View: 38625|Reply: 33
|
“Ramai Ahli Perniagaan & Pempengaruh Bergaya Mewah…Tapi Berhutang” - Aliff Syukri
[Copy link]
|
|
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menitipkan nasihat kepada ahli perniagaan serta selebriti pempengaruh untuk mengukur baju di badan sendiri serta tidak berhutang jika tidak mampu.
Memetik Harian Metro, Aliff berkata ramai ahli perniagaan dan pempengaruh yang bergaya mewah tetapi berhutang. Katanya lagi, tidak salah untuk pamer kemewahan tetapi pastikan tidak berhutang.
“Sebenarnya, di negara kita ini ramai sangat ahli perniagaan dan pempengaruh yang bergaya mewah. Mereka pergi bercuti naik kelas perniagaan, pakai barang berjenama, tapi berhutang. Apa yang paling sedihnya, ada antara mereka yang masih duduk rumah sewa.
“Tidak salah pun kalau nak menunjuk dan mempamerkan kemewahan namun pastikan kita sudah bayar cukai dan tak berhutang dengan orang.
“Jadi tidak ada siapa akan ‘sakit mata’. Sebaliknya, kalau tunjuk kemewahan sedangkan berhutang keliling pinggang, orang yang bagi hutang itu mestilah marah,” katanya..
Sementara itu, Aliff berkata ramai yang berhutang dengannya pada awalnya berkata-kata manis tetapi apabila minta untuk membayar semula seperti dia pula yang berhutang.
“Macam pengalaman sendiri, ada ramai yang berhutang dengan saya. Sewaktu nak pinjam memang akan cakap manis tapi bila kita nak minta, macam kita ini pula yang berhutang dengan mereka. Pada pendapat saya, jumlah itu banyak atau sikit, sebagai orang Islam hutang itu wajib dibayar. Kalau tak bayar, mati nanti susah,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff berkata dia tiada niat memerli sesiapa sebaliknya ia juga peringatan serta nasihat buat dirinya agar tidak berlebihan.
“Apa yang saya nak sampaikan ini tak ada niat pun nak perli atau menyindir sesiapa. Saya bukan nak cari gaduh. Sebab saya yakin hari ini mungkin hari mereka, esok lusa kita tak tahu mungkin giliran saya pula.
“Jadi, ini sekadar pandangan saya. Apa yang penting, pada masa sama perkara ini adalah nasihat dan peringatan buat diri sendiri,” katanya.
Sumber – Harian Metro, Rotikaya |
|
|
|
|
|
|
|
Homai. Biceps dia lagi besar dan toned dr tikus mondok duda yg try hard nak tunjuk jantan muscles jantannya (nan hado) walaupun yg alip ini bila ckp sora kepit2. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti tuju kat ex munteri yg ada utamg ngn dia tu kan |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya yang dah ada nama contoh mcm Che ta tu start from zero je tanpa hutang sebab confirm akan ada buyer pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Body toklip lagi mantop dari chep fazley yg dok bertapa dlm gym. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni sekarang kurang sikit dah gelenyarrr dia ehh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya penyanyi no syatu malaysia berani cakap mcm ni sebab sumber kewangan jelas, kwsp pon settle. |
|
|
|
|
|
|
|
kan dia berani sbb zakat selangor pun announce dia/rosyam pembayar zakat tertinggi selangor. kiranya ahli perniagaan yg bersepah lagi kaya dari dia tak bayar zakat la.. ermm. patutla lembaga zakat selalu cakap hanya sikit je orang bayar zakat kat malaysia ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
meols bagi pujian kat dia. walaupun ponen dan annoying bingit kalah acik tengah lunch hari jumaat at least hese lunaskan tanggungjawab bayar zakat.
alhamdulillah bukan semua businessman melayu hauk maksimum ok |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju. Kalu ada hutang, mati nnt susah. Walaupun kome mati syahid to berhutang tetapla tak boleh msk syurga |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama tau ramai je org yg bermewah berlebihan ni sebenarnya menimbun² hutang keliling pinggang. Memang kenal ramai org yg mcm tu. Makin besar periuk, besarlah keraknya. Tak salah pun berbelanja mewah kalau memang hak awak. Yg salah kalau hak orang (hutang/tak bayar zakat) tapi nak bermewah² siap menunjuk² lagi konon rumah besar, kereta besar, selera besar, jenama mewah hujung rambut ke hujung kaki pastu org yg menuntut hutang pulak dilayan mcm pengemis.
Org islam biar ramai yg kaya supaya dpt byk bersedekah dan byk bayar zakat. Bukan sekadar bermewah menunjuk² je utk kepuasan diri tanpa fikirkan org lain. Kena ingat, mungkin Allah beri kita rezeki yg byk supaya kita jadi pengantara utk berbahagi² rezeki tu dgn org lain juga. Bukan utk kita semata². |
|
|
|
|
|
|
|
I ada pengalaman bisnes dgn dia. Bab payment takde problem. And di opis dia npk fokus bila bekerja, takde la npk mcm dlm socmed. |
|
|
|
|
|
|
|
makcun14 replied at 13-12-2024 07:29 AM
meols bagi pujian kat dia. walaupun ponen dan annoying bingit kalah acik tengah lunch hari jumaat a ...
Betul chouls
Benda laen meols tak nak komen
Mmg gitu leh jadi influncer
Buat marketing bisnis
Tp psl zakat tuh mmg betul sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Dier kat luar tak leh gaya ponen2
Heols mmg helok
Cuma tuh leh perangai
Pot2 mcm pompuan
Lepas tuh memana mmg bwa binik |
|
|
|
|
|
|
|
Aliff berkata ramai yang berhutang dengannya pada awalnya berkata-kata manis tetapi apabila minta untuk membayar semula seperti dia pula yang berhutang.
betul sgt... awal2 1-2 bulan byar lepastu senyap bila minta duit balik dia layan mcm org jahat... |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar lama ke gambar latest tu? Masih bangga ye pakai Balenciaga. |
|
|
|
|
|
|
|
Iya, apa pun hutang tetap kna byr..itu jee |
|
|
|
|
|
|
|
ke takut sbb influenzer ramai yg terkantoi byk hutang..
sorg2 tumbang....
|
|
|
|
|
|
|
|
influencer dan lavish lifestyle perpisah tiada....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|