CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11086|Reply: 59

Dr. Sun Yat Sen dan Penang

[Copy link]
Post time 24-10-2011 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Now in cinema tgh tayang movie "1911" mengenai revolusi China.
Aku pegi tgk la coz aku mmg minat sejarah..
Tp nak mohon pencerahan sikit apa kena mengena Dr. Sun Yat Sen dgn Penang?
Sbb ada satu scene dlm movie tu Dr. Sun berada di Pinang Pulau, Malaysia (patot Malaya la kot coz tahun 1911 kan)
Yang aku tau akhbar cina Kwong Wah Yit Poh diasaskan oleh beliau.

Thanks uols!!

Hidup Sejarah!! :p

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2011 09:59 AM | Show all posts
and aku musykil sket.. kenape gambar Mao Zedong sebesar alam kat Tiananmen Square itu sedangkan Dr. Sun Yat Sen yang bebaskan China daripada sistem beraja dan dia juga Presiden pertama.

Sila rungkaikan permasalahan ku ini
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 10:21 AM | Show all posts
and aku musykil sket.. kenape gambar Mao Zedong sebesar alam kat Tiananmen Square itu sedangkan Dr.  ...
kelanci Post at 24-10-2011 09:59



mula nya lepas jatuhnya pu yi, maharaja china yg terakhir, maka trtubuhla republik china, yg demokrasi, pas tu, pro demokrasi dibawah sun yat sen ni berperang pulak ngan komunis china, last2 komunis china berjaya bentuk kerajaan china yg berpandukan komunis, sun yat sen lak lari ke taiwan, dan mao zedong adalah org brtanggungjawab memimpin 'the long march' untuk prjuangkan komunis....cuba try rujuk wikipedia,.....thats why china mengagung2kan chairman mao...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 10:21 AM | Show all posts
Post Last Edit by halimi78 at 24-10-2011 10:32

Reply 1# kelanci

It was in Penang that Dr. Sun convened the Penang Conference to plan the Canton Uprising in Guangzhou, China. The seed of the Wuchang Uprising was also initially planted here.

The Kwong Wah Jit Poh, one of the world’s oldest Chinese newspaper was started by Dr. Sun and his Penang supporters at these premises.

Dr. Sun lived in Penang for six months in 1910 together with his family, including his second wife Chen Cui Fen.

   

Kwong Wah Yit Poh – the 162th issue (Tuesday, 4 July 1911) of the daily Chinese newspaper was published at 120 Armenian Strret, Penang.

Dr. Sun Yat Sen in Penang

Dr. Sun first came to Penang in 1905. Each year, he visited Penang to give speeches and promote the revolution.

He moved the Southeast Asian headquarters of the T’ung Meng Hui from Singapore to Penang, at a time when his greatest backing came from the Penang party members.

In 1910, Dr. Sun lived in Penang for six months, with his family, his first wife Madam Lu Muzhen, his second wife Madam Chen Cuifen, his two daughters and his brother. The daily expenses of Dr. Sun and his family were borne by his Penang supporters.


Dr. Sun Yat Sen’s house at Dato’ Kramat Road, Penang, demolished in the 1960s. Dr. Sun Yat Sen’s first wife (in black), second wife (left) and two daughters Sun Yan and Sun Wan are shown here.


Dr. Sun’s Penang Supporters              
              
From left to right:              
  • Wu Shirong alias Goh Say Eng, Penang T’ung Meng Hui leader, continued to be a leader of the overseas Kuomintang after 1911.
                      
  • Huang Jinqing alias Ng Kim Kheng, gave away his fortune for the cause.
                      
  • The poet Luo Zhonghuo, and two others, were martyrs of the Canton Uprising.
                      
  • Chen Xinzheng alias Tan Sin Cheng spearheaded the founding of Chinese schools in Penang.


The ‘Penang Wife’
               
              
Madam  Chen Cui Fen (1873-1962) also known as Tan Sua Huan was Dr. Sun’s common-law wife. When she was 19, they met in Hongkong. During the revolution, she was responsible for printing, intelligence and transporting firearms. Madam Chen got on very well with Dr. Sun’s first wife Madam Lu. In 1910, both stayed together in Penang with Dr. Sun and his daughters from the first wife.
After the revolution, Madam Chen returned to Penang and looked after his two daughters who attended school at Convent Light Street,      Penang.      












Historical  Significance              
TONGMENGHUI SOUTHEAST ASIAN HEADQUARTERS, 1910-1911              
The Tongmenghui was a political party formed in 1905 in Tokyo to agitate for the Chinese revolution. The party adopted Dr. Sun’s Three Principles   of the People. From 1906, the Tongmenghui had its Southeast Asian (Nanyang) headquarters in Singapore. In 1910, the headquarters was transferred to Penang. In 1906, the Penang branch of the Tongmenghui was formed with 22 members. In 1907, a reading club called the Philomathic Union (bing chen yuet soo pao ser) was established. At the Philomathic Union’s first premises, 94 Dato’ Kramat Road, the Penang branch of the Tongmenghui operated as an underground organisation under the cover of a registered business Teong Wah & Co.
      
In 1909, all three entities moved to 120 Armenian Street. The next year,this address served as the Southeast Asian headquarters of the Tongmenghui.                               
An old photograph of 120 Armenian Street, reproduced from the Philomatic Union souvenir programme.              



THE PENANG  CONFERENCE              
The Canton Uprising was planned in 1910 through the ‘Penang Conference’ convened by Dr. Sun.
Two significant meetings were recorded, the 'Penang Conference' at Dr. Sun’s office in Dato’ Kramat Road, and the emergency meeting at the Tongmenghui headquarters in 120 Armenian Street.
               
              
Dr. Sun’s office at Dato’ Kramat Road.








KWONG WAH JIT POH              
The house at 120 Armenian Street was the first premises of what is today one of the world’s oldest Chinese newspaper. In 1910, the Chinese newspaper the Kwong Wah Pao, a propaganda organ of the Tongmenghui, moved from Rangoon to Penang. Dr. Sun Yat Sen, Goh Say Eng and several others in Penang relaunched the paper as a daily, and renamed it Kwong Wah Yit Poh (Glorious Chinese Daily).              


               








Hu Hanmin and founding members of the Kwong Wah Yit Poh. The KWYP later moved to premises at Chulia Street.



read here:

Dr. Sun Yat Sen’s Penang Base
at 120 Armenian Street, Penang, Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2011 10:38 AM | Show all posts
dalam banyak-banyak tempat kenapa Penang?..
Pasal time tu British tgh berkuasa ke? so dia seek British support?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 11:09 AM | Show all posts
Reply 5# kelanci

dia x bgantung pd british support.. tp org2 cina.. koloborasi dgn org2 cina utk mjatuhkan dinasti manchu..
d malaya n singapore pada masa tu kedapatan ramai pdokong revolusi yg anti-manchu..
in fact, british sdiri pernah ban dr sun yat sen dr masuk ke singapore slama 5 thn krn dkhuatiri kdatangan dia akn mcetuskan kkacauan politik dlm koloni british..

asalnya HQ gerakan dia kat s/east asia adalah singapore.. tp kendian br dpindahkan ke penang (1908)..
antara sebab dpindahkan: low morale dr kalangan ahli d singapore dan juga intervensi british thadap ptubuhan nih..

masa kat penang dia dkenakan ptuduhan memulakan pemberontakan d china dan mengumpulkan dana utk pberontakan oleh pihak british.. ---> persona non grata... fled to europe..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2011 11:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 24-10-2011 12:29
and aku musykil sket.. kenape gambar Mao Zedong sebesar alam kat Tiananmen Square itu sedangkan Dr.  ...
kelanci Post at 24-10-2011 09:59



Hanya gambar sebesar Alam Dr Sun Yat Sen hanya di Taiwan Sahaja....










tapi  masa tahun ini ...... China agak open sikit...




Hu Jintao (5th L), Jiang Zemin (5th R), Wu Bangguo (4th L), Wen Jiabao (4th R), Jia Qinglin (3rd L), Li Changchun (3rd R), Xi Jinping (2nd L), Li Keqiang (2nd R), He Guoqiang (1st L) and Zhou Yongkang (1st R) attend the conference to commemorate the centennial of the 1911 (Xinhai) Revolution at the Great Hall of the People in Beijing, capital of China, Oct. 9, 2011. (Xinhua/Li Xueren)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 12:50 PM | Show all posts
bukan dah ada ker citer drama pasal negara China time Dr. Sun buat revolusi ni masa tue aku rasa tahun 2000 TV2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2011 12:56 PM | Show all posts
Reply 8# shamsadis

2009 punya muvi... "bodyguards and assassins" pong ambil latarbelakang pasal gerakan revolusi sun yat sen..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 12:57 PM | Show all posts
bukan dah ada ker citer drama pasal negara China time Dr. Sun buat revolusi ni masa tue aku rasa tah ...
shamsadis Post at 24-10-2011 12:50



tahun 2005 kalau tak silap Drama.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 01:06 PM | Show all posts
2007 drama - Road to Dawn...
The Chinese historical drama Road to Dawn is based on the story of Dr Sun Yat Sen’s revolutionary efforts and his love affairs while he was in Penang in 1910.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 01:12 PM | Show all posts
Yuan Shikai, Pencuri Pencapaian Revolusi Demokratik China



Yuan Shikai dilahirkan pada tahun 1859 di sebuah keluarga pegawai di Provinsi Henan. Disebabkan gagal dalam peperiksaan untuk memilih pegawai kerajaan, ia menyertai tentera.

Pada tahunn 1882, kerajaan Korea meminta kerajaan Dinasti Qing untuk membantu menghapuskan kumpulan pemberontak dalam negeri itu. Yuan Shikai ikut tentera Dinasti Qing memasuki Korea dan telah memperlihatkan kebakatannya dalam kegiatan membanteras kumpulan pemberontak. Pada tahun itu, Yuan Shikai dilantik sebagai Menteri Perdagangan Kerajaan Qing merangkap Gabenor Korea.

Selepas perang antara Dinasti Qing dengan Jepun pada tahun 1894, kerajaan Dinasti Qing yang kalah dalam perang itu merancang menubuhkan tentera baru. Yuan Shikai secara aktif meminta untuk bertanggungjawad atas tugas tersebut. Ia mempelawa pegawai tentera dari Jerman untuk membantu melatih tentera angkatan darat yang baru di Xiaozhan Tianjin. Dalam gerakan pembaharuan yang dianjurkan oleh Kang Youwei dan disokong oleh Maharaja Guangxu Dinasti Qing, Yuan Shikai pernah berjanji kepada pihak pembaharu bahawa ia akan membawa pasukan barunya masuk ke Beijing untuk mengepung Taman Yihe atau dikenali Summer Palace dan menahan Ibu Suri Cixi yan gmenyokong kaum konservatif. Bagaimanapun, Yuan Shikai tidak bertindak sedemiki. Ini mengakibatkan Maharaja Guangxu ditahan oleh Ibu Suri Cixi dan pembaharuan itu gagal. Yuan Shikai mendapat kepercayaan dari Ibu Suri Cixi dan dilantik sebagai Gabenor di Provinsi Shandong. Semua pasukan baru yang dilatih oleh Yuan Shikai juga mengikutnya ke Shandong untuk menghapuskan pemberontakan kaum tani Kumpulan Yihetuan di Jinan, Provinsi itu.





Pada tahun 1900, tentera lapan negara asing menyerangi bersama Beijing. Pasukan baru yang dipimpin oleh Yuan Shikai tidak mengambil langkah untuk melawan pencerobohan tentera asing itu, tapi menyediakan perlindungan kepada Ibu Suri Cixi yang melarikan diri dari Beijing. Akhirnya, Yuan Shikai mendapat lebih banyak pujian kerena telah menjamin keselamatan Ibu Suri Cixi dalam perjalanan kembali ke Beijing. Tidak lama lagi, Yuan Shikai telah memegang kuasa politik, dan ketenteraan dari kerajaan pusat Dinasti Qing. Pasukan baru yang di bawah pimpinannya telah berkembang menjadi kira-kira 90 ribu orang. Yuan Shikai menjadi panglima tentera yang paling berpengaruh di China. Dalam pembaharuan pada penghujung pemerintahan Dinasti Qing, Yuan Shikai menggubal undang-undang baru, menganjurkan pendidikan moden dan mengembangkan pengangkutan yang moden. Bagaimanapun, kekuatannya yang terlalu besar juga mengakibatkan kecurigaan daripada keluarga diraja, Yuan Shikai dipecat daripada jawatannya pada tahun 1908 dan kembali ke kampung halaman.





Hingga 10 Oktober tahun 1911, revolusi demokratik China bermula, kerajaan Dinasti Qing gagal menggerakkan pasukan baru dan terpaksa melantik Yuan Shikai sebagai Perdana Menteri Kerajaan Dinasti Qing. Dengan kekuatan tentera yang besar, Yuan Shikai membanteras kaum revolusi sambil menghubunginya secara diam-diam. Akhirnya, disebabkan kaum revolusi yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat-sen tidak mempunyai kekuatan tentera yang cukup, beliau bersetuju jika Maharaja Dinasti Qing turun takhta dan menyokong sistem republik, Yuan Shikai boleh menjadi Presiden sementara pertama Republik China. Meskipun demikian, Yuan Shikai tetap tidak puas hati. Pada Disember 1915, ia naik takhta dan mengumumkan memulihkan sistem pemerintahan beraja. Bagaimanapun, dengan tentangan dari seluruh negara, 3 bulan selepas itu, Yuan Shikau terpaksa membatalkan sistem pemerintahan beraja lagi dan memulihkan Republik China, impian menjadi maharajanya hanya diteruskan selama 83 hari sahaja. Pada 6 Jun tahun 1916, Yuan Shikai meninggal dunia di Beijing.




Sources : http://my1.chinabroadcast.cn/




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 01:29 PM | Show all posts
Reply 9# halimi78
aku tak tengok lagi citer tue...pasal perang2 ker
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 01:30 PM | Show all posts
Dr. Sun Yat-sen







Pada setengah abad kedua abad ke-19, sistem feudalisme yang diamalkan selama lebih 2000 tahun sedang menuju ke akhir zamannya. Negara-negara kapitalisme di Barat sedang mengalami perkembangan yang pesat. Mereka telah menjalankan peluasan dengan kelengkapan senjata yang maju. China yang semakin merosot ketika itu telah menjadi " daging " yang direbut oleh negara-negara Barat dan akhirnya menjadi tanah jajahan negara-negara Barat yang di bawah pemerintahan sistem feudalisme. Dr. Sun Yat-sen telah dilahirkan pada zaman itu.

Dr. Sun Yat-sen dilahirkan pada tahun 1866 dalam keluarga petani di Provinsi Guangdong, selatan China. Keluarganya sangat miskin, semua ahli keluarga tinggal dalam sebuah pondok. Sehingga mencapai usia lebih 10 tahun, beliau baru dibelikan kasut. Anda pasti boleh membayangkan betapa sukarnya bagi seseorang anak untuk berjalan tanpa memakai kasut di kawasan pergunungan. Dr. Sun Yat-sen pernah memberitahu isterinya bahawa oleh sebab kehidupannya yang miskin itu, sejak kecil beliau telah berazam untuk menghapuskan penderitaan rakyat China bagi membolehkan kanak-kanak negara ini mendapat makanan yang mencukupi dan mempunyai kasut. Sayang sekali, Dr. Sun Yat-sen tidak dapat melihat azamnya menjadi kenyataan walaupun berjuang sepenuh hati sepanjang hayatnya.


Pada zaman Dr. Sun Yat-sen dahulu, ramai orang China yang tinggal di kawasan pesisir pantai di selatan China telah berhijrah ke luar negara kerana beban hidup yang terlalu berat. Abang Dr. Sun Yat-sen, Sun Mei juga telah berhijrah ke Amerika sebelum dewasa dan mencapai kejayaan hidup di sana. Beliau telah membawa Sun Yat-sen ke Amerika dari China untuk dijaga sendiri. Sejak berusia 13 tahun, Sun Yat-sen telah menerima pendidikan Barat yang sistematik di Amerika Syarikat dan Hong Kong. Selepas dewasa, Sun Yat-sen telah menerima latihan profesional dalam bidang perubatan selama bertahun-tahun. Beliau pernah bercita-cita untuk meringankan kesengsaraan dan penderitaan rakyat China dengan pengetahuan perubatannya. Akan tetapi, realiti masyarakat telah mengecaikan impiannya tersebut.

Pada tahun 1894, Dr. Sun Yat-sen dan segolongan cendekiawan pernah berkumpul di Beijing untuk menyerahkan surat kepada pemerintah Dinasti Qing yang mengharapkan kerajaan semasa agar menjalankan pembaharuan. Akan tetapi, tindakan mereka gagal mencapai hasil. Hal ini telah menyedarkan Dr. Sun Yat-sen bahawa sistem feudalisme merupakan halangan terbesar bagi pembaharuan. Oleh itu, tindakan pembaharuan yang besar-besaran adalah sangat perlu bagi menggulingkan pemerintahan kerajaan Dinasti Qing.





Dr. Sun Yat-sen dan isterinya


Pada tahun yang sama, sebagai salah sorang penganjur, Dr. Sun Yat-sen telah menceburkan diri dalam penubuhan " Hsing-chung Hui ", satu persatuan yang disertai oleh perantau Cina di Amerika untuk membangkitkan China semula. Sejak itulah, revolusi borjuis China yang diterajui oleh Dr. Sun Yat-sen telah membuka tirainya.

Dalam tempoh tahun 1907 hingga tahun 1911, Dr. Sun Yat-sen telah menerajui berpuluh-puluh kali pemberontakan bersenjata di kawasan barat daya China. Oleh sebab kekuatan yang sangat lemah, pemberontakan mereka sering mengalami kegagalan. Beliau juga telah dikenakan waran tangkap daripada kerajaan Dinasti Qing dan terpaksa hidup dalam buangan di luar negara.

Sehingga tahun 1911, pemberontakan bersenjata yang diterajui oleh Dr. Sun Yat-sen akhirnya berjaya menggulingkan pemerintahan kerajaan Dinasti Qing dan sekali gus mengakhiri zaman masyarakat feudalisme di China selama lebih 2000 tahun.


Walaupun perjalanan hidup Dr. Sun Yat-sen berliku-liku dan penuh dengan cabaran, akan tetapi beliau tidak pernah berputus asa semasa menghadapi kegagalan. Di samping memimpin perjuangan bersenjata, beliau juga telah menulis banyak karya yang menjelaskan teorinya tentang pembangunan sesebuah negara demokratik dalam bidang hal ehwal dalam negeri, hal ehwal luar negara dan kehidupan rakyat. Selain itu, Dr. Sun Yat-sen juga telah melibatkan diri dalam mengasaskan lebih 10 jenis akhbar yang menyediakan konsep yang serba baru kepada rakyat China pada zaman itu.





Dr. Sun Yat-sen merupakan seorang yang sentiasa hidup berjimat, rajin dan ramah-tamah. Sebagai seorang revolusioner, Dr. Sun Yat-sen telah mencurahkan segala tenaganya untuk mewujudkan masyarakat demokratik yang adil di China. Pada tahun 1925, Dr. Sun Yat-sen telah meninggal dunia akibat penyakit yang tidak dapat disembuhkan.

Dr. Sun Yat-sen sangat dihormati oleh generasi kemudian. Parti Komunis China juga telah memberi penilaian yang tinggi terhadap sumbangannya. Di tempat-tempat yang pernah didiami oleh Dr. Sun Yat-sen, bahkan di Jepun dan Amerika Syarikat masih terdapat muzium peringatan Dr. Sun Yat-sen dan patung-patung Dr. Sun Yat-sen untuk dikunjungi oleh generasi kini.




Sources : http://my1.chinabroadcast.cn




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 01:30 PM | Show all posts
Reply 10# HangPC2


yang kisah dia dari awal maharaja 2nd last tue mati tue ehh...TV2...tahun 2005....aku ingat2 lupa..dah tua
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 01:34 PM | Show all posts
Yuan Shikai sebenarnya teringin nak jadi Maharaja...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2011 01:37 PM | Show all posts
Reply 13# shamsadis

gaduh2.. martial arts.. byk nama besor blakon.. donnie yen, leon lai, nicolas tse, simon yam..
pasal assassins yg empress hantar utk bunuh sun yat sen masa dia g meeting kat HK..
aku beli pong sbb muvi tu ada historical value.. plus pelakon2 yg mmg best..
action ok.. ---> Won: Best Action Choreography (29th HK Film Awards)
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 01:39 PM | Show all posts
Reply  HangPC2


yang kisah dia dari awal maharaja 2nd last tue mati tue ehh...TV2...tahun 2005. ...
shamsadis Post at 24-10-2011 13:30


2005 aku x tgk tibi...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 01:40 PM | Show all posts
Reply 12# HangPC2

dalam drama yang aku tonton tue aku paling respek orang tua nie...




Li Hongzhang
bagi aku dia nie Dr. Mahathir untuk rakyat China masa tue ...tapi sayang...dia ada reka pasal perlembagaan beraja...tapi telah ditolak...lepas tue baru muncul Dr. Sun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 01:41 PM | Show all posts
Reply 16# HangPC2
dia dah jadi dah....tapi dalam drama tue ar...yang kisah benar aku tak tau...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.518187 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list