CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 50287|Reply: 38

Khairul Aming Kecewa, Ada Pihak Beri Baju Penuh Telur Lipas, Kulat & Kencing Tikus Untuk Mangsa Banjir

[Copy link]
Post time 2-12-2024 11:29 PM | Show all posts |Read mode





Bencana alam seperti banjir yang berlaku di sembilan negeri sejak beberapa hari ini telah membuatkan masyarakat berasa bimbang.


Susulan daripada kejadian itu, banyak yang prihatin mula menghulurkan bantuan seperti makanan, pakaian, alatan mandian serta banyak lagi.


Tindakan mulia ini secara tidak langsung dapat membantu mangsa yang terkesan dengan banjir untuk meneruskan kehidupan mereka di Pusat Permindahan Sementara (PPS).


Khairul Aming kecewa ada yang hulurkan bantuan dengan beri barangan rosak

Perkara sama turut dilakukan oleh influencer dan usahawan, Khairul Aming (KA) apabila turut menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang berada di Kelantan.


Malah Khairul Aming turut membentuk pasukan sukarelawan yang ingin bersamanya untuk membantu mangsa-mangsa banjir seperti mengagihkan makanan, pakaian serta banyak lagi.


Bahkan Khairul Aming turut mengedarkan produk makanannya iaitu Dengdeng Nyet buat mangsa banjir.


Terbaharu dia meluahkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir pihak yang sanggup memberikan barangan yang sudah rosak untuk digunakan oleh mangsa banjir.


Menerusi video yang dirakam dari siaran langsung influencer berkenaan, kelihatan Khairul Aming menunjukkan longgokan baju yang berada di sebuah meja yang tidak lagi boleh digunakan.


Baju yang diberi bukan sekadar kotor tapi dipenuhi dengan najis haiwan perosak

Malah apa yang lebih mengecewakan, pihak berkenaan juga sanggup menghantar baju yang dipenuhi dengan telur lipas, kulat, kotor dan juga terkena air kencing tikus.


“Ini yang kita terima, pakaian yang penuh dengan telur lipas, kulat, kotor, ada air kencing tikus, dan ada (pakaian kanak-kanak) yang kena gigit tikus.


“Tolong jangan hantar barang macam ni okay. Ini bukan tempat pelupusan barang. KA nak pesan sekali lagi ini bukan tempat pelupusan sampah,” ujarnya dalam video tersebut.


Bahaya jika kanak-kanak pakai baju tercemar dengan najis serangga perosak

Khairul Aming turut menyifatkan tindakan pihak menghantar baju yang tercemar itu sebagai bahaya jika dipakai oleh kanak-kanak.


Ini kerana ia boleh mengundang kepada masalah kulit, keracunan dan sebagainya.


“Kalau kita tak boleh pakai, mangsa banjir pun tak boleh nak pakai. Kena fikir macam tu (jika nak beri bantuan). Dia orang tengah dalam kesusahan jangan jadikan ini (tempat mengumpulkan barangan bantuan) sebagai tempat buang sampah. KA tak nak.


“Dengan telur lipasnya, air kencing tikus, bahaya tau. Ini pun kita pilih satu per satu. Korang (sukarelawan) pastikan cuci tangan lepas ni. KA tak nak ada isu keselamatan (atau kesihatan) ke apa.”


Usahawan yang terkenal dengan Sambal Nyet turut memohon mereka yang ingin menghulurkan bantuan khususnya pakaian kanak-kanak untuk lebih cakna bahawa ada segelintir mereka suka menggigit baju, hisap tangan dan sebagainya.


Undang masalah kesihatan pada kanak-kanak



Oleh itu, jika ada kanak-kanak tergigit atau masukkannya ke dalam mulut pakaian yang sudah mempunyai najis atau kencing tikus ia boleh mengundang kepada masalah kesihatan.


Selain itu, dia turut menunjukkan ada pihak yang menghantar lampin pakai buang untuk dewasa yang sudah berkulat.


“Kesian orang-orang dewasa, pakcik-pakcik yang lumpuh, sakit nak guna lampin ni. KA memang wajibkan semua orang periksa barangan tapi (orang ramai) jangan bawa yang macam ni.


“Kesian dekat orang sakit, dengan kuman bakteria, kalau ada luka dengan punggung ke apa masuk dalam luka tu lagi teruk nanti,” katanya lagi.


Ramai kritik tindakan segelintir pihak bagi pakaian kotor kepada mangsa banjir

Melihat di ruangan komen, ramai yang mengkritik tindakan segelintir pihak yang menghantar barangan kotor. Ini kerana kesemua barangan ingin dipakai secara terus dan mangsa tidak mempunyai masa untuk membasuhnya terlebih dahulu.










Ada juga yang berpendapat sikap pihak yang memberi bantuan dengan pakaian kotor itu bukan berniat untuk menderma sebaliknya membuang.



Sumber : BUZZKINI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2024 04:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh mati ke semua wakil rakyat kat negeri Kelantan tu???merc pakai nak..buat keje tak nak..

Isele ke cmtu
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 04:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak letak ubat gegat la, tu...tu berserangga seranggi
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 3-12-2024 04:42 AM
Tak letak ubat gegat la, tu...tu berserangga seranggi

Tu lah.
Tak simpan elok.
Nk senang kalo umah luas simpan dlm storage box.
Baju duduk dlm tu bertahun² pn bila bukak bau fresh lg.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
dia buat mcm tempat buang sampah pulek
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
ka kalo org ajak masuk politik jgn terima ok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2024 07:47 AM | Show all posts
aduuuhhh satu hal plk volunteers nak check 1-1..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
satu kerja pulak penerima nk kena sorting.
dh ler semua tu volunteer bkn ada upah.
tk nk menolong tkpe tp jgn nyusahkn kerja org lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2024 08:53 AM | Show all posts
tertengok live KA semalam. ada yang bagi pampers berkulat & seguni pakaian yang berbau hancing kucing.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 08:54 AM | Show all posts
tiap2 tahun cerita sama je

most mmg buat mcm nak buang sampah je.. some spenda berlubang pun bagi

sila la sorting siap2 kakak abe2 uii.. sian puak2 demo tuh
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 09:05 AM | Show all posts
L.U.S.M replied at 3-12-2024 04:40 AM
Dh mati ke semua wakil rakyat kat negeri Kelantan tu???merc pakai nak..buat keje tak nak..

Isele ke ...

biasa la tu
dia mcm aktiviti tahunan
exco, wakil rakyat pandai bising dalam parlimen je
sepatutnya dah ada planning mcm KA buat
malas la nak komen..harap2 ada perubahan lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 09:33 AM | Show all posts
banjir ni mmg dh expected yearly punya incident kan.
atleast la prepare la menda2 basic.
sleepingbag, lapik toto, disposal underware ke apa.
ni everyyear expect sumbangan, lepastu tmpt donate bj2 ni mcm oneway to buang baju2 lama.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Iol pernah terlibat kumpul and pack barang-barang untuk disalurkan kepada mangsa oleh nadma. Baju-baju tu memang theyol qc and buh dalam clear plastik untuk setiap helai/pasang. Pek macam baru beli kt kedai. Memang kena pesan kat orang kita kumpul barang bukan utk tlg buang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu ler donate pakaian2 nih..

Bagi ler PS5 atau meta quest 3 ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
ka dh bising smlm jgn jdkn luxury garden dorg pinjam tu tmpt pelupusan pulek..
ada yg pampers expired date..mcm mcm la..
kalau i kt kelate i nk join jd team KA tlg sorting brg je i mampu tlg
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
sara_thrash replied at 3-12-2024 08:53 AM
tertengok live KA semalam. ada yang bagi pampers berkulat & seguni pakaian yang berbau hancing kucin ...

hanet mana la nk clear rumah deyols ngn brg busuk bg derma..dia ingt hina sgt la mangsa banjir tu
hanet betul..org derma benda yg kita syg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2024 09:49 AM | Show all posts
diorg ni amik kesempatan hantar baju yg nk buang konon perihatin la derma. agak2 la
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
toynme replied at 3-12-2024 09:05 AM
biasa la tu
dia mcm aktiviti tahunan
exco, wakil rakyat pandai bising dalam parlimen je

Kelantanese mmg suka pilih sampah.. janji isele
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 10:34 AM | Show all posts
edayildiz replied at 3-12-2024 09:48 AM
ka dh bising smlm jgn jdkn luxury garden dorg pinjam tu tmpt pelupusan pulek..
ada yg pampers expire ...

ehh sama yang i fikir klu dekat nak join sbb nmpk mcm best je korang semua yg tgh sorting tu. hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
sara_thrash replied at 3-12-2024 10:34 AM
ehh sama yang i fikir klu dekat nak join sbb nmpk mcm best je korang semua yg tgh sorting tu. haha ...

kannnnn..i suka part yg senang senang je blh la..kalau yg ssh ssh i xblh..xpandai
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.162669 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list