Apabila polis Shandong menerima panggilan melaporkanbahawa terdapat mayat yang terapung di salah satu sungai di wilayah itu pada 11Julai, mereka tanpa berlengah terus menghantar 18 pegawai terbaik mereka ketempat kejadian.
Ketika polis bergelut untuk membawa mayat ke darat, khabarangin tentang kejadian penemuan itu tersebar dan lebih 1000 orangramai berkumpul, menghalang lalu lintas dan menyulitkan anggota bombadaripada sampai cepat ke tempat kejadian.
Akhirnya, 40 minit kemudian, polis China berjayamenggapai mayat itu. Namun usaha pihak polis sia-sia kerana ia bukan mayattetapi patung seks. Oleh kerana "mayat" itu terapung kira-kira 40-50meter dari tebing sungai, jadi adalah sukar bagi polis untuk melihat apa yangsebenarnya ada dalam sungai itu sehinggalah pihak polis berada lebih dekat.
kredit jennykaleyn.blogspot.com