CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20311|Reply: 85

EMPAYAR SUCI ISLAM TEMIR (THE HIDDEN STATE)

[Copy link]
Post time 13-8-2011 02:59 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 14-8-2011 16:35

1) Kerajaan ini diasaskan oleh Syariff Muhammad Al-Baghdadi sekitar kurun ke-12.
2) Terletak di Kuala Berang,Terengganu (Benua Terengganu)
3) Mempunyai kaitan dengan sejarah Fo-Lo-an.
4) Dikatakan kerajaan ini menaungi beberapa buah kerajaan di Nusantara termasuklah Empayar Melayu Melaka.
5) Pemilik Batu Bersurat Terengganu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2011 03:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 13-8-2011 15:34

Sejarah Kedatangan Islam (Empayar Suci Islam Temir)

Di Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu, kita akan temui tokoh-tokoh  tasawuf yang memainkan peranan penting di dalam politik dan pentadbiran  negara. Pada zaman keagungan empayar Islam Acheh pada abad ke-16 dan 17,  kita dapat melihat bagaimana peranan yang dimainkan oleh Hamzah  Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Syeikh Abd Rauf Singkel dan lain-lain lagi.

Sejarah kedatangan Islam di Terengganu, malah di Semenanjung Tanah  Melayu juga berkait rapat dengan usaha dakwah golongan Tasawuf. Ia  bermula di Kuala Berang yang menjadi pusat tamadun dan kerohanian Islam  pertama.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2011 03:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 13-8-2011 15:35

Kira-kira 700 tahun dahulu, penduduk Kuala Berang dipercayai menganut agama Buddha, kemudian Hindu dan akhirnya menerima Islam.

Dakwah Islam ini telah dibawa oleh seorang ulama yang sangat berjasa kepada Nusantara ini bernama Syarif Muhammad al-Baghdadi.

Beliau merupakan keturunan Saidina Hasan daripada sebelah bapanya dan Saidina Husin daripada sebelah ibunya.Dipercayai juga beliau  adalah berketurunan dari  nasab Rasulullah s.a.w.

Syarif Muhammad dipercayai telah meninggalkan takhtanya dan kerajaan  Baghdad untuk beruzlah di Mekah. Selepas Mekah, Syarif Muhammad menuju  ke Hadratulmaut di Yaman dan kemudiannya ke Nusantara iaitu di Hulu  Terengganu. Beliau berdakwah menyampaikan Islam kepada masyarakat dan  berjihad menjatuhkan kerajaan Seri Viijaya/Majapahit.

Setelah berjaya menjatuhkan kerajaan Hindu, beliau telah mendirikan  sebuah kerajaan Islam dan seterusnya membina sebuah pusat pemerintahan  yang dinamakan “Empayar Suci Islam Temir” yang terletak di kawasan seluas 300 ekar.Ramai di kalangan para pembesar dan raja-raja Hindu yang memeluk Islam  dan menjadi pengikut yang kuat.Namun tidak ramai orang mengetauhi kewujudan kerajaan ini pada masa sekarang kerajaan sejarah kerajaan ini telah digelapkan oleh pihak penjajah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2011 03:31 PM | Show all posts
Pemerintahan dan perjuangan Baginda Syarif Muhammad diteruskan pula oleh  keturunannya yang bernama Syarif Abdul Qahar bin Syarif Muhammad (Tok  Paloh), kemudian diamanahkan kepada cucunya Syarif Abdullah bin Syarif  Qahar (Tok Pauh) dan seterusnya kepada cicitnya Syarif Abdul Malik yang  juga disebut Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis. Kesemuanya adalah  wali Allah dan dimuliakan Allah dengan diberikan pelbagai karamah.

Tok Pulau Manis kemudiannya menubuhkan pula ‘Kota Pulau Manis’ dan  mendirikan institusi pendidikan agama yang tertua dan terbesar di Tanah  Melayu ketika itu. Beliau telah mengambil jalan wara’ dengan menyerahkan  pemerintahan kerajaannya kepada menantunya iaitu Tun Jenal yang  berkahwin dengan anaknya Siti Zubaidah. Tun Jenal ditabalkan sebagai  raja di Tanjung Baru, Hulu Terengganu dan bergelar Sultan Zainal Abidin  1.

Seorang lagi ulama tasawuf Terengganu ialah Tokku Paloh, seorang guru  mursyid Tariqat Naqsyabandiah yang banyak berjasa terhadap kerajaan  Terengganu dan rakyat jelata di dalam usaha menentang kerajaan British.

Salah satu peristiwa yang masyhur ialah ketika pihak Inggeris mahu  berunding dengan Raja Melayu mengenai satu tempat bernama Bukit Besar  yang ingin mereka miliki. Raja atau Sultan Terengganu pada ketika itu  ialah Sultan Zainal Abidin III dan regu baginda ialah Tokku Paloh. Bila  Inggeris bertemu baginda dan menyatakan hasrat mereka, lantas Sultan  bertitah, “Negeri ini ada tuannya, hendaklah berunding dengannya  terlebih dahulu.” Maksud baginda ialah Tokku Paloh.

Pihak Inggeris pun bertemu dengan Tokku Paloh dan berunding mengenai hal  itu. Tokku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh ‘mengambil’ Bukit Besar  dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka, punggahlah  tanahnya ke dalam kapal.

Pihak Inggeris amat marah lalu bangun untuk meninggalkan majlis  tersebut. Tapi dengan izin Allah dan karamah Tokku Paloh, kerusi yang  diduduki pihak Inggeris melekat pada punggung mereka. Lalu Tokku Paloh  menyindir, “Bukan Bukit Besar sahaja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi  kamipun kamu mahu ambil juga”. Pergilah pihak Inggeris dengan penuh rasa  malu.

Kemudian, mereka mahu berunding buat kali kedua tapi ia mestilah  diadakan di atas kapal mereka yang besar itu. Bila diajukan jemputan  kepada Tokku Paloh, beliau mengatakan kapal besar tak mampu bertahan  kalau ia naik. Pihak Inggeris ketawa mendengar kata-kata Tokku Paloh  itu.

Namun dengan izin Allah dan karamahnya, setiap kali Tokku Paloh  menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal yangbesar itu  turut senget mengikut perbuatan Tokku Paloh. Hal itu menimbulkan  perasaan cemas di pihak Inggeris sehingga rundingan dibatalkan serta  merta.

Begitu juga dengan murid Tokku Paloh, Haji Abd. Rahman Limbong yang  telah memainkan peranan penting dalam kebangkitan tahun 1921-1928 Masihi  di Terengganu dalam mempertahankan Islam dari anasir penjajahan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2011 03:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2011 03:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 13-8-2011 15:56

Perihal batu bersurat kuala berang..
pada bahagian pertama..baris ketiga..mencatatkan satu watak bergelar RAJA MANDALIKA. kemudian baris ke-empat..bawahnya pula mencatatkan SEKALIAN RAJA MANDALIKA.

kedua-duanya punyai maksud yang berbeza. pada baris ketiga..maksudnya seorang raja sahaja. sedangkan baris dibawah bermaksud lebih dari seorang raja. soalnya..siapakah mereka??
menurut haji rasyid timbalan pengarah muzium negeri..saya dimaklumkan..ketika ini..kesultanan masih belum wujud di benua terekanun/benua terengganu. maknanya..dinasti raja masih belum ada!

apabila diperhalusi..
istilah perkataan raja mandalika berasal dari bahasa melayu kuno.yang banyak terdapat di sumatera catatannya. bermaksud..penguasa wilyah/daerah/kawasan/negeri.
apabila diterjemahkan ke dalam persekitaran zaman kewujudan batu bersurat itu..saya tidak menolak kemungkinan..raja mandalika dan sekalian raja mandalika ditujukan kepada dua pihak yang berbeza.
raja mandalika pada baris ketiga..adalah untuk penulis batu bersurat itu sendiri..dipercayai..syarif muhammad al-mahdi ibni abdullah al-kamil ibni hassan al-muthanna atau lebih dikenali sebagai syarif muhammad al-baghdadi.

manakala sekalian raja mandalika pada baris ke-empat adalah ditujukan kepada para sultan yang dinaungi oleh syarif muhammad al-baghdadi. sultan-sultan ini adalah penguasa beberapa buah kerajaan islam nusantara yang dipayungi kota temir kuala berang keluasan 300 ekar-pusat pemerintahan khalifah dinasti al-kamil!
bukti dari pagar ruyung menunjukkan bedera kerajaan islam tersebut berbentuk segi tiga dan berwarna kuning dan didalamnya punyai lambang bulan sabit dan bintang bucu lima seperti bendera negeri terengganu-menurut kajian sejarawan..adalah panji hitam/panji al-uqab/panji rasulullah dan ahlu baitnya. termasuk bendera kerajaan islam samudera-pasai kerana ada bukti..pada tahun 1290-an..sultan al-malikus saleh/meurah silu-seorang ahlu bait pernah berkunjung ke kota temir membawa batu besar yang panjang..diangkut beberapa ekor gajah dari bumi pasai...bersama syeikh ismail yang makamnya terletak di pulau besar melaka hari ini. tidak hairan..batu bersurat kuala berang datang/berasal dari pasai!!

kota temir adalah tempat berhimpunnya para sultan seluruh nusantara pada awal abad ke-12 dan kemudiannya barat mengetahu kewujudan pusat kekhalifahan anak cucu saiyidina hassan di nusantara lalu bergabung menjarah alam nuasantara melayu lima abad kemudian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-8-2011 03:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2011 03:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 13-8-2011 16:03

Berpandukan Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT702)... peristiwa isra' mikraj jatuh pada 29hb rejab hari jumaat di sasanakala... diikuti dengan peristiwa gerhana matahari... pada tengahari hari jumaat... gerhana matahari di ufuk timur ini di gambarkan pada bendera terengganu... peristiwa ini akan berulang pada malam jumaat ni berdasarkan takwim Islam bermula selepas waktu maghrib... pada 1hb julai 2011 yg bermula slp tengah malam mengikut kalendar masihi... dan pd tengahari jumaat ini akan berlaku gerhana matahari...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2011 03:53 PM | Show all posts
Bukti kewujudan satu empayar besar suatu ketika dahulu (Dinasti Al-Kamil, Fo-Lo-An). Laporan Banci Hugh Clifford 1911 mencatatkan kawasan Jenagor berhampiran Tasik Kenyir pernah dihuni 100,000 penduduk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2011 04:03 PM | Show all posts








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2011 04:10 PM | Show all posts



Perahu Besar merupakan salah satu khazanah warisan bangsa melayu yang digunakan sekitar abad ke-18 sehingga pertengahn abad ke-20. Perahu ini dibina di sekitar muara sunagi Kuala Terengganu dan digunakan oleh masyarakat Terengganu untuk berdagang sehingga Hanoi (Vietnam) di utara dan Ujung Padang (Indonesia) di selatan.


Ini baru perahu... Belum lagi kapal samada kapal dagang maupun kapal perang... Bagaimana pula dengan sebelum abad ke-18... Sebesar mana kapal-kapal dagang dan kapal-kapal perang benua terqanun pada ketika itu...


http://www.facebook.com/photo.php?fbid=151073901619045&set=a.124869917572777.19269.123172677742501&type=1

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2011 04:11 PM | Show all posts


Pulau Makam... dipercayai terletaknya makam Syarif Muhammad al-Baghdadi... hasil mimpi seorang alim Cirebon...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2011 04:15 PM | Show all posts



Makam Sultan Iskandar Syah@Parameswara terdapat bendera negeri Terengganu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 04:18 PM | Show all posts
any explaination on "Dewata Raya Mulia" Written in Batu Bersurat itewww????????????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2011 04:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 13-8-2011 16:27
any explaination on "Dewata Raya Mulia" Written in Batu Bersurat itewww????????????
unekspekted_XII Post at 13-8-2011 16:18


Dewata Mulia Raya = Allah SWT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2011 04:30 PM | Show all posts
Menurut sumber dr Johor, semasa pemerintahan Maharaja Johor (Maharaja Sir Abu Bakar) dr zuriat Temenggung Johor, Kesultanan Melayu Johor pernah menerima dua orang wakil khalifah... satu dr khalifah Turki Uthmaniah, manakala satu lagi dr wakil khalifah di asia timur jauh... wakil khalifah di asia timur jauh lbh banyak berdiam diri seolah-olah bernaung di bwh khilafah Turki Uthmaniah.

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=127081787351590&set=a.124869917572777.19269.123172677742501&type=1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2011 04:31 PM | Show all posts
Reply 15# cmf_BeachBoys

aku skeptikal..


1st..Sultanye.. bername 'al baghdadi'.. i assumed.. arab yang berasal dari Baghdad.. but, name 'tuhan' sendiri dipanggil "Dewata Raya Mulia"

any explaination?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2011 04:33 PM | Show all posts


Ekspedisi Angkatan Laut (Armada) Islam China 1405 hingga 1433 di bawah Laksmana Cheng Ho dengan kekuatan 357 buah kapal (30 000 krew) melakukan Misi Penstabilan Islam (dakwah) sepanjang Jalan Laut (Laluan Sutera) Timur ke Barat (Afrika). Armada ini pernah singgah di Pelabuhan Rajawali, Kuala Terengganu untuk mengambil air. Sementara itu, Laksamana Cheng Ho mengetuai beberapa buah kapal mudik ke Hulu Terengganu... pusat pemerintahan Benua Terengganu.

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=125141650878937&set=a.124869917572777.19269.123172677742501&type=1

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2011 04:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 17-8-2011 23:42



BACAAN VERSI BARU BATU BERSURAT PIAGAM TEREGGANU
Seminar BBPT 18-19 April 2010

1.        Rasululah dengan yang orang sanabi mereka ...


2.        Esa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan agama Islam
3.        Dengan benar bicara darma meraksa bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
4.        di benuaku ini penentu agama Rasululah sallalahu alaihi wasallam raja
5.        mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
6.        behumi. Penentuan itu fardu pada sekalian Raja Manda
7.        lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar
8.        bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka
9.        Tuhan mendudukan tamra ini di benua Terengganu adi pertama
10.        Jumaat di bulan Rejab di tahun syaratan di sasanakala
11.        Baginda Rasululah telah lau tujuh ratus dua ...



Dr Adi Yasran b Abd Aziz
(Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia)


Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 04:39 PM | Show all posts
Menurut sumber dr Johor, semasa pemerintahan Maharaja Johor (Maharaja Sir Abu Bakar) dr zuriat Temen ...
cmf_BeachBoys Post at 13-8-2011 16:30


Tak jugak.

Johor hantar 3 orang ke majlis persidangan ulamak mase zaman uthmaniah, 1880's, ungku ahmad, Raja ali Kelana.. dan sorang dari Al-Attas family (jadik mufti lepas tu)

- in return, Sultan Hamid mengurniakan darjah, bendera, pingat dan gelaran Sultan
- and.. rombongan khalifah Turky, berjumpe Albert Baker dengan menaiki kapal Etegrul (yg tenggelam di Jepun) untuk menghantar 'hadiah'.. berupe 2 orang puteri dari kerabat turki (satu diperisterikan Sultan Abu Bakar, satu diperisterikan Dato' Jaafar.. - emak kpd Dato' Onn)

and.. - TIADA wakil khalifah dari 'timur' seperti yang didakwa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.077147 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list