CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38550|Reply: 120

Trend pasangan pilih 'childfree' membimbangkan - "Kita menyedari alasan pasangan memilih childfree atas faktor kos sara hidup"

[Copy link]
Post time 21-11-2024 07:02 PM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Trend pasangan berkahwin yang memilih untuk tidak mempunyai zuriat atau childfree dilihat membimbangkan kerana boleh memberi kesan jangka panjang kepada struktur penduduk Malaysia, termasuk mempercepatkan proses negara menua.


Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata walaupun menyedari keputusan untuk tidak mempunyai zuriat adalah hak keluarga atau pasangan, namun kerajaan sentiasa menggalakkan pasangan yang berkahwin untuk memiliki anak.


Noraini berkata kerajaan sentiasa menyediakan bantuan, persekitaran yang sihat dan kondusif bagi membantu pasangan berkahwin.


Antaranya subsidi yuran pengasuhan taska sebanyak RM180 seorang bagi anak berusia 4 tahun ke bawah kepada penjawat awam yang layak, selain menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah kepada RM7,000 bagi subsidi yuran pengasuhan.


"Kita menyedari alasan pasangan memilih childfree atas faktor kos sara hidup, komitmen kerjaya, memilik kebebasan peribadi dan kualiti hidup masa hadapan.


"Namun kerajaan melakukan pelbagai intervensi dan bantuan kepada pasangan berkahwin supaya mereka memilih untuk mempunyai anak," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) berhubung pendekatan kerajaan untuk meningkatkan kadar kesuburan keseluruhan (TFR) berikutan kadar kesuburan negara menurun ekoran trend pasangan memilih untuk tidak mempunyai anak atau childfree.


Menjawab soalan asal Zulkifli mengenai strategi kementerian dalam menggalakkan pasangan mempunyai atau menambah zuriat, Noraini berkata, terdapat perkhidmatan rawatan kesuburan menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ditawarkan, malah rawatan subfertiliti LPPKN berjaya merekodkan 6,150 kehamilan setakat Oktober 2024.


Beliau berkata kerajaan turut menyediakan inisiatif khas untuk membantu meringankan beban kewangan bagi pasangan yang menjalani rawatan kesuburan seperti pengecualian cukai bagi rawatan kesuburan sehingga RM10,000, selain pengeluaran wang caruman KWSP (Akaun 2) untuk rawatan kesuburan bermula 1 September 2020.


"ada 2025 pula, LPPKN akan memperkenalkan program i-KASIH (Insentif Keluarga KASIH) yang menawarkan Subsidi bagi pembiayaan kos rawatan kaedah Intrauterine Insemination (lUl) Permanian Beradas kepada 1,300 pasangan berpendapatan kurang RM10,000," katanya.




Sumber : – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan sebab kos kehidupan je..
kawan meolls, she pilih untuk childfree sebab dia anak sulung & kena jaga adik 8 orang semasa kecil..
parents dia lepas tangan, apa2 kakak kakak kakak..
dia dah pernah rasa susah payah untuk besar kan anak, and tak nak experience benda yang sama for now..
laki dia pulak okay je..
masing2 ada pilihan sendiri..
just doa je la, mana tau terbuka hati untuk ada anak sendiri suatu hari nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 10:04 PM | Show all posts
x payah la dengar cakap mp...kewangan ko bukan theyols yg tanggung pun!
ujung2 hadap la kos of living, inflation..rega brg mahal bagai..
menderu kasi bangla, indon masuk gak.. tenaga kerja murah!
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 10:10 PM | Show all posts
semua psl minda

kalu rasa hidup tu beban
pehal tk tgk rakyat palestin, ada anak beranak 8 beradik semua mati kene bom, dia gigih juga kawin, ada zuriat, survive skalipun hidup daif, penuh sekatan, smpai makan rumput

org yg berminda child free ni petanda org tu manja
semua benda nk mudah
kalu zaman perang, set2 cmni mati Dulu, psl pikiran pendek
silap2 kalu keadaan terdesak, dia pi bunuh mak pak sndiri atau anak sndiri sebab nk survive hidup senang
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bior la deme nk child free. Lagi bgs pasangan yg childfree dari mak pak yg beranak dgn tujuan nk  anak jaga deorg tua2 esok, padahal kebajikan anak pun ala kadar. Lagi teruk kalau beranak pastu biar anak kelaku mcm setan, asalkan aku ada anak kasi mkn pakai katanyer.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada tak sesiapa ada anak doktor atau sedara mara doktor? Aku risau ni anak nak jadi doktor. I tengok doktor semua either kawin lambat atau kawin cepat bebenor. Abih anak dia siapa yang jaga kalau mak bapak busy?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2024 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AJENALI at 21-11-2024 10:46 PM
cm_vungtau replied at 21-11-2024 10:24 PM
Ada tak sesiapa ada anak doktor atau sedara mara doktor? Aku risau ni anak nak jadi doktor. I tengok ...


Setakat ni kebanyakkan kenalan doktor semua kawin awal sis. Tak dinafikan ade yang kawin lambat sebab jodohnya sampai lambat.

Alhamdulillah pasangan yang kawin lambat tu semua berjenis2 jugak sama macam geng2 kawin awal.

Tapi hasil anak2 doktor ni nampak la pengurusannya elok. Jenis parents yang alert dan bertanggungjawab, InsyaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh biarlah org nak child free.
Kau beria nak bimbang2 bagai. Abis, kalau org yg nak child free tu bimbang dkt kau yg beranak mcm lipas, kau marah tak?? Kangkang je jadi, kangkang je jadi.
Tak reti2 nak planning. Rezekiikkkk kata ko. Bersepah2 anak. Kalau semua jadi org, takpe jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 21-11-2024 10:24 PM
Ada tak sesiapa ada anak doktor atau sedara mara doktor? Aku risau ni anak nak jadi doktor. I tengok ...

Hantaq pengasuh laa..dah besaq sikit umo 2-3y tu masuk playschool lepas tu 4-5y masuk kindergarten.. sebetulnya proses membesarkan ank ni dari lahir sampai laa dia sekolah kejap sgt yuu masa berlalu .tau2 hujung tahun cikgu hantaq msj bgtau ank dah nk konvo tadika..fasa yg letih masa baby-2y jaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm mana x takut, harga jagaan taska pun paling murah rm600. tu baru taska. susu, diapers, sakit demam lagi. tu baru sorang anak
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ibarat menafikan fitrah manusia yg berkahwin bertujuan utk mengikut sunnah nabi serta berkembang biak.

Jgn bila dah nak manopous kelak baru terkial nak anak....

Bersyukur aje lah ketika dah ada pasangan sah.Ada org bujang sampai bila2..ada org sedaya upaya nak anak tp tk dpt
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 11:50 PM | Show all posts
kucim replied at 21-11-2024 11:43 PM
Ibarat menafikan fitrah manusia yg berkahwin bertujuan utk mengikut sunnah nabi serta berkembang bia ...

sunnah je..tapi realiti kehidupan kena la pikir jangka panjang. kalau sampai anak2 tercicir...harap org lain jaga cam gang masikal lajak 3 pagi dok melilau tu bukan sunnah..tu punah!
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg iols perati..mana2 yg ada adik beradik ramai
macam team bola..bila diorg kawin anak 1 atau 2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Adik beradik I semua anak satu dua aje. Pastu memasing kerja elok la juga. Rasanya ramai yang kerjaya helok mostly ada anak sikit. Sebabnya boleh hantar sekolah elok, nanti masuk uni pun nak pakai duit juga, jadi beringat ajelah.

Sian family yang besar2, kakak sulung selalu kena jaga adik berderet. Mak bapak tahu beranak aje. Tak sanggup ler nak buat camtu kat anak sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Uish sana x mcm msia.. sini sape branak sape punya anak jaga sendiri..kt sana satu komuniti tlg jaga.. mcm kg i.. masa kcik2 dulu sape yg beranak lebih 10 org 1 kg tlg jaga..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 21-11-2024 10:24 PM
Ada tak sesiapa ada anak doktor atau sedara mara doktor? Aku risau ni anak nak jadi doktor. I tengok ...

Jiran i doctor laki bini amek maid je problem.. last2 klu terpksa parents dtg dr kg la tlg..sorg lg x kawen2 umur 33
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2024 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 21-11-2024 10:24 PM
Ada tak sesiapa ada anak doktor atau sedara mara doktor? Aku risau ni anak nak jadi doktor. I tengok ...


Uols sbg nenek nnt tlglah jaga cucu juga
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Rohana replied at 21-11-2024 11:50 PM
sunnah je..tapi realiti kehidupan kena la pikir jangka panjang. kalau sampai anak2 tercicir...hara ...

Itu le..geng terpaling sunnah ..kalau anak jg elok takpe jugak..ni sunnah2 ..anak berderet2.. tak sekolah..homeschool konon..mak dgn pak tiri menyanyi2 kt tiktok sunnah engkau laa
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 22-11-2024 03:26 AM

Dah kawen ada lubang ada konek kena beranak lah, takkan nak suruh bujang tua/andartu beranak tanpa nikah pulak sbb mereka x dpt pasangan sampai ke tua, anak luar nikah juga ramai dan saing2 dgn anak halal dan saing2 anak janda/duda yg mana masalah masalah generasi hadapan,
Mereka di masa hadapan mungkin mengadap akhlak manusia yg semakin teruk, perang nuklear, bencana alam, rebut kepala lembu, dajal jakjuj makjuj
Sedangkan yg masih hidup ramai tak ditolong sampai ada bunuh diri
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
hanamunir replied at 21-11-2024 09:53 PM
bukan sebab kos kehidupan je..
kawan meolls, she pilih untuk childfree sebab dia anak sulung & kena  ...

Ini mcm kisah hidup iols ja ..????
Iols memang trauma dgn bayi dan kanak2
Menjaga adik dari baby sampai tua bangka
Dah bosanlah weyyy....tobat dah tak mau lalui lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.167922 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list