View: 6241|Reply: 24
|
"Usia sebenar bulan 4.36 bilion tahun", Berita Harian
[Copy link]
|
|
Usia sebenar bulan 4.36 bilion tahun
Bharian
2011/08/21
CALIFORNIA: Kajian baru terhadap batu bulan yang dikutip angkasawan Apollo 16 menunjukkan bulan mungkin lebih muda 60 juta tahun berbanding apa disangkakan sebelum ini. Kajian terbabit dilaporkan dalam jurnal Nature menunjukkan bahawa usia sebenar bulan mungkin 4.36 bilion tahun.
Lars Borg dari Makmal Nasional Lawrence Livermore di California dan rakannya berkata, bahawa wujud kesilapan dalam menentukan usia sebenar bulan berdasarkan kajian yang dibuat ke atas pembentukan kerak.
Borg berkata, usia bulan lebih muda meletakkan ia hampir kepada 4.4 bilion tahun berbanding mineral Bumi dikenali zircon ditemui di Jack Hills di Barat Australia. Ini bermakna kerak tertua bagi Bumi dan bulan terbentuk pada masa sama.
Hipotesis mengenai asal bulan itu, teori kesan gergasi, membabitkan pelanggaran antara proto-Bumi awal dan satu lagi proto-planet dipanggil Theia, yang mempunyai saiz sebesar planet Marikh.
Cairan dan serpihan daripada kesan berkenaan terlontar ke ruang angkasa, malangnya pembentukan jisim mengambil masa berjuta-juta tahun untuk mewujudkan bulan. (Bagaimanapun, ini hanya tanggapan saintis Barat kerana semua cakerawala ciptaan Allah).
Sebaik saja bulan sejuk, magma terbabit berpadu menjadi komponen mineral berbeza dengan batuan kerak bulan dipanggil ferroan anorthosites (FAN) yang menjadi semakin tua.
Borg dan rakannya menggunakan teknik penapisan semula untuk menganalisis isotop plumbum dan neodimium dalam sampel 1.88 gram FAN mereka dari batu bulan yang dikutip Pusat Angkasa Lepas Johnson NASA. Angka 4.36 bilion tahun diletakkan pada masa itu membabitkan sampel yang menjadi kristal.
Angka itu adalah 200 juta tahun selepas pembentukan sistem solar dan kemudian dianggarkan oleh model pembentukan bulan.
“Ia adalah kali pertama satu sampel tunggal FAN mengandungi usia daripada pelbagai isotop teknik menentukan usia,” kata Borg.
“Cubaan sebelum ini untuk memberikan usia batuan hanya pada satu isotop yang boleh tercemar menyebabkan kita tersilap menganggarkan usia bulan. Justeru kita mulakan dengan idea bahawa kita boleh mendapatkan sampel usia pelbagai dan kita yakin ia dapat memberi gambaran usia pengkristalan sampel.” – Agensi
* boleh percayakah laporan mereka? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dia ckp wape juta taun pon x effect pape pon kt aku |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# Cruz_Hateluv
ada efek.
kalau ko jenis berfikir. |
|
|
|
|
|
|
|
jenis orang jahil = x peduli dgn ilmu2 , yg dia tahu perot kenyang , poket mahu penuh |
|
|
|
|
|
|
|
ade efek pada kita. banyak efek. cuba fikir fikir. |
|
|
|
|
|
|
|
salah board la mamat tue... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by koboi at 25-8-2011 14:52
Reply Cruz_Hateluv
ada efek.
kalau ko jenis berfikir.
thessailly Post at 21-8-2011 20:20
ade efek pada kita. banyak efek. cuba fikir fikir.
winamp05 Post at 22-8-2011 00:56
itulah.... |
|
|
|
|
|
|
|
memang ada efek bulan kat lagu Pramlee ni
Engkau laksana Bulan
Engkau lebeh muda 60 juta taun
jadi umo bulan masih muda
umo aku yang dah tua
woooo wooo wooooo wooooo woooooo
mengapakah kah depa silap kira umo bulan |
|
|
|
|
|
|
|
Allah tak jadikan sesuatu benda tu secara terus...mesti berperingkat-peringkat...macam juga kejadian manusia dalam rahim...berperingkat-peringkat...so, dari situ kita boleh belajar macam mana bulan dan bumi terbentuk..sperti juga kita belajar macam mana manusia terbentuk...tu semua ilmu..
cuma beza kita ngan mat saleh, kita percaya, sume kejadian tu, Allah dah rancang..dorang pula percaya sume tu terbentuk secara semulajadi... |
|
|
|
|
|
|
|
effect dia kat aku?
bulan tua jadik bumi pun tua jua
aku pulak dok kat bumi yg tua
jadik.......apa jadik? .......kiamat nak dekat beb....tak ingat2 lagik ke? |
|
|
|
|
|
|
|
efek dia kena lahar.. betol la tu |
|
|
|
|
|
|
|
aku xthu la in geology term..sbb xdpt tgk btu bulan..psl pyejukan magma (so bulan ni igenous rock la ek) then terpelantun kluar amat sukar nk caye..mlainkn org msia wt kajian lak.. |
|
|
|
|
|
|
|
org tak habis sekolah mana ada kesah..effect ke tak effect ke mana dia peduli... |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya 1 hari nanti bumi puun akan jadi kering kontang mcm bulan |
|
|
|
|
|
|
|
Apa2pun misteri kejadian alam semesta ni akn kekal jd rahsia Allah.itu menunjukkn betapa luasnya ilmu Allah.xterjankau pemikiran manusia |
|
|
|
|
|
|
|
Ini bermakna kerak tertua bagi Bumi dan bulan terbentuk pada masa sama.
koboi Post at 21-8-2011 10:33
At least, semua manusia samada muslim atau x, akan tahu asal kejadian alam.
Semuanya dh ada dlm Al Quran |
|
|
|
|
|
|
|
saintis tak pernah jemu kaji usia alam semesta... |
|
|
|
|
|
|
| |
|