu takda la mahal sangat. Kalau ko Pelipin ka Ndon barangkali dalam 5k juga la ko kena.

Pehtu hospital Likas ni baik hati. Deol kasik benar bayar ansur2.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada sorang doktor kata klu anak2 hidap penyakit rare bg diorg, puncanya dari pemakanan mak semasa mengandung.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:40 AM | Show all posts
Ya Allah kesiannya. kecik2 dah sakit. ringankanlah beban keluarga ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2024 08:54 AM | Show all posts
omaiii

semoga dipermudahkan

comel jah
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 09:04 AM | Show all posts
takde ke share no akaun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya. Iols tak boleh tgk budak2 sakit. Rasa sedih sangat
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya, moga dipermudahkan urusan makpak dan semoga anak kecil ini kembali pulih semula, kesiannya adik kecik lagi dah merasa sakit yg amat
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 10:09 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 11-10-2024 07:41 AM
Hoh. Ni la wad tempat aiol berkampung jaga anak dulu. Tu katil depan si bapa tu ha tempat weols. Ni  ...

haunted maksudnya mcm mana tu?? ada gangguan ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 10:26 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan both parents...semoga Allah hapuskan kesakitan anak ini...kecik lg menderita sgt kanser ovari ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols hanya mencari @blastoff
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 11-10-2024 02:09 AM
haunted maksudnya mcm mana tu?? ada gangguan ke

Iya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemakanan makpak
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah sedihnya
Anak kawan i sebaya umur dgn anak i kena luekimia
Masih on treatment
Tahun depan harap dapat masuk sekolah darjah 1

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai cikainya stakat bg no fon mak bapak gitu. Org tu dahla anak sakit...nk layan wassap bagai. Silap2 akaun bank kena freeze bila byk sgt transaction. Hope ada pihak buatkan gofund me utk parents ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami dia penjawat awam tu... Anak dia dapat rawatan free je di hospital kerajaan... Utk perbelanjaan ulang alik ke hospital boleh mohon bantuan MAKNA.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat dulu ada jiran i ank dia sakit apa x igt, tp kne prosedur buang rahim budak tu.. masa tu umur dia setahun ke 2 tahun mcm tu.. sedih gila mak nya.,
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
AkokKocik replied at 11-10-2024 08:34 AM
Dulu ada sorang doktor kata klu anak2 hidap penyakit rare bg diorg, puncanya dari pemakanan mak sema ...

Tu salah satu punca. Pemakanan si ibu.

Lagi yang iols penah baca, masa preggy kita ada guna produk2 kosmetik, losyen2, syampoo, body wash apa semua tu pun ada menyumbang jugak cuma dalam % kecil. Kan semua produk2 tu ada guna bahan2 kimia dan preservative.

Lepas tu terdedah kepada asap2 yakni asap rokok atau asap kenderaan.

Hmm baiklah kita duduk dalam hutan aje, atau gua. Kembali kepada alami.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.049964 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list