CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 81116|Reply: 100

[Jenayah] Anak Abuya akui diperkosa pemimpin GISBH, 'tua, boroi, memang saya geli'

[Copy link]
Post time 19-10-2024 06:36 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 21-10-2024 01:43 AM

Anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu, Ummu Atiyah, tampil mendedahkan pernah menjadi mangsa keganasan serta "dirogol" oleh seorang pemimpin GISB Holding Sdn Bhd (GISBH).

Pada sidang media di ibu negara hari ini, anak Ashaari atau lebih dikenali sebagai Abuya iaitu, Ummu Atiyah, 41 mendakwa dia menjad mangsa rogol kepada seorang pemimpin GISBH yang ingin menikahinya secara paksa.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika dia dilarikan pemimpin berkenaan ke Turki.

"Saya sangat menolak saya memang tak nak (kahwin dengannya), sebab (dia) seorang yang tua, boroi, memang saya geli, saya jijik (dengannya)," katanya.

Ummu Atiyah mendakwa ketika dilarikan ke Turki, dia didera kerana enggan memenuhi kehendak pemimpin GISBH itu untuk bersama sehinggalah suatu hari dia dirogol lelaki berkenaan.

Jelasnya, pemimpin GISBH itu ingin menjadikannya sebagai isteri keempat secara paksa dengan mendakwa arahan supaya mengahwininya datang daripada arwah bapanya dan Rasul.

Ummu Atiyah mendakwa kejadian itu berlaku di Jordan apabila pemimpin itu menghantar mesej Whatsapp kepadanya untuk mengajak dia berkahwin sehingga memaksa dia melarikan diri ke rumah kawannya.

Menurut anak Abuya itu, pemimpin berkenaan dan pengikutnya kemudian datang untuk mencarinya dan meminta dia menyerah diri.

Dia juga diminta bersalam dengan pemimpin terbabit bagi tujuan bernikah.

"Salam itu dikira nikah," kata Ummu yang menceritakan dia pernah berkahwin dan dipaksa untuk berpisah dengan anaknya.

Selepas berkahwin dengan pemimpin GISBH itu, Ummu berkata mereka berpindah ke Turki.

Dipaksa buka baju

Katanya, di Turki, dia pernah dicucuh dengan pemetik api dan direndam di dalam kolam.

Ketika itu adik lelakinya yang merupakan pengikut pemimpin itu meminta dia menanggalkan baju untuk ditunjukkan kepada individu berkenaan.

"Kerana saya takut kalau mati sebab direndam lebih sejam, air dah banyak saya telan, sakit dada saya ni, saya terpaksa kata ya," katanya.

Malaysiakini tidak mendedahkan nama pemimpin GISBH terbabit sehingga mendapatkan maklum balas daripadanya.

Sementara itu seorang lagi mangsa GISBH yang hanya mahu dikenali sebagai Dalila Diyana mendakwa dua adiknya menjadi mangsa dera serta amang seksual.

Katanya, adik-adiknya menjadi mangsa liwat di pusat jagaan GISBH selain badan pernah ditekup dengan sudu panas.

"Adik saya dua orang adalah mangsa amang seksual liwat," katanya.

Susulan itu laporan polis dibuat Dalila sehingga membawa kepada operasi besar-besaran dilaksanakan pihak polis.

MalaysiaKini


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2024 09:06 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 07:01 AM | Show all posts
dengan kuasa tunggang agama mereka boleh abuse dan lakukan jenayah kepada orang bawahan .. ini level cult..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya...
ikut ajaran islam natam apa la pompuan dibuat level tapak kaki. celaka la.
euwww dah la tua bangka boroi plak tu mesti bau pun kepam
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Alamak org tua boroi pun x blh nak lawan ka? Siapakah org tua boroi tersebut. Nk tgk muka skit. Kuat sgt ke dia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
maklukpenggoda replied at 19-10-2024 07:53 AM

Statement dari pemimpin pas mmg memalukan. Instead of cuba menjauhkan diri dari gisb, mereka ni lebih kepada berdiam diri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2024 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Victim ini seperti kena refer ke pysh.. Heshe nampak sick... Sympathy heshe born dalam cult family/circle
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 19-10-2024 08:07 AM
Statement dari pemimpin pas mmg memalukan. Instead of cuba menjauhkan diri dari gisb, mereka ni le ...

Kt grp uni i, geng pas jugak la yg dok bekap gisb ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2024 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AJENALI at 19-10-2024 09:26 PM

Sumber2 sahih x de nak tepek muka pemangsa gila seks ni ke? Mangsa dah berkata2.

Isteri dah ramai pun x puas2 lagi.. dasar penunggang agama, menjawab la nanti di akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sukacactus at 19-10-2024 10:15 AM

Ank abuya pun kena gini, yg bwh2 ntah cemana teruk lg
Yg tudung merah tu npk mcm Mona Din
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 19-10-2024 10:01 AM
Ank abuya pun kena gini, yg bwh2 ntah cemana teruk lg

Anak abuya ada brapa orang? Yang ritu anak abuya yang kata diorang dah stop ajaran pelik2 tu anak yang ini juga ka?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 19-10-2024 10:08 AM
Anak abuya ada brapa orang? Yang ritu anak abuya yang kata diorang dah stop ajaran pelik2 tu anak  ...

Ntah la
Dlm video tu dia ckp yg seibu seayah ada 8 org
Yg dgn ibu2 lain xtau berapa ramai pulak
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni anak sulong bini ke 20 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Shayang at 19-10-2024 10:31 AM

Ummu attiyah ni dh lama kecoh pasal ni
Siap buat report polis kat byk negeri tp time tu tahlaa knp tak dilayan
Dia penah juga minta tolong ngn mona din tak silap aku.
Cuma aku tak pasti dia masih taasub ke idak ngn abuya tu sbb ada yg kata dia masih lg.
Ada adik badik dia yg lain gaduh gak ngn adik badik lain then dorang bukak pertubuhan lain kat nismilan.
Pertubuhan yg lebih kurang gak la ngn al arqam tu.
Ada yg minta siasat gak.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 19-10-2024 10:08 AM
Anak abuya ada brapa orang? Yang ritu anak abuya yang kata diorang dah stop ajaran pelik2 tu anak  ...

Dalam lagu pasar ikhwan tu sebut 39 orang.
Dorang ni adik badik ada yg rapat ade yg gaduh
Aritu kan adik badik dia juga yg nama khaulah tu ada buat PC ngn kata dah tak sesat
Nih anak yg lain plak buat PC berlawanan.
Yg bakal ganti jd CEO  GISBH di masa depan adik dorang yg nama Adib At Tamimi tu. Skrg kena tahan bawah Sosma rasanya.
Dia pimpinan tertinggi gak mcm ketua pemuda dorang la camtu.
Nama anak2 abuya ni semua ada At- Tamimi kat belakang  acah2 keturunan Bani Tamim.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 19-10-2024 10:25 AM
Dalam lagu pasar ikhwan tu sebut 39 orang.
Dorang ni adik badik ada yg rapat ade yg gaduh
Aritu ka ...

Tamimi serigar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2024 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 19-10-2024 08:34 AM
Kt grp uni i, geng pas jugak la yg dok bekap gisb ni..

Puak puak bodoh ni mmg tak boleh harap. Ibrahim libya yg terang2 memberontak lawan ketua Agama Islam pun depa claim kata syahid. Habih tu polis2 yg mati lawan geng tu nak kira mcm mana? Kafir ka?

Paling tak boleh blah bila depa dok claim kata kerajaan nak jatuhkan business gisb sbb gisb tu company muslim. Org Islam berniaga kena la bayar gaji, socso, kwsp etc kat pekerja. Bukan perah keringat free. Untung semua top management sapu.

Btw, bila cerita perah keringat free ni, sebijik perangai pas perah cikgu pasti. Gaji minimum naik ke rm1700 dah, cikgu pasti dok terima elaun rm600 tu je lah sebulan. Mmg style kultus sesat pas ni. Mcm mana la dulu aku boleh menyokong parti ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahabi dan CIA punya keje ler nim nak menjatuhkan business orang - Panglima Bani Jawi Melayu Forum.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 19-10-2024 11:04 AM
Tamimi serigar

Yang itu Ahmad Tamimi Serigar
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 19-10-2024 10:14 AM
Ntah la
Dlm video tu dia ckp yg seibu seayah ada 8 org
Yg dgn ibu2 lain xtau berapa ramai pulak

Ooo ada ramai jugak adik beradik depa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.086701 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list