View: 35672|Reply: 562
|
Anak kedua takut wartawan, tiada di majlis nikah kerana tertidur - Ina Naim nafi anak kedua tidak restu pernikahannya
[Copy link]
|
|
Ina Naim tampil menjelaskan ketiadaan anak keduanya, Sallman Elkhoyri pada majlis pernikahannya adalah kerana tertidur.
Menerusi sesi langsung di TikTok, Ina ditemani suami, Mohd Khairul Rizal Shukor, 41, berkata, Sallman, 14, juga sengaja menyibukkan diri dengan membantu kerja di luar kerana takut diserbu media.
"Ramai tanya pasal Sallman, hari pertama memang sibuk angkat dulang dan makanan sebab nak elakkan wartawan bertanyakan soalan kepadanya.
"Dia takut wartawan kejar, masa saya tengah sibuk mekap, dia kata ibu ramainya wartawan.
"Lepas itu, adik-beradiknya beritahu mungkin dia ke kubur arwah bapanya. Kemudian, Sallman ke masjid dan balik ke rumah.
"Saya agak dia merajuk, rupa-rupanya Sallman masuk dalam bilik dan tertidur," kata Ina.
Sebelum ini, timbul dakwaan kononnya Sallman tidak merestui pernikahan ibunya apabila wajahnya tidak kelihatan dalam video majlis perkahwinan Ina atau Nordiana Mohd Naim, 40, di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi, Johor pada Jumaat lalu.
Menurut Ina lagi, Sallman tidak seperti anak sulungnya, Ehmad Hadie Elfardie, 16, yang sentiasa bersedia dan yakin berdepan media.
"Dua anak perempuan saya, wartawan tak bertanya. Hadie pula memang sentiasa bersedia, manakala Sallman tak berani nak bercakap," katanya.
Dalam sesi langsung sama, Ina kelihatan bahagia berkongsi mengenai Mohd Khairul yang memiliki persamaan dengan arwah suaminya yang juga penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad kerana suka memberi kejutan bunga kepadanya.
"Suami rajin beri bunga sama macam arwah suami. Sampai sehari sebelum nikah pun masih beri saya bunga.
"Dia turut hadiahkan bunga untuk SS (Suhaimi) untuk diletakkan di kuburnya.
"Bunga yang diberikan untuk saya banyak sangat hingga saya terpaksa buang.
"Banyak persamaan suami dengan arwah, itu yang buatkan saya rasa Allah Maha Kaya," kata Ina.
Ina dan Mohd Khairul berkenalan di media sosial apabila lelaki yang bertugas sebagai jurutera memulakan langkah dengan menghubungi Ina pada Mei lalu.
Mohd Khairul berstatus duda kepada dua cahaya mata adalah peminat setia Allahyarham Suhaimi dan sangat mengidolakan cara penyanyi itu mendidik anak-anak dengan ilmu agama.
Sementara itu, Ina bergelar balu selepas Suhaimi yang juga bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru pada 15 November lalu.
SUMBER: – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya Selmon kundur heartbroken kan Yenna..G kubur nak mengadu kat ayahnya |
|
|
|
|
|
|
|
kejap tertidur kejap busy rewang memacam la ko yennnaaaaadey |
|
|
|
|
|
|
|
Gitu delulu maknya.
Anak sibukkan diri, gi kubur, masuk bilik tidur tgh kenduri, samada anak ko tak sihat or dia sedih nyah. Takkan ko x kisah nnti anak ko tak ada dalam gambar? Tak boleh kejut ka anak tu?
Dismissive parenting mcm ni lah. If i see no issue theres no problem. |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe dia kecik hati. Budak lagi kan. Bukan ke dulu pon ada gossip anak RSO merajuk sbb ada konon maknya nak kahwin SB tp dicover merajuk sbb kena marah disuruh gunting rambut? |
|
|
|
|
|
|
|
Glass_shoes replied at 14-11-2024 08:41 AM
nak seru @kepompong fans no 1 yenna dan grenpa K
cisss naper nama i sorang kena seru |
|
|
|
|
|
|
|
wow beli bunga byk sampai kena buang
nak beli jiwalah tu
Tempat tinggal/ makan FREE
Populariti FREE
Tenaga kerja 4 org FREE
ngesek FREE |
|
|
|
|
|
|
|
hoih sediakan basic nafkahblah weyhhh . Anak2 benih sendiri tu dah bagi nafkah ke belum??? sebok beli bunga pulak. tak kenyang la bunga |
|
|
|
|
|
|
|
pernah ke dia kisah anak2 dia? yenna spinning ni masa si ss hidup pun... asal dia dapat melantak sama ngan laki, anak biar kebuluq mintak sedekah x pe.. janji mulut atas bawah dia cukup nafkahnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suci_Murni replied at 14-11-2024 09:01 AM
pernah ke dia kisah anak2 dia? yenna spinning ni masa si ss hidup pun... asal dia dapat melantak s ...
Geram..ingat dah siuman balik.
Kenapa i rasa laki engineer pun serupa geng bumi datar. Mintak simpang |
|
|
|
|
|
|
|
bulanbulat replied at 14-11-2024 09:05 AM
Geram..ingat dah siuman balik.
Kenapa i rasa laki engineer pun serupa geng bumi datar. Mintak sim ...
laki baru yenna memang mengidolakan SS
confirm lah SAMA sebab dia mmg ada marriage failure sampai benti keje & canang 1 dunia nak kehidupan yang sebegini lah
bumi datar, anak takyah sekolah (so that dia boleh spin dia tkyah keje sebab nak ajar anak2 yatim ~ bukan i buat cerita okehhh. ni dia mengaku sendiri kat LiVE ritu) , tonggang agama (dapat 80k+ hengget) , tak peduli la halal haram kan, tak malu nak tunjuk gatal masa LiVE disaksikan berpuluh ribu tololwers, and the list goes on |
|
|
|
|
|
|
|
tiba2 kundur yg kita kutuks selama ni lah yang paling makes sense berbanding adik beradik lain |
|
|
|
|
|
|
|
sat kata p beli ais, sat kata tidur... tak konsisten jawaban nye sis?
|
|
|
|
|
|
|
|
so dia jobless ka? cuma ex enginer?
|
|
|
|
|
|
|
|
mestila sesuatu kalo anak ko cam xnk involve dlm majlis ko.. majlis penting tp anak tertido atau pura2 tido? tatau lah but something fishy la sorg anak xde dlm gambo tu.. ko patut panggil pujuk dia.. maybe mmg dia xleh terima lg situasi nk ada apak baru.. yenna.. yenna... |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam live pun ramai tanya pasal salman, acik yenna kata dia tengah belajar tadi ada
Iols tahu anak kedua kuat protes, kesian salman |
|
|
|
|
|
|
|
manehnya replied at 14-11-2024 09:14 AM
so dia jobless ka? cuma ex enginer?
kalau kat resume bukan engineer , tapi tenaga pengajar kat giatmara
stoden heshe kata dia claim nak berhenti sbb dpt keje engineer . tapi kat resume sbb career break disebabkan kegagalan rumahtangga & sedang mencari surihati blablabla
so lepas berhenti giatmara he bawak grab
now grab entah ke mana engineer entah ke mana sebab jual healing jar lagi untung sekali buat LIVE dapat 80k+ hengget
tonggang agama & arwah ss sudah pasti!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Tiba2 hadi yg paling dapat pujian org dah meluat kan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|