CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26648|Reply: 406

Gelagat perempuan ketika dalam kereta-Update page 17 post # 404

  [Copy link]
Post time 6-11-2011 12:54 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by along3746 at 27-11-2011 10:16

Gelagat perempuan ketika dalam keretaOleh Kucing Jantan


APABILA memandu kereta Bro sering memberi perhatian kepada perempuan yang menjadi penumpang di sebelah pemandu.
Tak kiralah mereka tu kawan ke, teman wanita ke atau isteri orang macam-macam gelagat yang Bro dapat dilihat.

Paling Bro menyampah tengok apabila ada perempuan yang di dalam kereta terutamanya pada pagi hari terkial-kial nak menghias wajah termasuk memperbetulkan tudung kepala.

Bro pelik kenapa apabila sudah masuk kereta baru nak pakai tudung, apa mereka buat malam tadi sampai bangun pagi pun boleh lewat? Bagi Bro semua ni sindrom orang yang pakai tudung sekadar nak berfesyen bukan tuntutan agama.

Bro bukannya nak pertikaikan soal ibadah seseorang cuma Bro hairan sebab rambut tu aurat, haram didedahkan apatah lagi kelam kabut pakai dalam kereta.

Itu belum lagi dikira bagaimana si perempuan terkial-kial pakai gincu dan bedak. Yang peliknya masa kat rumah tak mahu pula berhias, bila nak pi kerja barulah nak nampak cantik.

Sepatutnya, kecantikan itu untuk si suami bukannya untuk orang lain. Kalau nak berhias pun biarlah ketika di rumah supaya si suami tengok dan terdetik dalam hati "cantik pula isteri aku", barulah ia meningkatkan perasaan kasih, sayang dan cinta suami.

Satu lagi gelagat perempuan yang Bro lihat apabila dalam kereta ia 'tarik muka empat belas' kata orang Kedah, suami dok sebelah, entah apa angin, muka si isteri macam mandi tak sudah...masam aje.

Semua tu tak sepatutnya berlaku kerana pagi-pagi ini orang tua-tua kata pintu rezeki terbuka, jadi apabila dalam kereta buatla muka manis sikit...kesian kat suami dahlah tension dengan kesesakan lalu lintas...tengok muka orang sebelah pula terus hilang 'mood'.

Sepatutnya apabila berada di dalam kereta menuju ke tempat kerja, kalau anak-anak tidak ada ia waktu terbaik untuk berbincang secara sambilan masalah-masalah rumah tangga.

Kalau ada yang terbuku di hati, luahkan sahaja supaya si suami tak tertanya-tanya dalam hati apa kesalahannya sehingga si isteri tarik muka empat belas.

Rimas


Satu lagi Bro nak nasihatkan si isteri bila berada dalam kereta tak payahlah dok main SMS sebab semua tu hanya akan menyebabkan si suami rimas.

Lebih baik cari jalan untuk bercakap topik-topik yang si suami tak bosan, jangan asyik nak cerita masalah aje...cuba ceritakan perkara-perkara yang boleh sama-sama ketawa.

Si isteri kena faham si suami akan lapang dan hilang ketegangan fikiran, kalau dia melihat si isteri ketawa atau tersenyum.

Turut menarik perhatian, Bro ialah perempuan-perempuan yang mengada-gada apabila si kekasih memandu kereta. Mulalah 'leher nak terkehel' - maksud Bro kepalanya lentuk kat bahu si lelaki.

Apabila keadaan itu berlaku si lelaki pun susah hendak memandu, nak masuk giar pun susah, tahula perempuan nanti kalau tegur, tuduh kata lelaki tak romantiklah, dah bosanlah dan macam-macam lagi.

Sebenarnya tindakan mereka menyusahkan kerana si lelaki tak boleh tumpu perhatian, mulalah kereta bergerak 30 kilometer sejam dan sekali gus menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Bro percaya yang dok buat perangai lentuk-melentuk ini mesti bukan suami isteri, kalau suami isteri mereka tak berbuat demikian dalam kereta.

Dah pasti yang lentuk-melentuk ni pasangan kekasih, memanglah sebelum kahwin semua rasa indah, romantik dan menyeronokkan nanti lepas tiga bulan kahwin cubalah lentuk tengok, bertuah kalau kepala tak terhantuk stereng sebab si lelaki (si suami) mengelak.

Sebenarnya banyak lagi gelagat kaum perempuan di dalam kereta, ini termasuklah bagaimana tudung mereka menjadi hands free - maksud Bro telefon bimbit diselitkan di celah-celah tudung.

Bab ini Bro puji sebab mereka kreatif. Cuba yang Bro tak tahan itu ialah konsentrasi mereka terganggu. Ini jelas apabila mereka memandu terlalu perlahan sehingga menyusahkan pemandu lain. Apabila kita bunyikan hon mulalah hendak buat muka tak menawan mereka.

Demikianlah serba sikit catatan Bro mengenai gelagat kaum perempuan ketika berada dalam keadaan.

Kalau nak catat lagi memang tak larat sebab banyak sangat gelagat mereka yang pelik-pelik termasuklah ada antaranya memandu sehingga badan kena stereng dan tak pakai kasut semasa memandu.

Kadang kala lucu juga Bro tengok sebab kalau berlaku apa-apa kecemasan Bro yakin dah pasti kelam-kabut nak cari kasut.

Apa pun Bro harap kaum perempuan tak marah dengan catatan-catatan ini, sebab kalau tak percaya tinjau-tinjaulah sendiri gelagat golongan kalian apabila berada di jalan raya.


*http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&;dt=1106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm




*gambar hiasan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2011 01:05 PM | Show all posts
suami saye mmg tak ske bcakap ble dlm, duk dgr radio je....so mmg sunyi sepi, kdg2 otak ke lain spai tersilap jalan la dan macam2...
bkn ppuan je tapi laki pun same... tu blum kire tgk cermin betul rambut....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2011 01:46 PM | Show all posts
aku drive mmg xpakai kasut..ntahla da tebiase..hehee pelik ke kalo drive xpakai kasut or selipar????
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2011 01:49 PM | Show all posts
hari tu nampak lelaki korek hidung dengan penuh perasaan dalam kereta kat belakang kereta i...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2011 01:51 PM | Show all posts
Reply 3# lashes



mmg pelik sedangkan masa driving skul dulu mmg wajib pakai kasut... bile dah dpt lesen, mcm mane leh automatik xnk pakai kasut tu?

pijak pedal ngn kaki ayam rase geli ar
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2011 01:52 PM | Show all posts
aku drive mmg xpakai kasut..ntahla da tebiase..hehee pelik ke kalo drive xpakai kasut or selipar???? ...
lashes Post at 6-11-2011 13:46


Ai kalau drive suka mengunyah....tak kira lah kacang ke....kuaci ke.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2011 01:53 PM | Show all posts
korek korek korek korek..........idong............
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2011 01:53 PM | Show all posts
pompuan betulkan tudung... mcm xde laki betulkan rambut kat dlm kete tu...

btw yg bnyk kemalangan ngeri, pemandu die kebanyakannya lelaki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2011 01:57 PM | Show all posts
Reply 6# jazaa


    i pun suka rempeyek ..kalau jam ke  well...mmg berguna betul rempeyek my mesra petronas ..iklan pulak
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2011 01:58 PM | Show all posts
my sis drives tak  pakai kasut ...saya pun hairan

kenapa  ye?

hehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2011 01:59 PM | Show all posts
aku drive kdng2 sempat pakai lipstick n lentik bulu mata...hihi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2011 02:00 PM | Show all posts
kalau tak sempat mekap ...biasa mekap masa panaskan enjin aja...touch up biasa2 ja...kekadang tak mekap langsung sebab nak kejar masa....kat opis baru mekap..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2011 02:10 PM | Show all posts
my sis drives tak  pakai kasut ...saya pun hairan

kenapa  ye?

hehe
mbhcsf Post at 6-11-2011 13:58


My friend ada sorang mcm ni mbhcsf....
dari habis belajor sampai dah anak berderet2 masih tak reti pakai kasut bila drive....  Ai dulu masa baru-baru dapat lesen, nak buat jugak mcm tu tapi dok teringat muka dia, & bila dah dari mula mcm tu, nanti jadi kebiasaan pulak.....susah nak hlangkan habit tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2011 02:17 PM | Show all posts
My friend ada sorang mcm ni mbhcsf....
dari habis belajor sampai dah anak berderet2 masih tak r ...
jazaa Post at 6-11-2011 14:10


hahaa..aku pun drive xpakai kasut..da jadik habit..hehee..kalo xpakai rase lain je..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2011 02:24 PM | Show all posts
ai selalu waktu driving ngan suami  cerita macam2 takmo bagi suami ngantuk...
suami ai suka je kut...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2011 02:27 PM | Show all posts
err...salah ke kalau pijak accelarator,brake tu tak pakai kasut...apa yg peliknya..saya antara drivers yg mmg berkaki ayam bila memandu ni, even suami pun sama pangai..rasa puas hati atau selesa bila kaki yg tak berkasut tu sentuh accelerator and brake..asal memandu dgn bijak dan tidak kurang ajar cukuplah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2011 02:36 PM | Show all posts
ada juga yg suke korek taik idung sambil tunggu lampu hijau menyala....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2011 02:42 PM | Show all posts
Stakat korek idung tu kira ok la lagi..aritu den tgh laju kat line kanan ader ke, tetiba kna break mengejut sebab ader keta tetiba masuk dari simpang u turn , pastu slow giler lak tu..ingatkan napa..rupanya tgh mkn nasik smbil drive..pastu leh buat muka tak bersalah lak tu.. :@
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2011 02:44 PM | Show all posts
Stakat korek idung tu kira ok la lagi..aritu den tgh laju kat line kanan ader ke, tetiba kna break m ...
dHoney Post at 6-11-2011 14:42



  hebat giler,......siap makan nasik sambil memandu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2011 02:46 PM | Show all posts
kalu sensorg dlm keta mesti mcm2 jadi........korek idong, kentut, sendawa, menguap, menyanyi, maki hamun (traffic jam), sms, telepon, menyanyi melalak (klu tinted gelap)..............


klu ada passanger lain, suma kontrol ayu.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 303783 Replies : 7504
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 13802 Replies : 185
Borak Idea yg blh jana side income
makitingBorak Idea yg blh jana side income
Views : 6769 Replies : 37
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 9623 Replies : 37
Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berkenaan negara dunia
Tinot7Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berk
Views : 8857 Replies : 56
Teka kerja apa
TomyamPutehTeka kerja apa
Views : 12144 Replies : 62
Lawak edisi PDPR
MistrezHermanazLawak edisi PDPR
Views : 22310 Replies : 88
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14948 Replies : 65
Siapa macam ni cepat mengaku!
SurfnsunSiapa macam ni cepat mengaku!
Views : 16662 Replies : 77
Hipokrit ?Rakyat Malaysia berbondong bondong ke Apple Store dekat TRX
YgBenarHipokrit ?Rakyat Malaysia berbondong bon
Views : 9143 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.218414 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list