View: 10748|Reply: 69
|
[Tempatan]
Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 24-12-2024 03:27 PM
Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun
Oleh Mahanum Abdul Aziz
Disember 24, 2024 @ 11:35am
[email protected]
KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
Pembayaran dividen ASB sebanyak 5.75 sen seunit adalah ketara lebih tinggi berbanding 5.25 sen seunit yang telah dibayar pada 2023, dan menjadikan jumlah dividen yang diagihkan kepada pemegang unit ASB sejak penubuhannya kepada RM196.5 bilion.
Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 itu sebanyak RM10.1 bilion dan akan memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, berkata pihaknya berbesar hati kerana ASB mampu memberikan agihan dividennya yang paling kukuh sepanjang tempoh lima tahun.
"Ini meneruskan rekod prestasi kukuh Dana Harga Tetap ASNB berbanding portfolio rujukan mereka, sejajar dengan matlamat PNB untuk mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi," katanya dalam satu kenyataan.
ASB terus memberikan pulangan yang mampan, mengatasi pulangan pasaran serta penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank.
Bilangan akaun ASB meningkat 2.4 peratus kepada 11.1 juta akaun, mencerminkan keyakinan berterusan terhadap ASB sebagai instrumen simpanan dan pelaburan penting bagi golongan Bumiputera dalam perancangan kewangan mereka.
Prestasi ASB yang lebih baik itu adalah didorong oleh impak positif daripada strategi kepelbagaian aset PNB serta faktor pasaran ekuiti awam Malaysia yang kukuh, yang mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang teguh dan pengukuhan ringgit.
"Walaupun di tengah-tengah ketegangan geopolitik dan perdagangan global yang berterusan, persekitaran makroekonomi Malaysia kekal positif, disokong oleh permintaan domestik yang teguh, kadar faedah yang stabil
dan peningkatan pelaburan asing disebabkan tindak balas kukuh pelabur terhadap inisiatif MADANI kerajaan, termasuk pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan program Pengaktifan dan Reformasi Badan Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP)," kata Raja Arshad.
Pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus untuk ASB adalah berdasarkan baki bulanan minimum purata yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana itu.
Unit yang dilaburkan semula daripada pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2025.
Transaksi untuk ASB di cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua saluran dalam talian dan perbankan internet, akan digantung sementara dari 28 hingga 31 Disember 2024.
Pemegang unit boleh meneruskan transaksi di semua saluran dalam talian dan perbankan internet bermula 1 Januari 2025, dan di mana-mana cawangan dan ejen ASNB bermula 2 Januari 2025.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-12-2024 03:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by Abahmung at 24-12-2024 03:27 PM
Dividen ASB tahun ini dijangka lebih tinggi - Penganalisis
Oleh Mohd Zaky Zainuddin - Disember 10, 2024 @ 10:57am
[email protected]
ASNB mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 - NSTP/GHAZALI KORI
KUALA LUMPUR: Amanah Saham Bumiputera (ASB) berpotensi mengumumkan jumlah dividen yang lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 , disokong prestasi pasaran saham global dan domestik yang positif.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata rata-rata pasaran saham utama seperti Nasdaq, S&P 500, Nikkei 225 dan Hang Seng, termasuk Bursa Malaysia masing-masing meningkat, justeru kenaikan harga saham seharusnya menterjemahkan dividen yang lebih baik pada tahun ini.
"Nasdaq, S&P 500, Nikkei 225 dan Hang Seng, termasuk Bursa Malaysia masing-masing meningkat 32.3 peratus, 27.7 peratus, 16.8 peratus, 16.5 peratus dan 10.9 peratus. Justeru, memandangkan sebahagian besar daripada kelas aset pelaburan ASB adalah pasaran ekuiti, jangkaan terhadap dividen dilihat setidak-tidaknya sama dengan tahun lalu ataupun lebih.
"Berdasarkan laporan tahunan ASB, pendedahan pasaran ekuiti oleh ASB adalah 83.13 peratus pada 2023. Oleh itu, kenaikan harga saham seharusnya menterjemahkan dividen yang lebih baik pada 2024," katanya kepada BH.
Akhir tahun lalu, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk dana utamanya, ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.
Jumlah itu terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit.
Dividen yang diagihkan tahun lalu juga lebih baik berbanding tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, yang membabitkan agihan pendapatan 3.35 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit serta bonus tambahan 0.50 sen seunit bagi 30,000 unit pertama yang dipegang oleh pemegang unit ASB.
Mohd Afzanizam berkata, pasaran menyaksikan syarikat seperti Maybank Bhd, Sime Darby Bhd (Sime) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) menunjukkan prestasi yang baik pada 2024, yang memberi impak positif kepada pergerakan harga saham, sekali gus mampu untuk memberikan pulangan yang baik kepada dana ASB.
"Pendedahan ASB terhadap sekuriti pendapatan tetap adalah 7.45 peratus pada 2023. Pengaruh kadar faedah secara langsung adalah tidak sebesar pasaran ekuiti, Namun, sentimen kadar faedah di luar negara terutamanya kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) dilihat memberi kesan yang lebih besar disebabkan ia boleh memberi impak kepada pegerakaan harga saham global dan tempatan.
"Suasana kadar AS dilihat memberi kesan kepada aliran dana asing. Kita telah menyaksikan dana aliran keluar bersih oleh pelabur asing pada Oktober dan November yang berjumlah RM1.8 bilion dan RM3.1 bilion," katanya.
Beliau menjelaskan, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan purata sekitar 5.1 peratus bagi tiga suku 2024.
Katanya, pertumbuhan ekonomi yang baik akan diterjemahkan kepada keuntungan yang tinggi dalam kalangan syarikat disenaraikan dan ia sudah pasti memberi impak positif kepada pergerakan harga saham.
"Strategi pelaburan utama ASB berdasarkan asas syarikat yang baik, penyelidikan makroeknomi yang menyeluruh serta disiplin yang tinggi," katanya.
Mohd Afzanizam bagaimanapun berkata, ketidaktentuan ekonomi global seperti perang perdagangan atau ketegangan geopolitik akan memberi impak kepada sentimen pasaran dan menyumbang kepada turun naik harga saham.
"Di sini peranan penyelidikan pelaburan membantu dalam keputusan pelaburan kerana ia akan dapat mengekalkan disiplin pelaburan selain daripada mengenal pasti peluang pelaburan.
"Ia bertindak sebagai pelindung modal pelaburan kerana pelaburan pendapatan tetap mempunyai risiko yang rendah dan sentiasa memberi pulangan yang konsisten," katanya.
Penganalisis ekonomi, Dr Mohamad Khair Afham, berkata sebagai antara dana pelaburan terbesar di Malaysia, ASB yang mempunyai sebahagian besar portfolionya dalam ekuiti tempatan dan berpotensi mendapat manfaat langsung daripada prestasi pasaran saham Malaysia yang mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 15 peratus setakat suku ketiga 2024 dengan permodalan pasaran keseluruhan kini mencecah RM2.05 trilion.
Katanya, Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal menjadi faktor penting dalam menentukan hasil pelaburan ASB, sekali gus memberikan ruang untuk instrumen pendapatan tetap dalam portfolio terbabit mengekalkan hasil yang stabil.
"Dengan pasaran saham yang mencatatkan peningkatan nilai dan prestasi syarikat tersenarai menunjukkan pemulihan dalam sektor utama, terdapat jangkaan bahawa dividen ASB untuk 2024 berpotensi lebih tinggi berbanding tahun lalu," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
>6% plisss |
|
|
|
|
|
|
|
honam replied at 10-12-2024 02:51 PM
aku rasa dalam 5.5% je
Aku Pon rs gitu |
|
|
|
|
|
|
|
honam replied at 10-12-2024 02:51 PM
aku rasa dalam 5.5% je
rasa gitu gak |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 10-12-2024 03:48 PM
Nak 8%
impossible untuk skrg..kedepan taktau lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn bg harapan palsu blh x? Bnd ni memainkan emosi pelabur. Kalo x spt yg diramalkan apa cer? |
|
|
|
|
|
|
|
dulu2 jer tingggiii...skrgg aduyaiiii...lemahhh nak tahu |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun hanya dijangka, i nak happy jugak la dulu |
|
|
|
|
|
|
|
kena ingat bag penyimpan yang kena bayar zakat
2.5% kena tolak dari dividen
conoth kalo diumumkan 5.5%
kita hanya dapat 3% je sebab 2.5% lagi kena bayar zakat
zakat wajibbbb |
|
|
|
|
|
|
|
panjangnya artikel...
harapnya byk dari thn lepas tp malas beria sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
Pung pang pung pang
Ujung2 5.5% aje |
|
|
|
|
|
|
|
haa tazabar nak tunggu acik2 por temfek statement memasing
morah rejekiiii.. jgn lupa lanjer karipap |
|
|
|
|
|
|
|
honam replied at 10-12-2024 02:51 PM
aku rasa dalam 5.5% je
5.5% -6% pun dah amat memberansangkan |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kesah berapa pun... asalkan lebih atau sama 5.5% |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 10-12-2024 04:26 PM
Jgn bg harapan palsu blh x? Bnd ni memainkan emosi pelabur. Kalo x spt yg diramalkan apa cer?
Dia bagi la 5.35 nanti..tinggi le jugak dr last year...takde la harapan pelesu |
|
|
|
|
|
|
|
Tak malu ke Pesen Terbelit (FV) kalau duit rugi pun PNB and K masih ok. Maksudnya kampeni lain helok aje buat duit, kampeni dua ekor ni melingkup teruk |
|
|
|
|
|
|
|
Aku agak dalam 45.8 gitu la. |
|
|
|
|
|
|
|
Kan...tiap2 tahun meriak untung
|
|
|
|
|
|
|
| |
|