CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 20385|Reply: 59

ulik mayang

[Copy link]
Post time 11-9-2011 12:32 PM | Show all posts |Read mode
salam...aku xtau benang dah ada ke blom..kalo dah ada,mod bt la pape yg ptt ye tp someone,anyone, tolong jawab dulu soalan aku ni:

KENAPA PUTERI KE 3 DGN PUTERI KE 5 TAK DISEBUT DALAM LAGU ULIK MAYANG??

sungguh pening kepala aku memikirkan nya.

aku dah ulang dgr lagu ulik mayang more than 50 times!
kind of addicted to it..ahh sudah..
tapi..tolong la jawab..please...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2011 02:31 AM | Show all posts
Cuba taruk lirik lagu tu kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 02:33 AM | Show all posts
Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 02:35 AM | Show all posts
cis...baca lirik je da buat aku seram ni...

(note: skrg kul 2:30pagi)
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 02:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by meritokrasi at 12-9-2011 02:39

Reply 1# anakhalal


entah-entah Puteri Tiga dengan Puteri Lima dah mati kot... {:3_83:}

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 10:35 AM | Show all posts
ULIT MAYANG

Tarian Ulit Mayang sejenis tarian yang berunsurkan pemujaan. Dipercayai telah wujud pada zaman pemerintahan Sultan Umar. Seni budaya ini dianggap sebagai satu khazanah budaya Terengganu yang cuba dipertahankan sehingga kini. Adalah difahamkan tarian ini merupakan satu permainan tradisi masyarakat melayu Terengganu yang tinggal di persisiran pantai negeri Terengganu. Ia juga dikatakan berasal dari Tanah Seberang iaitu Kepulauan Jawa.
Ulit atau ulek adalah merujuk kepada berdondang atau mengulit-ngulit yang membawa makna menyeru-nyeru dengan nama memujuk-mujuk supaya kembali semula dan datang semula merujuk kepada makhluk halus.
Ditarikan secara beramai-ramai antara 10 hingga 15 orang dalam bentuk bulatan untuk memuja Tuan Puteri Tujuh beradik. Ia biasanya diadakan pada waktu malam.

Kampung yang masih giat memperkembangkan kesenian ini ialah Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang. Mayang dibangkitkan semangat dan asalnya.Ketika persembahan ini berlangsung pemain-pemain sambil diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan-rakan yang lain. Persembahan ini dimainkan beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah dan tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini. Biasanya yang mengambil bahagian dalam persembahan ini berumur dalam lingkungan 15 hingga 40 tahun.

Persembahan Ulit Mayang yang dimainkan untuk bersuka-suka sahaja, melambangkan suatu pemujaan yang mendalam terhadap Tuan Puteri Tujuh Beradik. Persembahan dimulakan dengan membaca doa dan membangkitkan asal Mayang. Mayang yang digunakan dalam persembahan ini diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu. Doa dan bangkitan dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan.


Mayang pinang digunakan oleh ketua pemujanya dalam keadaan bersila di tengah-tengah bulatan sambil menyanyi lagu antara lain senikatanya berbunyi:

Umbuk mayang diumbuk
Umbuk dengan jala jemala
Sambut dayang kusambut
Sambut dengan puteri ngesa

Puteri ngesa berkain serong
Puteri ngesa berbaju hijau
Puteri ngesa bersubang gading
Puteri ngesa bersanggol sendeng
( rangkap pertama di atas kemudian diulang dengan puteri dua dan seterusnya hingga puteri tujuh )

Mayang yang digunakan diasap kemeyan di dalam bekas bara api yang dinamakan Dupa untuk membangkit semangat dan asal mayang. Minyak kelapa juga disapukan pada mayang ketika diperasapkan supaya mayang itu kelihatan segar ketika diulit. Mayang hidup dapat dikesan apabila berlaku getaran pada Adi ( ketua pemuja ) yang seolah-olah kelihatan mayang tersebut bergetar dengan sendirinya. Ini akan membawa Adi atau pemegang mayang ke dalam situasi tidak sedarkan diri atau lupa.


info tentang ulik mayang yg aku dapat dari tenet(bincang.net) utk dikongsi bersama tapi takde info tentang kenapa puteri 3 dgn puteri 5 takde dlm lagu ulik mayang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2011 08:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by ariapersanta at 12-9-2011 20:16

sbb kalo dinyanyikan full version... maka lengkap lah mentera tuh...jadi untuk tidak menjadikan lirik lagu itu mentera ,,maka dibuang lah beberapa rangkap...
macam gak lagu
gerbang kayangan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 08:33 PM | Show all posts
sbb kalo dinyanyikan full version... maka lengkap lah mentera tuh...jadi untuk tidak menjadikan liri ...
ariapersanta Post at 12-9-2011 20:14


gerbang kayangan lagu guana lak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2011 08:34 PM | Show all posts
asal tubik lagu black nih..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 09:45 PM | Show all posts
yo la tuh... dalam tu ada mentera gak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 12:56 AM | Show all posts
yo la tuh... dalam tu ada mentera gak..
ariapersanta Post at 12-9-2011 21:45



    ye ke?nanti aku tanya jaie.

ps/ sil khannaz nak kluar album baru..rakaman dlm bulan oktober ni..wakakaka hail!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2011 09:05 AM | Show all posts
lagu ulik mayang kuar dalam mimpi aku !

tersentap aku!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2011 09:07 AM | Show all posts
Reply 5# meritokrasi


   dah tu, xkan puteri 1,2,4,6 dengan 7 x mati? btw,aku x suka version yang Ella nyanyi..xseram..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2011 09:19 AM | Show all posts
seram la dgr dia nyanyi..tp best!

http://youtu.be/J7mTXA1GyFg
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 09:43 AM | Show all posts
Reply 3# meritokrasi

puteri 3 = tidak ade dalam lagu sebab menjadi puteri laut selatan - Nyi Roro Kidul
puteri 5 = tidak ade dalam lagu sebab menjadi puteri pan pacific
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 10:02 AM | Show all posts
cis...baca lirik je da buat aku seram ni...

(note: skrg kul 2:30pagi)

thessailly Post at 12-9-2011 02:35


hahaha.. lawak la ko ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2011 11:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by meritokrasi at 13-9-2011 17:09

bila tak nyanyi bahagian puteri tiga dengan puteri lima tu, senang nak lupa lirik, terlupa puteri mana satu yang tak perlu sebut...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 12:31 PM | Show all posts
ye ke?nanti aku tanya jaie.

ps/ sil khannaz nak kluar album baru..rakaman dlm bulan okt ...
firdaruddin Post at 13-9-2011 00:56



   album inggeris ke melayu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 12:34 PM | Show all posts
album inggeris ke melayu?
ariapersanta Post at 13-9-2011 12:31



    nanti ada masa, aku tanya jaie..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 12:40 PM | Show all posts
nanti ada masa, aku tanya jaie..
firdaruddin Post at 13-9-2011 12:34



   bagus gak tu... diorang pun asyik keluar album tribute je , memendam rasa nak hasil kerja ori dioarang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.052751 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list