View: 46029|Reply: 86
|
[Tempatan]
Menyangkàl Menteri Pendidikan,Guru Dakwa Tertekan dan Mental Sudah ‘Mati’, Pelajar Jawab Soalan Peperiksaan Acuh Tak Acuh Sebab Tiada Hala Tuju Selepas Pemansuhan UPSR dan PT3.
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 28-11-2024 11:51 PM
Netizen mempersoalkan di mana hala tuju negara jika hanya mengambil solusi mudah dengan menghapuskan peperiksaan penting dek kerana mahu mengelakkan tekanan di dalam pelajar.
Agak merisaukan juga apabila ketahui tahap pembelajaran dan pemikiran kritis di dalam kalangan pelajar terlalu teruk pada masa kini.
Sampaikan sebahagian tenaga pengajar sudah menyerah kalah dalam mendidik pelajar yang sudah tidak acuh lagi dengan pembelajaran lebih-lebih lagi selepas dimansuhkan peperiksaan penting iaitu UPSR dan PT3.
Baru-baru ini, seorang guru meluahkan rasa penat dengan kerenah pelajarnya apabila menjawab soalan peperiksaan sambil lewa dan tidak berusaha menyelesaikan dengan ilmu yang dipelajari.
Stress murid lebih penting. Diambil maklum”, tulisnya di X.
Dalam ciapan lain, dia mendakwa majoriti guru perlu pertolongan kerana kesihatan mental sudah ‘mati’.
Kelemahan sebahagian pelajar ini dikuatkan lagi apabila terdapat gambar soalan peperiksaan yang dijawab sambil lewa oleh mereka.
Berdasarkan dua helai kertas peperiksaan yang disemak, pelajar terbabit hanya menyalin semula soalan dan juga pautan yang tertera menerusinya.
Mereka kelihatan tidak cuba menjawab sehabis baik dengan jawapan yang berilmiah dan memenuhi kehendak soalan dalam merebut markah bagi penilaian.
Yang menampakkan lagi tahap kedunguan pelajar terbabit apabila masih ‘typo’ untuk menyalin semula soalan di ruangan jawapan.
Soalan tertera jelas menggunakan frasa ‘Jelaskan’tetapi pelajar itu masih gagal menirunya dengan menulis ‘Jejaskan
Walaupun ciapannya sedia ringkas, ia sudah cukup menggambarkan tahap IQ pelajar pada hari ini cukup membimbangkan apatah lagi bila mereka juga merupakan bakal jadi pemangkin negara di masa depan.
Perkongsian guru terbabit langsung mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya bersimpati dengan nasib guru yang terpaksa mendidik anak bangsa yang tiada keinginan untuk mencapai ke menara gading.
Ramai juga menempelak tindakan pelajar hari ini yang langsung tidak mengendahkan pelajaran dan ambil mudah dalam perihal akademik seolah-olah mengganggap ia sebagai satu fasa yang perlu dilepasi dan akan menjejak ke universiti.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Zaman dulu yg ada berlambak lambak exam pun sama je. Ramai budak dangkal malas belajar. Tgk je lah contoh mak pak budak skabg yg main social media ramai x ada otak. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian cikgu yg betul2 nak tengok anak murid berjaya ni. Kami ibu bapa ni pun garu kepala dengan konsep TP 1 sampai 6 ni. Teringat kita dulu. Nampak la markah tu A ke B ke C ke. Kedudukan dlm kelas, kedudukan dlm darjah. Kalau tak capai target kena turun kelas. Terpaksa belajar rajin2 takut kena turun kelas. Malu oi |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah laaaa..menteri pon bebal.., biar ramai cicir bengong.
Besok2 pepandai lah goyang tek kat TikTok tu jdi influeser, buat grab ke.. kerja kilang ke bersaing lah sama konoha, bangla, myanmar....tak matey lah dek dpt anak bengong kata acik2 forem jepon x fluent in english pun boleh majuuuuuu
|
|
|
|
|
|
|
|
Nih bukan sbb takde exam
Zaman kita dulu mana ada socmed
Tv jelaa gangguan yg ada pun
Budak skrg sama mcm mak pak dorang gak laa tangan berjahit ngn tepon
Pakat dh malas belajar belaka
Maybe kalau ada subjek content creator kaa ramai la bagi tumpuan.
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi kan ada peperiksaan pertengahan dan akhir tahun. Sapa tak pass tak boleh naik darjah. Tak gitu? Ke langsung dah takda exam? kat sini lah peranan ibu bapa diperlukan, bukan lepaskan sepenuhnya kat guru. Guru pun takyah la nak feeling stress sangat as if 24 jam kena hadap murid walhal kat rumah sempat je cikcur ke sana sini kan. Stop berangan k. |
|
|
|
|
|
|
|
Belajar pandai2 nak pi mana, malaysia ni byk pekerjaan utk wargasing, utk pandai2 x byk itupun multitasking beban kerja
Pelajar tarak pandai takpe janji guru beli kereta mewah gelang emas cincin emas besar2, anak murid pakai cincin dan gelang plastik ja |
|
|
|
|
|
|
|
dah cita2 dorang nak jadi rider grab food panda je nak wat caner.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ni yg berangan nk jadi influenzah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dlm berjuta murid tak semua mcm tu. Ramai jer yg masih ok. Semua nk blame budak, nak blame silibus, nak blame kpm. Cikgu pun kritis la sikit berdepan cabaran keje. Mcm mn nk ajar murid² jd kritis kalau cikgu pun asyik merungut, asyik bg negative vibes ke budak².cikgu kalau asyik merengus budak pun jd tak minat nak belajar. Buat la assessment berkala utk cikgu² ni masih competent ke tak nk ngajar. |
|
|
|
|
|
|
|
The bigger problem ialah syllabus yg terlalu tinggi, yg mana difficulty ladder nya terlalu curam. We need to solve that first. Basic mesti lepas. 2x3=6. No need to be over dramatic why jawapan 6. Dulu2 pun belajar basic2.. tok2 & nenek2 kita boleh berbahasa inggeris dgn baik. Congak math lagi. Curiosity ok.. but basic ke laut. Speed, load, create momentum…ujung2 cam lori terbalik.. obviously mak bapa pun xda ilmu, tau nak beranak je! |
|
|
|
|
|
|
|
Dgn silibus skrg, ada jurang terlampau tinggi antara budak pandai yg boleh absorb silibus aras tinggi dgn budak kurang mampu nk absorb & catch up. Ni yg KPM dah buat. Yg merata dlm socmed blame silibus tu adalah hasil dr pelajar yg tak brp nk pandai ni laa yg mana yg tak pandai lg ramai dr yg pandai. Bodoh punye KPM!! |
|
|
|
|
|
|
|
Budak² skang nii dah tak takut dah utk dapat markah rendah. Tak jawab soalan exam pon tak rasa apa². Rasa bersalah pon tidak. Hidup ni dinamik. Mana yg ter sasar dari misi & visi, betul kan. Anak C makin maju. Anak M terus mundur. Ujung² kat Unibersiti, type berderet² ambik MBA, MSc, PhD. Budak M jadi influenza, tayang duit berkepok² jaja bisnes jota² lepas tu utang tak bayar pon bangga. Itu geng sokong menteri nak kerr.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tom2 at 29-11-2024 07:11 AM
Bila fikir balik, aku macam setuju UPSR dimansuhkan. Dulu, murid kena study untuk UPSR, pada masa yang sama ada penilaian akhir & awal tahun. Subject UASA banyak dari UPSR. Lepas tu standard kertas sekolah kebangsaan dengan sekolah jenis kebangsaan tak sama. Standard jenis lebih rendah. Macam sama je, akan ada lompong.
Boleh je focus kepada UASA, cumanya, penilai tu mesti datang dari KPM bukan dari sekolah. Kalau cikgu yang ajar, pastu cikgu menilai, ada conflict of interest situ.
Kena banyakkan sekolah, Kurangkan bilangan murid dalam kelas.
Kurangkan syllabus. tapi aktiviti banyak, jadi budak akan automatic senang kuasai.
KPM kena naikkan sekolah yang berasaskan teknikal lepas darjah 6. Bila focus sbp / mara, nanti orang nak masuk situ sebab sekolah bagus bukan sebab apa yang dia minat.
Patut asah dari awal, form 1 dah boleh pilih apa yang dia nak jadi, lepas tu kena exposekan budak2 ni dengan apa yang dia minat. Peluang pekerjaan dalam dan luar negara.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu pprt...sempat plak nk socmed...patut pecat je cikgu cmni..40tahun lalu murid pemalas dah lama wujud pn..member kalu dh malas..dia salin soalan aja..
Kalau pemalas jadi cikgu letak jawatan aja..kerjaya cikgu zmn akan datang pun akan tergugat psl byk diganti dgn AI.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa mak bapak budak tu dulu pun jawab periksa macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
emera replied at 29-11-2024 06:33 AM
Dgn silibus skrg, ada jurang terlampau tinggi antara budak pandai yg boleh absorb silibus aras tingg ...
Time KPM buat sesi perbincangan dgn stakeholders dulu, awat tak keluar benda2 ni? Dulu semua pakat kata nak tiru style Finland & barat. Tak dak exam. Budak2 happy pi sekolah. Develop & showcase bakat masing2 tanpa tertumpu dalam bidang akademik. Itu yg dikatakan time tu.
La ni baru implement sekerat jalan, minta adakan exam semula. Nanti bila dah buat balik exam, parent lain pula minta hapus semula. Itu anak2 kita la, bukannya tikus makmal. |
|
|
|
|
|
|
|
Time masli jadik menteri pendidikan dulu minta masli
mansuhkan upsr pmr konon bdk2 tertekan sgt
konon byk exam
Ni nak balik adakan upsr pmr
Ape lg ko nakkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
nak tutup kelemahan, bagi markah lulus 20, tiap kali umum keputusan, meningkat.. |
|
|
|
|
|
|
|
satu kelas 46 org murid, yg kelasnya 30 lebih sgt bersyukur, kondusif x kelas sampai 46 org? cikgu nak handle 46 org tu dlm satu masa.. saiz kelas yg tak mampu nk tmpung 46 murid. |
|
|
|
|
|
|
| |
|