CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13704|Reply: 75

Kanak-kanak makan rumput ke sekolah

[Copy link]
Post time 11-8-2011 08:29 PM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak makan rumput ke sekolah

Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”.

Di antara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya.

Sejak dia berusia 10 tahun kanak-kanak ini ditinggal oleh ibunya yang sudah tiada akibat tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan sangat miskin.



Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakit. Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab yang berat itu, namun dia tetap berjuang.

Dia bersekolah dengan berjalan kaki melalui hutan kecil. Oleh kerana dia tidak bersarapan, semasa perjalanan itu dia makan daun-daun, biji-bijian dan buah-buahan yang dia temui. Dia juga mencuba memakan sejenis rumput, sehingga dia tahu mana yang masih boleh diterima lidahnya dan mana yang tidak.

Pulang sekolah, dia bekerja memecah batu-batu besar. Upah sebagai tukang pecah batu digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya. Setiap hari dia mendukung ayahnya ke bilik air dan juga memandikan ayahnya. Dia membeli beras dan membuatkan bubur untuk ayahnya.

Segala urusan lain pun dia yang mengerjakannya sendirian. Ubat yang mahal dan jauh membuatkan Zhang memikir untuk menemukan cara terbaik untuk mengubati ayahnya. Dia pun belajar tentang ubat-ubatan melalui sebuah buku bekas yang ia beli.Dia belajar bagaimana seorang jururawat memberikan suntikan. Setelah berasa dia boleh, dia sendiri yang menyuntik ayahnya.

Ketika acara anugerah tersebut berlangsung, pengacara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da
”Apakah wang atau lainnya. Disini ada banyak pejabat, peniaga, juga ada ratusan juta penonton telivision, mereka boleh dan bersedia membantumu nak!”

Namun apa yang dikatakan Zhang Da sangat sungguh mengejutkan kepada siapapun, dia hanya berkata,

”Aku tidak mahu apa-apa, aku hanya ingin ibuku kembali!.”

Kisah di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab yang berat selama 5 tahun. Kesulitan hidup telah membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi kuat dan pantang menyerah.

Zhang Da boleh dikatakan sangat berbeza dengan anak-anak kita. Dengan alasan sayang, kita selalu membantu anak-anak sudah mampu membuatnya sendiri.Ada kanak-kanak yang sudah bersekolah rendah pun masih disuap, dan memakai bajupun masih dibantu.

Juga seperti ucapan Zhang Da, pesanan kepada kita yang berumahtangga supaya menyayanyi keluarga masing-masing. Jangan kerapa pentingkan diri sendiri, kanak-kanak yang kecil dan tidak berdosa menjadi mangsa.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2011 07:48 AM | Show all posts
memang teramat menyayat hati...
semoga kerajaan china akan mengambil tindakan yang sewajarnya utk membantu budak nieee
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 08:00 AM | Show all posts
sedih plak aku baca~
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:28 AM | Show all posts
sedihnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 10:05 AM | Show all posts
pilu hatiku...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 10:09 AM | Show all posts
sedihnya bace...semoga budak ni berjaya pd masa hadapan. bagusnya la dapat anak yg mcm ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2011 10:21 AM | Show all posts
kepayahan hidup mengajar budak itu matang...dan belajar untuk menjalani hidup...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 11:11 AM | Show all posts
mak dia tau tak... dah masuk tv dah tuh... huhuhuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2011 11:17 AM | Show all posts
......

(memandang rumput di depan umah yg pnjang...)

ape2 pun, tersentuh hati baca kisah ni...
seyes sedih...
n aku percaya, dak ni mesti boleh berjaya..
itu pun lau kajaan tolong...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 11:27 AM | Show all posts
hebat.......dan terharu brita nih..........
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 11:32 AM | Show all posts
sadis sungguh...cian bdk nih...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 11:36 AM | Show all posts
sedihnya.... mmg seorang anak yg tabah dan kuat semangat..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 12:05 PM | Show all posts
tabah sungguh budak ini... sedih aku membacanya
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 12:09 PM | Show all posts
bagusnya kanak-kanak ini...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 12:37 PM | Show all posts
sedihnya...... sejuk hati ayah dia..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 01:23 PM | Show all posts
sedih pulak cite ni..ibu tak sanggup anak yang kecik pulak yang sanggup...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2011 01:37 PM | Show all posts
sedihnya...pengorbanan seorang anak..sang ayah begitu bertuah memiliki zhang da...
betapa peritnya kehidupan beliau. Kita yakin adik ni mesti boleh berjaya n berharap ibunya akn dtg kepadanya semula...

mkn rumput??aku kat sini sedap2 je mkn karipap...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 02:52 PM | Show all posts
leh wat filem nanti ni...MY SON IS A HERO...

leh ganti JET LI...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2011 02:54 PM | Show all posts
sedihnya...pengorbanan seorang anak..sang ayah begitu bertuah memiliki zhang da...
betapa peritnya  ...
ogata Post at 12-8-2011 13:37



    ko x pose la skang nie erkkkkk.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 03:03 PM | Show all posts
Reply 20# honeybee80


   x...aku di tembak jepun norks....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.084518 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list