Malah jelas Ain mereka menerima kehadiran bapa tiri dengan seadanya dan memandang lelaki tersebut sebasgai kekasih baharu ibunya.
"Kami anak-beranak semua dalam keadaan baik, mummy dan daddy juga okay. Kalian tak perlu risau. Kami sekeluarga okay dengan situasi kami sekarang.
"Kami terima lelaki itu seadanya tapi adik-beradik memandang dia sebagai kekasih baru mummy," ujarnya.
Menjawab mengenai punca penceraian Rozita dengan bekas suami, Ain enggan mengulas lanjut berhubung isu tersebut.
Jelas Ain, Rozita juga berdiam diri mengenainya kerana enggan mengeruhkan keadaan selain ia adalah perkara peribadi.
"Punca perpisahan itu kalian tidak perlu tahu kenapa. Itu privasi keluarga kami dan orang luar tidak perlu tahu... Kalau mereka tiada jodoh, kenapa kita nak paksa?
"Ada segelintir tanya mengapa mummy tak mahu beri penjelasan sebab kalau buat akan dikecam, kalau tak buat pun tetap akan kena kecam," katanya.
Bagaimanapun kata Ain, dia tampil membuat penjelasan bagi pihak ibunya kerana tidak mahu timbul sebarang fitnah tentang Rozita.
Sebelum ini, kecoh di media sosial dakwaan Rozita bertemu cinta baharu selepas sosok seorang Lelaki berkumis tebal muncul di belakang wanita itu ketika sedang mempromosikan produk secara langsung di media sosial di dalam bilik hotel.
Telahan semakin rancak apabila pelakon Rebecca Nur Al Islam juga dikatakan turut meninggalkan komen pada sesi siaran langsung tersebut dengan memanggil Rozita sebagai 'kakak iparku'.
Malah lelaki sama juga muncul di Instagram story Rozita sehingga menguatkan lagi dakwaan mereka sudah berkahwin.
Sumber: mStar