CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33083|Reply: 528

Isu Lynas-Loji Lynas sedia beroperasi dalam tempoh tiga minggu- MCA Bantah Kilan

  [Copy link]
Post time 24-2-2012 03:52 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by along3746 at 4-4-2012 11:27

Polis benar perhimpunan anti-Lynas di lokasi alternatif


Aidila Razak
12:37PM Feb 24, 2012






Himpunan Hijau 2.0 anti-Lynas Ahad ini akan diadakan di Padang MPK4 - yang terletak di hujung jalan dari tempat asal yang dijadual sebelum ini, di Kuantan.


Padang tersebut, yang juga dikenali sebagai Padang Kemuntin Gambang terletak beberapa ratus meter dari tempat asal, berhampiran Hospital Tengku Ampuan Afzan di Jalan Kuantan-Gambang.

Menurut ahli jawatankuasa pemandunya, Clement Chin, ia diputuskan selepas perbincangan selama sejam dengan pihak polis Pahang pagi ini.

"Pihak polis bersetuju untuk menyediakan bantuan, kawalan keselamatan dan lalulintas untuk perhimpunan tersebut, mengikut Akta Perhimpunan Awam yang baru," katanya ketika dihubungi.

Menurut Chin, tempat baru itu, "yang hanya di hujung jalan dari padang MPK1", boleh menampung jumlah yang sama dan pada tahun lepas, telah digunakan untuk sambutan perayaan hari Kemerdekaan.

Antara mereka yang mewakili polis Pahang ialah Ketua Polis Negeri, Datuk Sharifuddin Ab Ghani dan Ketua Polis Daerah Kuantan, Jasmani Yusoff.

Penganjur menganggarkan kehadiran 20,000 orang, manakala PAS berjanji menggerakkan 10,000 ahlinya, termasuk dari negeri jiran Terengganu.

"Kita tidak mahu sesiapa mendapat kecederaan. Kami akan berhimpun secara aman tanpa kekerasan serta memastikan orang ramai mematuhi undang-undang.

"Perhimpunan kami sebelum ini telah dicemari oleh gangguan dari kumpulan pro-Lynas," katanya.

Menurutnya, pihak penganjur bagaimanapun kesal dengan tindakan Majlis Bandaran Kuantan (MPK).

MPK sebelum ini enggan untuk mempertimbangkan permohonan pihak penganjur untuk menggunakan padang MPK1, tanpa surat sokongan dari polis.

Semalam, MPK memagar padang tersebut, dengan alasan ia sedang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian sebagai persediaan untuk Sukan Malaysia (Sukma).

"Tetapi Sukma ialah pada bulan Jun! Mereka boleh sekurang-kurangnya benarkan kami guna padang tersebut pada hari Ahad," kata Chin.

Perhimpunan itu - kedua sejak September lalu - akan berlangsung selama tiga jam, mulai 9.30 pagi. Perhimpunan perpaduan turut dianjurkan di negeri-negeri lain, termasuk di ibunegara Kuala Lumpur.

Susulan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) - antara NGO menyokong himpunan itu -- dalam kenyataannya berkata, rakyat yang akan hadir tidak mempunyai pilihan dan "akan melimpah" ke seluruh jalan raya di bandar Kuantan.


*http://www.malaysiakini.com/news/190147
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2012 03:55 PM | Show all posts
Apa apa pun, harap dapat berhimpun secara aman..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2012 03:55 PM | Show all posts


Anwar, pimpinan utama PKR hadir ke Himpunan Hijau 2.0


Jimadie Shah Othman
8:31AM Feb 24, 2012




Majoriti barisan kepimpinan PKR yang akan diterajui oleh ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir ke perhimpunan membantah projek nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Kuantan Ahad ini.

Setiausaha agungnya Datuk Saifuddin Nasution berkata, bagi tujuan itu mereka mengubah lokasi temurapat atau pemukiman yang sepatutnya diadakan di Lumut ke bandar itu.

“Kita juga kosongkan aktiviti pemukiman pada waktu perhimpunan itu bagi membolehkan mereka (peserta pemikiman) turut serta (berhimpun),” katanya ketika ditanya sokongan PKR pada perhimpunan hijau itu.

PAS – rakan gabungannya dalam Pakatan Rakyat – sebelum ini mengerahkan kira-kira 10,000 ahlinya  daripada 14 kawasan seluruh Pahang bagi membantah projek itu. Mereka dijangka diketuai Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Salahuddin Ayub.

Malah, PAS Terengganu – negeri bersebelahan Pahang – memberitahu Malaysiakini, kepimpinan tertinggi negerinya akan hadir bersama kebanyakan penyokong daripada daerah berdekatan seperti Kemaman dan Dungun.

Saifuddin juga memberitahu Malaysiakini semalam, sebahagian besar daripada kira-kira 130 peserta pemukiman, terdiri daripada kepimpinan tertinggi parti akan turut serta.

Katanya, arahan juga telah diberikan kepada semua ahli PKR, khususnya di Pahang dan sekitar Kuantan untuk turun bagi memeriahkan perhimpunan itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Saifuddin juga berkata beliau telah mengeluarkan arahan kepada semua anggota PKR di seluruh Malaysia umumnya untuk turut sama menyokong himpunan itu.

Temurapat atau permukiman tiga hari PKR bermula esok akan disertai semua anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), wakil rakyatnya dan ketua-ketua cabang terpilih daripada seluruh negara.

Himpunan Hijau 2.0 dijadual berlangsung di padang Majlis Perbandaran Kuantan pada 26 Februari mulai jam 9.30 pagi, meskipun semalam pihak berkuasa mula mendirikan pagar sekeliling padang berkenaan.

Ketika dihubungi, pengerusi jawatankuasa penganjur Wong Tack memberitahu Malaysiakini pagar yang didirikan tidak akan menghalang rakyat daripada berhimpun.

Apabila diberita bahawa majlis perbandaran Kuantan juga akan menganjurkan pertanding futsal pada hari yang sama, Wong sekadar menyambut baik dan berkata mereka boleh merancang bersama.

"Kami 100 peratus pasti akan menggunakan padang itu untuk berhimpun. Kami hanya ada pelan A, tidak ada pelan B,” katanya dalam nada yang cukup tegas.

Di tanya sama ada hadirin akan merobohkan pagar dan merempuh ke padang, Wong tidak memberikan jawapan secara langsung.

Katanya, rakyat yang hadir mungkin terpaksa menukar rancangan dan turun ke jalanan kerana didesak berbuat demikian oleh kerajaan.

“Harapan kami, hanyalah benarkan kami berhimpun secara aman selama dua jam setengah di padang itu,” katanya lagi.

Selain di Kuantan, pelbagai lagi program serentak di beberapa bandar raya besar, termasuk Kuala Lumpur akan diadakan pada Ahad ini sebagai solidariti membantah kilang memproses nadir bumi itu.

PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2012 03:56 PM | Show all posts
harap tak de samseng2 UMNo buat kacau kat perhimpunan aman ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 03:56 PM | Show all posts
MPK sebelum ini enggan untuk mempertimbangkan permohonan pihak penganjur untuk menggunakan padang MPK1, tanpa surat sokongan dari polis.

Semalam, MPK memagar padang tersebut, dengan alasan ia sedang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian sebagai persediaan untuk Sukan Malaysia (Sukma).

"Tetapi Sukma ialah pada bulan Jun! Mereka boleh sekurang-kurangnya benarkan kami guna padang tersebut pada hari Ahad," kata Chin.
along3746 Post at 24-2-2012 15:52


punya laa busuk hati MPK ni...nanti kalo ade kebocoran kt Lynas dorang gak yg kena..bengong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2012 03:58 PM | Show all posts
26 NGO Pahang bantah Himpunan Hijau 2.0


6:31PM Feb 21, 2012


Sebanyak 26 badan bukan kerajaan di Pahang membantah Himpunan Hijau 2.0 yang didalangi pembangkang yang menentang operasi syarikat Lynas Advance Material Plants yang telah diberikan lesen beroperasi sementara.

Jurucakap semua NGO itu, Wan Emril Nizam Wan Embong, berkata himpunan yang dirancang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 di Kuantan pada Ahad ini, akan menimbulkan masalah keselamatan dan ketenteraman awam.

"Satu laporan polis dibuat hari ini bagi pihak 26 badan bukan kerajaan di Pahang yang mempunyai keahlian lebih 50,000 orang bagi membantah perhimpunan berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan hari ini.

Wan Emril Nizam, yang juga Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang, berkata pelbagai penerangan telah dibuat oleh kerajaan mengenai operasi kilang itu yang telah diakui selamat oleh pakar-pakar dalam bidang berkenaan.

"Perhimpunan itu lebih bermotifkan politik dan hanya mahu menggugat soal keselamatan dan ketenteraman awam," katanya.

Beliau berkata majoriti penduduk di sekitar Kuantan tidak bersetuju dengan penganjuran himpunan itu kerana ia menimbulkan rasa kurang selesa selain akan turut memberi gambaran negatif kepada pihak luar.

Ketua Penerangan PERKASA Pahang Muhammad Faiz Hashim pula berkata perhimpunan berkenaan bermotifkan politik semata-mata.

"Kita perlu dengan cakap pakar dan jangan dengar dakwaan oleh pihak-pihak yang kurang mahir mengenai perkara berkenaan," katanya.

Muhammad Faiz berkata Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) sebelum ini telah menegaskan bahawa keputusan meluluskan pemberian lesen kendalian sementara kepada syarikat Lynas dibuat selepas mengambil kira semua aspek.

Katanya Ketua Pengarah AELB, Datuk Abdul Aziz Raja Adnan telah menjelaskan bahawa antara perkara yang diberi perhatian ialah aspek keselamatan, standard dan peraturan serta garis panduan yang ditetapkan termasuk di peringkat antarabangsa.

"Jadi operasi syarikat itu akan dikawal rapi memandangkan lesen itu adalah sementara dan bukannya lesen terbuka kepada Lynas Advanced Materials Plant untuk beroperasi di Gebeng, " katanya.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2012 03:58 PM | Show all posts
silalah berhimpun ngan aman...harap2 aku tak terberanak time nih...buatnya jalam jem kat area spital nun
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 04:01 PM | Show all posts
Adakah perhimpunan ini MOTIF UTAMA nya ialah politik, bukan kesedaran alam sekitar?

Susah betul lah Malaysia ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2012 04:44 PM | Show all posts
Polis Beri Kebenaran Kepada Himpunan Hijau 2.0


KUANTAN: Polis pada Jumaat memberi kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan Himpunan Hijau 2.0 di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4 pada Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Superitendan Mohd Jasmani Yusof berkata, pihak terbabit boleh mengadakan perhimpunan berkenaan tetapi bersyarat.

"Menerusi perjumpaan dengan penganjur pada 10 pagi tadi, kami telah menjelaskan syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Antaranya perhimpunan itu hanya boleh bercakap mengenai perhimpunan hijau sahaja selain mereka yang hadir tidak boleh membawa senjata dan benda tajam," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Selain itu, beliau berkata tempoh untuk mengadakan perhimpunan itu hanya dibenarkan bermula pada 10 pagi sehingga 12 tengah hari sahaja.

Menerusi perjumpaan itu juga, katanya penganjur bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk di sekitar Kuantan selain mengelak berlaku kesesakan.

Mengenai perubahan tempat, Mohd Jasmani berkata, MPK tidak dapat memberi kebenaran untuk menggunakan padang MPK 1 berikutan pengubahsuaian padang berkenaan untuk persiapan temasya Sukan Malaysia.

"Polis telah mencadangkan tempat penganjuran diubah ke padang MPK 4,Kemunting dan telah dipersetujui oleh MPK serta penganjur," katanya.

Beliau turut menjelaskan kebenaran kepada penganjur itu bukan satu permit yang dikeluarkan polis tetapi kebenaran mengikut Akta Himpunan Aman.

Sementara itu, anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata beliau akan memastikan perhimpunan itu berjalan dengan lancar dan aman dengan mengikut lunasundang-undang.

"Kita percaya semua pihak mahu ia berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi," katanya.

Selasa lepas, 26 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh Pahang membuat laporan polis membantah perhimpunan itu dengan alasan ia boleh menimbulkan masalah keselamatan dan ketenteraman awam.

Himpunan Hijau 2.0 bertujuan membantah operasi syarikat Lynas Advanced Material Plants yang diberikan lesen beroperasi sementara. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2012 04:48 PM | Show all posts


'Gelombang Hijau' melimpah ke ruang siber


Wong Teck Chi
4:20PM Feb 24, 2012




Dengan hanya tinggal kurang 48 jam akan berlangsungnya Himpunan Hijau 2.0, warga siber tempatan mewujudkan Facebook "gelombang hijau" dengan menukar gambar profil mereka kepada logo hijau anti-Lynas sebagai tanda sokongan kepada perhimpunan itu di Kuantan Ahad ini.

Malah, artis Cina tempatan - yang biasanya dilihat mengelak terbabit dengan isu-isu semasa - kali ini turut memperlihatkan keprihatinan mereka terhadap risiko alam sekitar yang timbul daripada penubuhan loji memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

Antara selebriti yang telah mengubah gambar profil mereka kepada logo hijau "Stop Lynas, Save Malaysia" ialah penyanyi
popular Michael Wong, yang kini menetap di Taiwan.

Selebriti lain termasuk Fish Leong, Yu Heng, Kah Jun, Will Ng, Danny One dan kumpulan tempatan DA.MON.STE yang tempatan.

"Saya rakyat Malaysia, saya tidak mahu radioaktif, saya tidak mahu nadir bumi," kata Ng dalam laman Facebooknya.

Manakala antara ahli politik yang turut menukar profail mereka ialah Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan ketua publisiti AMK, Lee Khai Loon.

Sementara itu, beberapa warga siber turut memuat-naik foto mereka memegang poster anti-Lynas.

Aktivis seni terkenal Chong Keat Aun adalah salah seorang
daripada mereka. Dia memuat-naik gambarnya dan Sami Rev Miao Zhan memegang poster di sebelah papan tanda Jalan Sultan yang berdepan dengan ancaman pengambilalihan tanah oleh kerajaan.

Kira-kira 20 pelajar Universiti Malaya juga menyatakan sokongan mereka dengan membawa poster "UM anti Lynas" di sekitar kampus mereka semalam.

Himpunan Hijau di padang MPK4 Kuatan akan berlangsung Ahad ini selepas pihak penganjur mendapat kebenaran polis Pahang pagi ini.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 04:56 PM | Show all posts
harap tak de samseng2 UMNo buat kacau kat perhimpunan aman ni..
along3746 Post at 24-2-2012 03:56 PM


harap hat Jalan Kebun tuh x turun
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 04:58 PM | Show all posts
aku tgk kat tibi, bangunan2 kat kedai2 di sekitar bandar semua dok pacak bendera warna hijau tanda sokong protes terhadap lynas...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 05:01 PM | Show all posts
Polis benar perhimpunan anti-Lynas di lokasi alternatif






Himpunan Hijau 2.0 anti-Lynas A ...
along3746 Post at 24-2-2012 15:52



    kalau nak buat kat padang rasanya takde masalah along... cuma agak susah nak kawal bila ada perhimpunan besar2an gini...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 05:05 PM | Show all posts
budak UM tu semua yg anti cha ya nun alif ja ka???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2012 05:09 PM | Show all posts
harap hat Jalan Kebun tuh x turun
NIXAR Post at 24-2-2012 16:56


dan aku harap PERKASA/PEKIDA tak pilih hari sabtu mlm ahad utk buat qiamullail kat masjid kuantan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 05:10 PM | Show all posts
budak UM tu semua yg anti cha ya nun alif ja ka???
lkick2113 Post at 24-2-2012 17:05


nak wat camno..yg melayu sume duk bz berdating sambil beranak dlm toilet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2012 05:15 PM | Show all posts


Polis benar perhimpunan anti-Lynas di lokasi alternatif
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2012 05:15 PM | Show all posts
MP Kuantan jamin himpunan aman
  
Sementara itu, anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh (bawah) berkata beliau akan memastikan perhimpunan itu berjalan dengan lancar dan aman dengan mengikut lunas undang-undang.
   
"Kita percaya semua pihak mahu ia berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi," katanya.
   
Selasa lepas, 26 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh Pahang membuat laporan polis membantah perhimpunan itu dengan alasan ia boleh menimbulkan masalah keselamatan dan ketenteraman awam.

Sementara itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) - antara NGO menyokong himpunan itu -- dalam kenyataannya berkata, rakyat yang akan hadir tidak mempunyai pilihan dan "akan melimpah" ke seluruh jalan raya di bandar Kuantan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 05:22 PM | Show all posts
dan aku harap PERKASA/PEKIDA tak pilih hari sabtu mlm ahad utk buat qiamullail kat masjid kuanta ...
along3746 Post at 24-2-2012 05:09 PM


hahahahahahahaha................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2012 10:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 291007 Replies : 7222
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 118270 Replies : 1567
Wanita Sanggup Tolak Gaji RM9,000 Sebab Tak Mahu Kerja Dengan ‘Type C’.Wajar atau tidak?
YgBenarWanita Sanggup Tolak Gaji RM9,000 Sebab
Views : 10391 Replies : 81
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 78650 Replies : 3262
Kelakar
NinaniKelakar
Views : 8792 Replies : 1
Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berkenaan negara dunia
Tinot7Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berk
Views : 8751 Replies : 48
Edisi tambah tacang: Bini2 Henry VIII
Tinot7Edisi tambah tacang: Bini2 Henry VIII
Views : 10424 Replies : 101
Edisi tambah tacang: WORLD HERITAGE SITES IN FRANCE QUIZ
Tinot7Edisi tambah tacang: WORLD HERITAGE SITE
Views : 7034 Replies : 37
Edisi tambah tacang: Yang terpaling
Tinot7Edisi tambah tacang: Yang terpaling
Views : 7430 Replies : 50
Edisi tambah tacang: Tempat lahir presiden-presiden US
Tinot7Edisi tambah tacang: Tempat lahir presid
Views : 5346 Replies : 61

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.092068 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list