CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13273|Reply: 50

[Tempatan] Kerana gaji minimum RM1700:Yuran tadika, taska naik hingga 25 peratus tahun depan.Wajar atau tidak?

[Copy link]
Post time 21-10-2024 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU: Yuran taman didikan kanak-kanak (tadika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) seluruh negara dijangka naik antara 20 hingga 25 peratus pada tahun depan, susulan kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan yang diumumkan kerajaan berkuat kuasa 1 Februari depan.



Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) dan Persatuan Pendidik Institusi Pendidikan Negeri Johor, yang menaungi pengusaha tadika, selain Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar Malaysia yang menaungi pengusaha taska mengesahkan kenaikan yuran perkhidmatan ditawarkan kira-kira 4,500 ahli mereka susulan kenaikan kos operasi.

Penasihat Kehormat PERTIM, Zaharah Awang, berkata kira-kira 1,000 ahlinya di seluruh negara bersiap sedia menaikkan yuran perkhidmatan tadika mereka susulan kenaikan kos operasi bukan saja membabitkan gaji pekerja terutama guru, malah kenaikan kos bahan mentah untuk makanan dan bahan bantu mengajar, selain kadar sewa serta bil utiliti.

Bagaimanapun, katanya, kenaikan berkenaan perlu mendapat kebenaran dan menerusi permohonan dibuat kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sebelum dilaksanakan.

"Sebenarnya PERTIM sudah membuat unjuran awal kenaikan gaji minimum sehingga RM2,000 sebulan secara berperingkat untuk beberapa tahun akan datang, namun ahli kami tidak jangka penguatkuasaan gaji minimum baharu RM1,700 akan berlaku seawal tahun depan.

"Notis yuran tahun hadapan sebenarnya sudah diberikan kepada ibu bapa, namun dengan pengumuman pelaksanaan gaji minimum RM1,700 sebulan mulai Februari depan, ahli PERTIM terpaksa mengeluarkan notis baharu yuran membabitkan kenaikan antara hingga 25 peratus, mengikut lokasi kawasan tadika.

"Seramai 1,000 ahli kami yang juga pengusaha tadika di seluruh negara sebenarnya tersepit kerana tidak mahu menaikkan yuran, namun terpaksa berbuat demikian demi kelangsungan operasi tadika. Kita jangka, pengusaha yang tidak mendapat sokongan ibu bapa berdepan kemungkinan menutup operasi mereka, kerana kos operasi terlalu tinggi untuk ditanggung.

"Apatah lagi, kos operasi tadika swasta 100 peratus adalah daripada bayaran yuran yang dibayar ibu bapa. Kenaikan kos operasi tadika sudah berlaku sejak selepas tamat Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP) lagi namun menjadi lebih ketara sejak tahun lalu susulan kenaikan harga barang dan kos sara hidup," katanya kepada BH.

Mengulas lanjut, Zaharah berkata, kenaikan bahan mentah untuk makanan murid jagaan ahlinya naik lebih 60 peratus sejak tahun lalu, menyebabkan kos operasi tadika menjadi tinggi.

Katanya, kenaikan yuran tadika antara 10 hingga 25 peratus sebenarnya hanyalah untuk pengusaha bertahan demi kelangsungan perjalanan perniagaan mereka semata-mata.

"Sebelum ini pernah berlaku seramai 41 murid sebuah tadika ahli kami diberhentikan ibu bapa hanya kerana kenaikan yuran tidak sampai RM40 sebulan.

"Sebenarnya yuran tadika swasta murid Melayu atau Islam hanya antara RM300 hingga RM350 sebulan berbanding tadika swasta Cina yang mengenakan yuran antara RM750 hingga RM900 sebulan," katanya.

Pengerusi Persatuan Pendidik Institusi Pendidikan Negeri Johor, Hazman Sapawi, juga mengesahkan 500 tadika di negeri ini akan menaikkan yuran sama susulan kenaikan gaji minimum RM1,700 itu.

"Contohnya pelarasan gaji kakitangan tadika terutama guru akan membabitkan tambahan kos RM229.90 seorang sebulan. Ia membabitkan gaji minimum RM1,700; caruman majikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang meningkat kepada RM221 sebulan; caruman majikan untuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang meningkat kepada RM27.85 sebulan selain Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang meningkat kepada RM3.30 sebulan," katanya.

Sementara itu, Naib Bendahari Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar Malaysia, Norazlina Adom, berkata yuran baharu taska seluruh negara akan naik antara 13 hingga 20 peratus mulai tahun depan, susulan pengumuman gaji minimum baharu.

Katanya, kira-kira 3,000 taska di seluruh negara termasuk 250 di Johor akan mengenakan yuran baharu itu mulai Januari depan.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Pengusaha Taska Berdaftar Negeri Johor berkata, pengumuman kerajaan mengenai kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 sebulan itu sangat dialu-alukan susulan bebanan kerja kakitangan taska yang berat dalam memastikan keselamatan bayi serta kanak-kanak jagaan mereka sentiasa terjaga sepanjang masa.

"Sehubungan itu, saya memohon kerajaan menyediakan sama ada geran gaji kepada pengusaha taska swasta atau pun insentif kepada ibu bapa yang menghantar anak kepada taska berdaftar, kerana kenaikan yuran yang membebankan mereka ketika kos sara hidup juga semakin meningkat.

"Ia bagi mengelak ibu bapa memilih taska tidak berdaftar, sekali gus merisikokan keselamatan anak mereka kerana ketiadaan latihan dan kemahiran kakitangan taska kategori ini seperti diwajibkan ke atas taska berdaftar," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2024 09:04 AM | Show all posts
I setuju. Mereka juga berhak mendapat kenaikan gaji.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Masih dijangka lah..nak harapkan apa lg bila gaji naik?
Tp hobi bodoh dan tak berfaedah kena la h maintain ye tak?
Honda dan toyota wajib ada.
Yuran tadika naik boleh salahkan kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 10:16 AM | Show all posts
hurmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 10:27 AM | Show all posts
makin mahal kos nak membesarkan anak terutama utk parents yang bekerja dan tinggal di bandar2 besar..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 10:31 AM | Show all posts
wajar naik sebab pihak swasta beroperasi berdasarkan keuntungan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2024 10:37 AM | Show all posts
gaji tak naik pon semua naik gak, makanan tepi jalan pon rm10 sewa kedai tak, cucuk tak, kebersihan tatau camna.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 10:38 AM | Show all posts
staff pusat asuhan berhak dpt gaji yg sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2024 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 21-10-2024 09:04 AM
I setuju. Mereka juga berhak mendapat kenaikan gaji.

Ni tadika gomen ke yang naik yuran?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 10:44 AM | Show all posts
Matyam replied at 21-10-2024 10:38 AM
Ni tadika gomen ke yang naik yuran?

semuakan...tak kira apa sektor kerajaan dah tetapkan gaji minima RM1700.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 10:48 AM | Show all posts
Dengan itu gaji ibu bapa pun kena naik jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 11:02 AM | Show all posts
dah semua asyik merungut gaji rendah itu ini kan.. bila naik gaji bersiap sedialah dgn kenaikan benda2 lain.. sentiasa bersyukur dgn apa yang ada
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Pendidikkan anak2 kemain kedekut buat anak macam org miskin padahal ibubapa kemain emas ditangan baju mak datin henpon mahal tv besar
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 11:07 AM | Show all posts
semua akan naik.

restoran naik. supermarket, kilang semua naik kos.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bersedia la utk ikat peyut tahun depan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
black_handbag replied at 21-10-2024 10:27 AM
makin mahal kos nak membesarkan anak terutama utk parents yang bekerja dan tinggal di bandar2 besar. ...


Xpelah, blh minta derma kat socmed..mcm xbesa plak...rakyat mesia kan amat pemurah...retis beserai pun dpt byk gift, apa susah sangat...buat jer muka sedih...gerenti dpt punya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2024 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by makita at 21-10-2024 11:26 AM

Alhamdulillah meols dpt rate tadika murah sgt2.
Lil kalib sgt yahudi umah setingkat sumbat 60 student yuran tahunan RM1800 (2018)

Tukar ke Kinderkaizen. Daftar + 4 helai baju RM1050 je. Bulanan RM250. Anak tak stress sbb student 25 org je. Kelas size umah kedai, tak ada partition plus indoor playgroud.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 11:25 AM | Show all posts
anak 2 nk masuk 3, hutang eon ps5 x habis lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 11:27 AM | Show all posts
adm7 replied at 21-10-2024 09:08 AM
Masih dijangka lah..nak harapkan apa lg bila gaji naik?
Tp hobi bodoh dan tak berfaedah kena la h  ...

masih di takuk bodoh kau hadap honda toyota.  orang nak goto vw volvo lani tau dakkk
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya yang indah indah aje
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.061530 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list