View: 38469|Reply: 105
|
Segalanya Mengenai Sejarah Tamil
[Copy link]
|
|
Tamil merupakan sejenis etnik dari India Selatan dalam rumpunan kaum Dravida/Dravila. Etnik ini berperanan penting dalam sejarah Asia Tenggara sama ada di Tanah Besarnya atau di Kepulauan di sebelah selatan iaitu dalam wilayah negara moden Indonesia. Negara mereka pernah menyerang kerajaan2 penganut ajaran Buddha dan kerajaan2 penganut ajaran Islam di kawasan Segenting Kra dan Utara Sumatera dalam abad ke-10 M dan ke-11 M bagi memusnahkan laluan perdagangan di kawasan Selat Melaka dan laut Andaman.
Di Penang, etnik ini banyak berkahwin dengan campur dengan orang tempatan atau berbahasa Melayu dalam tekanan bunyi bahasa Tamil sesama sendiri dan menganut agama Islam atau Kristian selain bakinya beragama Hindu dengan bermacam2 jenis mazhab. Di Negeri Sembilan juga ada banyak. Di Malaysia ada tempat beribadat terbesar untuk penganut agama Hindu dari etnik Tamil iaitu di Batu Malai atau Batu Caves dalam negeri Selangor. Ada berhala dewa Kumara atau Murugan didirikan oleh wakil2 Kongres India Malaysia (MIC) yang bersekutu dengan pertubuhan Melayu Bersatu (UMNO) yang mewakili majoriti parlimen kebangsaan menandakan toleransi parti majoriti kepada penganut berbilang agama selain hubungan kebudayaan yang rapat muhibah adik-beradik. Setiap tahun dalam bulan2 Hindu akan dirayakan perayaan Thaipusam untuk memperingati dewa Kumara atau Shanmugavel anak lelaki dewa Siva.
Menurut pengiraan Yatra Koil Hindu India Selatan, negara2 Tamil ada terbahagi kepada beberapa negara
Negara2 Tamil
1. Chola Nadu ada 40 koil negara
2. Pandiya Nadu dengan 18 koil negara
3. Nadu Nadu, dua koil negara
4. Thondai Nadu, 22 koil negara
5. Malaya Nadu, 13 koil negara
6. Vata Nadu, 11 koil negara
Kerajaan Kayangan
Ada dua koil negara Tamil dalam negara kahiyangan dan dua2nya tiada di bumi tapi di atas kayangan.
Ringkasan Maklumat Etnik Tamil Malaysia
Etnik Tamil merupakan etnik yang berjati diri tinggi dan terbahagi kepada beberapa kasta walaupun bertutur bahasa Tamil. Walaupun mereka berbahasa Melayu sesama sendiri pun tetapi masih mengekalkan makanan tradisi seperti tose, kuah kacang dhal dan paruppu, nasi kandar (asal dari mamak Penang), kari, raasam dan lain2 masakan Tamil dan India Selatan. Etnik India Selatan yang mempunyai emak berketurunan Melayu atau yang beragama Islam walaupun bukan berbangsa Melayu dikenali sebagai Mamak atau orang Melayu sahaja. Ciri2 rupa Dravidia juga kelihatan walaupun ada juga yang mempunyai rupa yang nampak Mongoloid sedikit kerana ada percampuran pada zaman purba dengan kaum Bukit (Mongol) atau percampuran zaman moden dengan orang Cina atau orang Melayu.
Yang beragama Islam ada bermazhab Hanafi dan bermazhab Shafi'ie. Yang bermazhab Shafi'ie biasanya dari negeri Malabar atau negeri Malayalam/Kerala berjiran dengan Tamil Nadu di India sana. Yang beragama Kristian pula terbahagi kepada Ortodoks, Katolik, dan Protestan. Orang Tamil Ortodoks biasanya dari negeri Kerala/Malayalam. Aliran Ortodoks mereka terbahagi dua iaitu yang pertama sama dengan aliran orang Kristian Koptik Mesir dikenali sebagai Malankara Jacobites dan aliran Saint Thomas dari Gereja Parsi/Syria sejak zaman nabi Isa lagi. Yang beragama Kristian Katolik biasanya dikristiankan mubaligh Kristian Portugis atau mubaligh2 zaman moden. Sama juga macam orang Tamil beragama Kristian Protestan. Tidak kira beragama Hindu, Islam, atau Kristian, etnik yang bertutur bahasa Tamil ada terbahagi kepada beberapa kasta menurut dharma (tanggungjawab) walaupun ada pergerakan Tamil yang menentang kasta dan menentang Brahmin. Bukan semua Brahmin kaya, Brahmin kebanyakannya miskin sahaja.
Etnik Tamil tak terhad di India sahaja, mereka ada di merata2 negara termasuk juga di Thailand, Kemboja, Malaysia, Indonesia (Sumatera), Eropah seperti di Poland, Australia, Afrika, Sri Lanka dan AS. Bahasa mereka terbahagi kepada beberapa jenis seperti bahasa Telugu, bahasa Tamil, bahasa Malayalam, dan bahasa Kannada. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Golongan Vanniyar
Vanniyar merujuk kepada jenis2 manusia yang bertaburan di serata Tamil Nadu di mana mereka berbahasa Tamil. Ada juga yang berada di Kerala berbahasa Malayalam, di Andra Pradesh bertutur bahasa Telugu dan di Karnataka bertutur dalam bahasa Kannada.
Golongan Vanniyar yang dikenali sebagai Palli menjadi askar dan komander semasa dinasti Pallava berkuasa. Semasa zaman itu mereka dikenali sebagai Padayacchi. Setengah mereka masih mengekalkan jawatan mereka sebagai panglima walaupun sesudah kejatuhan raja2 Tamil.
Ada dua jenis kasta pecahan dari Vanniyar ini iaitu:
1. Malayaman
2. Cholanar
1. Malayaman merupakan satu bahagian dari kasta Uthayar di selatan daerah Arcot dalam negeri Tamil. Mereka ada dikaitkan dengan empayar Chola dan juga dengan orang Kodava melalui perkahwinan.
2. Cholanar dianggap sebagai keturunan maharaja2 dinasti Chola. Shanmugam Mayyappan dalam bukunya Adat Kahwin Shitambaram menyatakan bahawa memang adat raja2 Chola mencukur rambut kepala mereka di koil. Sekarang ni semua orang pun mencukur kepala di koil. Dalam buku Kasta2 dan Puak2 India Selatan, Edgar Thurston menyatakan bahawa ada satu upacara pelik yang diamalkan di koil Shitambaram di tangga menghala ke kawasan suci. Sebaik sahaja anak sulung suatu keluarga itu berkahiwn dia dan isterinya akan diiringi oleh vellala tempatan berpasangan ke kawasan suci. Di sana homam akan diangkat dan sembahan akan dibuat. Mampelai akan disapu dengan sembilan jenis air suci dan vellala akan meletakkan mahkota koil atas kepala mempelai.
Di India kini, golongan Vanniyar dianggap sebagai kasta dan puak yang terkebelakang dan ketinggalan. Di negeri Tamil, mereka dikelaskan sebagai golongan Kesatria Vanniakula. Ia masih lagi dalam kasta yang ketinggalan walaupun dari golongan Kesatria menduduki kedudukan kedua dalam masyarakat triwangsa.
Nama2 Keluarga Vanniyar
Tamil Nadu
1. Gounder
2. Padayatchi
3. Naicker
4. Reddiar
5. Kandar, Kander
6. Palli
Kesatuan Negeri Jajahan Perancis Pondicherry, India
1. Vanniar
2. Reddiar
3. Padayatchi
Negeri Karnataka
1. Thigala
2. Thigalaru
i. Hebbar, Hebber
ii. Banjara
iii. Lampani
iv. Nayakar
Negeri Andhra Pradesh
1. Anamuk
2. Aray
3. Bavuri
4. Palli
5. Agnikula
6. Vannivakula
7. Vanne Kapu
8. Vanne Reddy
Negeri Kerala
1. Kuravan
2. Sithanar
3. Balija Reddiar
Ada 92 lagi nama2 kecil atau kasta kecil merujuk kepada masyarakat Kesatria Vannia Kula. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sejarah tamil plak... |
|
|
|
|
|
|
|
sapa nak start gadoh2?gua tgh bosan ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HangPC2 at 11-1-2012 11:41
semoga ada pencerahan yang lebih detail mana datangnya Bangsa Mamak (India Muslim) dengan Hindu (Tamil) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hai takkan Melayu aja nak sejarah Nusantara. Tamil pun mau la jugak kan 1Malaysia kesian mamak Penang ngan mamak Nogoie pon nak interframe sama, ammak
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by genot at 11-1-2012 18:00
-bumps low connection- |
|
|
|
|
|
|
|
Tamil Muslim
Tamil Muslim merujuk kepada orang yang bertutur bahasa Tamil sebagai bahasa ibunda mereka tetapi beragama Islam. Di Malaysia mereka diwakili oleh peratusan lebih kurang 2.6% manakala di Singapura ada lebih kurang dalam 20,000. Tamil Muslim kebanyakannya terlibat sebagai pedagang2 di bandar berbanding menjadi petani. Di Asia Tenggara ramai juga diaspora Tamil Muslim dan kewujudan mereka dikesan sejak abad ke-13 M lagi. Lewat abad ke-20 pun mereka melebar sampai ke Amerika Utara dan Eropah Barat. Di Myanmar, Tamil Muslim dikenali sebagai Chulia. Di Malaysia, mereka dikenali sebagai Mamak manakala di Afrika Selatan dikenali sebagai Ratha.
Golongan Tamil Muslim boleh dikenali dengan bahasa Tamil dan agama Islam. Mereka boleh jadi didaftarkan dengan pengenalan pelbagai jenis etnik mengikut negara mereka selain mereka berbahasa Tamil. Di Malaysia, ia disebabkan oleh percampuran orang Tamil Muslim dengan bangsa lain seperti orang Melayu di negeri2 di Malaysia kerana ramai juga wanita Melayu misalnya di Penang berkahwin dengan lelaki Tamil atau lelaki keturunan peranakan Tamil berkahwin dengan wanita Melayu lalu anak2 akan didaftarkan sebagai Melayu menurut sistem negara-bangsa (nation-state). Hal ini tidak lah menghairankan sebab di Britain juga begitu, orang Pakistan generasi kedua atau ketiga pun memanggil diri mereka sebagai British tetapi mereka masih memakai baju Pakistan mereka dan mengikut adat2 Pakistan. Golongan Tamil Muslim akan berkahwin campur dengan bangsa lain bagi manfaat perdagangan dan beradaptasi dengan kehidupan sekitar. Mereka dikenali dengan nama keluarga seperti Packer, Labbai, Marakayar, Rawther, atau Mamak (di Malaysia).
Upacara kahwin orang Tamil Muslim biasanya mapple lelaki akan membayar contohnya 10,000 kepada bakal bini manakala bakal bini akan pulangkan semula kepada mapple lelaki itu 100,000 menurut adat seperti adat Hindu. Tamil Muslim tak mengamalkan poligami mereka cuma berbini satu sahaja dan yang lelaki berkhatan menurut ajaran Islam. Semasa berkahwin wanita Tamil Muslim akan diikat dengan thali seperti adat Hindu tetapi thali itu dikenali sebagai Karugamani. Ia diikat oleh keluarga perempuan yang tertua di leher pengantin perempuan. Wanita Tamil Muslim memakai Thupatti atau jenis tudung India. Mereka tak pakai burka hitam macam orang Muslim India Utara yang berbahasa Urdu. Hampir kesemua orang Tamil Muslim pergi ke Dargah untuk ziarah kubur wali2 keramat. Zaman ini sudah ada pergerakan Tabligh jadi ada kesedaran juga untuk tak berbuat benda haram di Dargah hasil penglibatan orang pergerakan Tabligh dari India Utara.
Di Malaysia ada restoran Mamak dan juga kedai2 runcit Mamak yang mendominasi pasaran semasa. Orang ramai seperti orang Melayu suka juga makan2 dan lepak2 di restoran Mamak menonton bola malam2 sambil bersorak2. Orang Singh jarang sekali dijumpai makan di kedai makan mamak di Malaysia kerana orang Singh ada kedai makan sendiri yang tertutup. Di pusat kerajaan Persekutuan di Putrajaya seperti di Presint 9 kedai makan mamak dan kedai runcit mamak mendominasi pasaran juga. Misalnya ada kedai runcit an-Naz Maju yang ada 2-3 cawangan di kawasan Presint yang sama. Ada dua cawangan kedai runcit al-Salam dimiliki oleh Mamak dari India Selatan (bukan warganegara Malaysia passport India) di Presint 9. Di Penang pun ada restoran Mamak di merata2 dan boleh didapati dengan mudahnya di Georgetown, di kawasan Bukit Gambir seperti restoran Khaleel dan restoran Istimewa Nasi Kandaq, di Sungai Dua seperti Restoran Pelita dan restoran Subaidah. Mereka juga mengupah pekerja migran seperti dari Bangladesh, India, dan Indonesia sebagai pelayan atau tukang masak. Di India negara mereka sendiri pun mereka sudah membuka cawangan tetapi cawangan mereka yang mula2 sekali adalah di Malaysia. Jadi hal ini menarik ramai golongan Tamil Muslim menjadi ekspatariat restoran Mamak dan kedai runcit di Malaysia, Laos dan Singapura.
Tamil Muslim juga terbahagi kepada penutur bahasa Tamil, bahasa Malayalam (Kerala/Malabar), dan penutur bahasa Melayu bagi kes yang berasimilasi atau anak2 perkahwinan campur dengan wanita Melayu. Mereka biasa menghantar anak2 ke Masjid2 dan Madrasah2 India di Malaysia dan akan mengajarkan anak2 mereka bahasa Tamil dan agama menurut mazhab Hanafi (orang Tamil) dalam bahasa Tamil jadi anak2 mereka fasih berbahasa Tamil dan berbahasa Melayu. Mereka juga pandai memasak makanan India Selatan dan berminat dengan makanan2 tradisional Tamil serta menonton filem2 Tamil. Sebilangan juga menonton filem2 Hindustan dan cuba berbahasa Urdu/Hindi atas pengaruh Islam dari India Utara. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berkenaan restoran mamak, saya ada terbaca dulu kat mana ntah yang bukan semua restoran mamak ni dikendalikan oleh orang Islam Tamil / Mamak, ada juga orang Hindu Tamil yg operate restoran mamak ni tapi berpakaian cara islam seperti pakai kopiah, gantung kalimah Bismillah dsb.... Kalau nak detect, kata sumber tersebut, cuba mintak gulai lembu atau kari lembu, sbb kalau Hindu dia takkan sanggup hidangkan daging lembu.... tapi tak pasti la boleh pakai ke tak cara ni.... Ada sesapa nak bg pandangan? |
|
|
|
|
|
|
|
Berkenaan restoran mamak, saya ada terbaca dulu kat mana ntah yang bukan semua restoran mamak ni dik ...
din88 Post at 12-1-2012 10:01
Pernah dengar jugak satu restoran kat Sek7 tu tapi ramai gak yg pergi walaupon cerita macam2. |
|
|
|
|
|
|
|
Tamil Muslim juga terbahagi kepada penutur bahasa Tamil, bahasa Malayalam (Kerala/Malabar), dan penutur bahasa Melayu bagi kes yang berasimilasi atau anak2 perkahwinan campur dengan wanita Melayu. Mereka biasa menghantar anak2 ke Masjid2 dan Madrasah2 India di Malaysia dan akan mengajarkan anak2 mereka bahasa Tamil dan agama menurut mazhab Hanafi (orang Tamil) dalam bahasa Tamil jadi anak2 mereka fasih berbahasa Tamil dan berbahasa Melayu. Mereka juga pandai memasak makanan India Selatan dan berminat dengan makanan2 tradisional Tamil serta menonton filem2 Tamil. Sebilangan juga menonton filem2 Hindustan dan cuba berbahasa Urdu/Hindi atas pengaruh Islam dari India Utara.
genot Post at 11-1-2012 17:58
Bagusnya depa nih..sebenarnya beruntung jadi Tamil Muslim. No wonder la perempuan Melayu ramai kawin ngan Tamil....
Genot ceritakan gak pasal perkataan Keling... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# nobito
aku macm tahu jer restoran tuu...klu yg aku fikir yg tuh sma mcm ko ade gak member aku yg terkena/ternampak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply nobito
aku macm tahu jer restoran tuu...klu yg aku fikir yg tuh sma mcm ko ade gak member a ...
soptg Post at 12-1-2012 10:48
Lecturer aku la citer...actually towkey je Hindu tapi yang masak Muslim...kira x pe la kot
Tapi Melayu pon ramai je yang makan kat restoran Cina Kapiaq...pernah tengok dalam satu rancangan kat TV1 |
|
|
|
|
|
|
|
dari Thread Kisah Nabi belah bulan..ade bukti arkeologi!
http://mforum.cari.com.my/viewth ... .ade%2Bbukti%2Barke
Kerala dengan kedudukannya yang stategik di pantai Barat India menggalakkan pengaruh yang berterusan dari negeri Arab dan Barat. Pantai Malabar telah ada hubungan perdagangan Negara Timur Tengah dan Greece dari zaman dahulu lagi. Kodungallur yang pada masa itu dikenali sebagai Muziris merupakan pelabuhan utama Malabar ketika itu. Oleh yang demikian tidaklah menghairankan kalau dikatakan bahawa Islam telah dibawa ke situ oleh pedagang Arab pada masa hayat Nabi Muhammad SAW lagi.
Ahli sejarah masih belum bersependapat tentang masa sebenar Agama Islam mula sampai ke tanah Malabar. Walau bagaimanapun ramai diantara mereka telah menerima legenda Cheraman Perumal sebagai sebahagian dari sejarah.
Perumal adalah pemerintah dinasti Chera .Terdapat perbezaan pendapat samada mereka dipilih oleh ketua kerajaan-kerajaan lain, dipilih oleh Orang Brahmin, atau oleh wakil Raja-raja Chola atau Pandiya. Mereka mulanya dipilih untuk 12 tahun tetapi kemudiannya untuk masa yang lebih lama.
Cheraman Perumal adalah pemerintah terakhir kerajaan Chera. Setelah itu ianya berpecah dan diperintah secara berasingan. Ini dikatakan telah berlaku antara kurun ke 7 dan 9 atau kurun ke 12 mengikut cerita yang lain.
Raja Ceraman Perumal telah menerima sepucuk surat dari Rasulullah SAW pada tahun Masehi 628, yang menjemput beliau memeluk agama Islam. Raja tersebut kemudian telah mengembara ke Mekah dan memeluk agama Islam di hadapan Rasulullah SAW sendiri. Nama Islam beliau ialah Tajuddin. Beliau merupakan orang Malabari pertama yang memeluk agama Islam.
Menurut Sheikh Zainuddin Al Malbari, Cheraman telah membahagikan negerinya ke 12 bahagian sebelum berlepas ke Mekah.
Beliau dikatakan telah meninggal dunia pada tahun 10 hijrah di Shakar Mukhalla di Yaman semasa dalam perjalanan pulang
Sources : http://e-malabari.net/historym113.shtml
BILA BULAN MUNCUL
OLEH ASAL TURABIY
Namanya Raja Chakrawati Farmas. Sebenarnya ini kisah tradisi lama dari daerah Malabar, India. Cerita ini juga ada ditulis dalam hadith yang diriwayatkan dari sahabat Nabi, antaranya dari Abu Said al Khudri. Satu malam Raja Chakrawati telah menyaksikan peristiwa bulan terbelah, malam ketika Nabi membelah bulan. Raja sendiri telah lama belajar dari kitab-kitab bahawa seorang Nabi akan diutuskan dari Semenanjung Arab. Menyaksikan kejadian yang ajaib ini, Raja Chakrawati tahu yang masanya telah tiba. Segera Raja menyerahkan takhta kerajaan kepada anaknya dan menyediakan peralatan belayar untuk pergi menemui Rasulullah. Sepanjang perjalanan Raja Chakrawati telah berhenti di Koylandi, kemudian di Dharmapatnam dan berhenti di situ selama 3 hari. Kemudian barulah Raja meneruskan perjalanan ke Shahr Muqalla. Raja masuk Islam di tangan Rasulullah sendiri. Setelah mendapat hidayah, Raja berhasrat untuk berdakwah di negerinya. Rupanya, Allah lebih sayang pada pencinta kebenaran ini. Sebelum sampai di Malabar, Raja Chakrawati mangkat di pelabuhan Zafar di Yaman, di mana batu nisan Raja India masih lagi dilawati orang sejak berkurun zaman.
Sources : http://bravopro67.blogspot.com/2007/04/bila-bulan-muncul.html
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah Tamil
Sungguh pun Malaysia mempunyai pelbagai kaum seperti ini dengan dasar kepelbagaian budaya (multiculturalisme) menurut model kemasyarakatan British namun ia bukan lah sesuatu yang patut dimalukan pun. Harus lah difahami Malaysia adalah negara moden yang wujud selepas zaman imperialisme empayar negara2 Barat sama halnya dengan negara2 lain di Asia Tenggara dan di dunia seperti Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, India, Pakistan, Singapura, dan sebagainya.
Sesuatu yang berbeza di Malaysia adalah Malaysia ada sekolah Tamil yang dibiayai oleh kerajaan dan disokong juga oleh pertubuhan2 mewakili orang Tamil dalam kerajaan. Dengan ada sistem pendidikan sebegini juga Malaysia dapat berhubungan diplomasi dengan negara2 seperti India dengan mudah. Selain itu, industri perfileman Tamil dari India juga berminat untuk mengadakan pengambaran dengan latarbelakang tempat2 di Malaysia walaupun Malaysia kekurangan tempat kebudayaan bersejarah akibat tidak diberi tumpuan oleh pihak berwajib.
Sekolah Tamil sudah dibina oleh pihak pentadbir British yang mengambil berat akan pendidikan penduduk dalam bahasa ibunda masing2. Sebenarnya di Britain halnya juga begitu bukan hanya di tanah jajahan sehingga ada parti nasionalis British seperti British National Party yang mewakili pertubuhan2 kaum kulit putih Britain pun sering mengecam hal ini terhadap kerajaan mereka. Sekolah Tamil pertama dengan sistem pendidikan tersusun di Semenanjung Tanah Melayu adalah di Penang Free School (1816) ditubuhkan oleh Reverend Hutching. Kemudian Anglo-Tamil School di Melaka (1850) dan di Kuala Lumpur (1896). Sekolah Tamil Thambooswamy ditubuhkan di Kuala Lumpur tahun 1905. Sekolah Tamil Appar dibina oleh Swami Athamaram tahun 1937. Tahun 1923, pentadbiran British negeri2 bersekutu meluluskan Kod Buruh (Labour Code) membolehkan pembinaan sekolah2 Tamil di seluruh estet untuk pekerja2 ladang dari jajahan di Tamil Nadu. - sumber thanyaaram
Jika dibandingkan dengan negara2 sekeliling seperti Indonesia, pemandangan sebegini memang lah tidak kelihatan kecuali kalau ada sekolah antarabangsa. Sekolah antarabangsa tidaklah disokong oleh sistem pendidikan negara itu. Di Malaysia lain halnya. Anak2 etnik Tamil di Malaysia tidak mengira agama boleh mendapatkan pendidikan rendah selama enam tahun di sekolah2 rendah jenis kebangsaan Tamil dan kemudian memilih untuk masuk ke aliran menengah kebangsaan sahaja apabila ke sekolah menengah bermula usia 13 tahun atau tingkatan satu. Ada juga sekolah menengah jenis kebangsaan Tamil tetapi tidak sebanyak sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil. Kebanyakan etnik Tamil di pekan2 tidak mengira agama fasih sahaja bahasa Melayu Malaysia, bahasa Melayu negeri2 atau bahasa Inggeris. Yang tinggal di estet2 masih lagi kurang fasih bahasa Melayu kerana mereka tidak mendapat laluan bagi pendidikan tinggi, bukan salah mereka tetapi akibat kehidupan dan persekitaran sahaja.
Sekolah Tamil di estet getah 1920-an
Lencana Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Dengan keadaan ini juga etnik2 lain di Malaysia boleh belajar bahasa negara asing dan dapat berhubungan perniagaan dengan negara2 lain sama ada secara individu atau melalui agensi2 kerajaan yang membantu perniagaan, hahaha. Ada juga etnik lain yang bersekolah di sekolah Tamil seperti etnik orang asli dan orang Melayu. Penduduk Malaysia jugak tidak bongok kerana boleh membaca rekod2 sejarah negara luar seperti rekod sejarah lampau contohnya rekod serangan Cholanagaram ke atas negara2 purba di Sumatera Utara atau di Segenting Kra pada abad ke-10 M dan abad ke-12 M. Siapa2 ada maklumat tambahan sila lah bincangkan lagi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wangsa Tamil Chola
Pengenalan
Wangsa Chola merupakan dinasti negara Tamil purba yang memerintah paling lama di kawasan selatan benua India. Rujukan awal dinasti orang Tamil ini ada di batu bersurat abad ke-3 SM ditinggalkan oleh maharaja Asoka dari empayar Maurya. Wangsa Chola terus ditadbir dengan melangkaui beberapa kawasan menurut abad sampai abad ke-13 M.
Kawasan ibukota Chola merupakan lembangan subur di sekitar sungai Kaveri. Wangsa Chola memerintah kawasan luas semasa mereka berada di zaman kegemilangan sekitar hujung abad ke-9 M sampai awal abad ke-13 M. Seluruh kawasan selatan Tungabhadra disatukan dan menjadi satu negara dalam dua abad dan selepasnya. Wangsa Chola Tamil ini menjadi satu dinasti yang bersifat ketenteraan di bawah perintah Rajaraja Chola I dan anakanadanya Raja Vira Rajendra Chola I. Mereka meluaskan pengaruh ekonomi, ketenteraan dan kebudayaan sehingga ke kawasan Asia Tenggara termasuk lah juga di kawasan Nusantara. Disebabkan hal ini Chola Tamil bukan lagi merupakan satu negara sahaja, tetapi mencapai tahap empayar apabila mereka juga diakui di sebelah timur. Raja Virarajendra Chola I berjaya merampas dan menggulingkan kuasa kelautan di Asia Tenggara iaitu empayar Srivijaya serta menghantar wakil ke benua China di sebelah Timur. Majapahit Jawa mungkin juga jadi tempe dengan Tamil Cholan ini maka tidak kedengaran bunyi mereka masuk ke India sebagai penjajah pun cuma berani dengan serumpun angkat bata nya saja
Ketika abad ke-10 sampai ke-12 M, wilayah Cholanagaram melebar dari kepulauan Maldives di selatan sampai ke utara di benua India di sungai Godavari di Andhra Pradesh. Rajaraja Cholan menakluki semenanjung India Selatan dan menakluki kawasan2 Sri Lanka serta mengalahkan pemerintah Pala di Pataliputra dalam kerajaan Mahipala. Rajaraja Chola juga berjaya menakluki kerajaan2 di di sebelah Barat Indonesia zaman moden ini dan negara2 purba orang Melayu di sekitar Asia Tenggara.
Wangsa Cholan mula mengalami kejatuhan abad ke-13 M apabila kerajaan Tamil Pandiya pula muncul. Kerajaan Tamil Pandiya menyebabkan Cholanagaram jatuh. Cholanagaram meninggalkan warisan kesusateraan yang tinggi kerana mereka melindungi kesusateraan Tamil purba dan juga rajin membina koil2 jadi orang Tamil mempunyai kepakaran dalam bidang senibina. Raja2 Chola merupakan pembina koil yang terkenal dan menjadikan koil2 bukan sahaja tempat memuja dewata tetapi juga sebagai pusat kegiatan ekonomi. Mereka merintis bentuk pentadbiran kerajaan berpusat dan menubuhkan sistem birokrasi berdisiplin. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusnya depa nih..sebenarnya beruntung jadi Tamil Muslim. No wonder la perempuan Melayu ramai kawin ngan Tamil....
nobito Post at 12-1-2012 10:30
Ramai ko kata ? Hahahaha. Aku rasa ko mesti tengah alami sindrom pra-haid minggu nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by genot at 12-1-2012 17:32
Peta Pengaruh Kerajaan Tamil Cholan kurun ke-10
Warna merah jambu menunjukkan kawasan yang diserang dan ditakluki oleh kerajaan Tamil Cholan. Kawasan berwarna biru muda itu adalah kawasan negara Tamil Cholan. Garisan menunjukkan laluan perdagangan negara Tamil Cholan ke Timur. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by genot at 12-1-2012 17:40
Peta tak masuk buang masa ja tempet. Kawasan di Asia Tenggara yang ditakluki oleh tentera Tamil Chola dalam abad ke-10 sampai ke-12 ialah:
1. Pegu
2. Chaiyya dan negeri2 Selatan Thai (wilayah Srivijaya)
3. Seluruh Semenanjung Tanah Melayu (wilayah Srivijaya)
4. Seluruh Pantai Timur Pulau Sumatera termasuk Panai (wilayah Srivijaya)
5. Pulau2 Andaman
Kawasan ditakluki askar Tamil Cholan di benua India di zaman moden meliputi:
1. Dinasti Pala, Vangadesham (Bangladesh)
2. Odda
3. Kalingga
Negara Tamil Cholan pada abad ke-10 meliputi kawasan zaman moden di:
1. Negeri Kerala
2. Tamil Nadu dan Kesatuan Jajahan Perancis Pondicherry
3. Andhra Pradesh
4. Sri Langka
|
|
|
|
|
|
|
|
great article |
|
|
|
|
|
|
| |
|