CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4326|Reply: 26

Bayi kena sembelih di China

[Copy link]
Post time 8-8-2012 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Seorang bayi baru lahir yang ditemui dalam plastik di tempat pembuangan sampah dengan kesan kelar di leher dilaporkan semakin pulih, semalam.


Bayi perempuan itu ditemui bersama urinya yang masih melekat diselamatkan selepas seorang lelaki yang mencari barang lusuh terserempak dengan beg plastik berkenaan di bandar Anshan, Liaoning.

Penduduk tempatan menghubungi polis sebelum bayi terbabit dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal. Seorang saksi berkata, bayi itu masih bernafas dan denyutan jantungnya dapat dilihat.

“Seluruh tubuhnya berlumuran darah akibat kesan kelar di lehernya,” katanya. Polis berkata, doktor yang merawat bayi terbabit mendapati dia mengalami kecederaan parah akibat kelaran sepanjang lima sentimeter itu.

“Luka itu begitu dalam sehingga mencederakan saluran pernafasan bayi terbabit,” katanya. Doktor pula berkata, bayi malang itu mungkin mati serta-merta jika luka berkenaan terkena lebih dalam.

Sumber berkata, bayi terbabit mungkin mangsa dasar mengehadkan setiap keluarga memiliki seorang anak yang diamalkan di China.

Ia juga mungkin didorong kecenderungan pasangan suami isteri China yang gemar memiliki anak lelaki berbanding perempuan. Dipercayai bayi berkenaan lahir pramatang dan mungkin berusia antara 32 dan 24 minggi.

Kredit: http://www.arituarini.blogspot.com/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2012 09:57 AM | Show all posts
Kejam sangat la bunuh anak sendiri.
Pastu memilih nak anak lelaki je pulak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 10:05 AM | Show all posts
Kesian nyer...nak nagis tengok baby tuh!
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 10:17 AM | Show all posts
sadisnye...cian kt baby,jht laaa sape yang buat naye kt baby comel ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 10:38 AM | Show all posts
Orang China ni memang takde perikemanusiaan ke? diorg ni kejam sgt!
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 10:41 AM | Show all posts
kesiannyer...manusia hati binatang!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2012 10:44 AM | Show all posts
OMG... bangang punyer orang.. budak tu tak salah kesian baby nie..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 10:45 AM | Show all posts
dah tau dasar satu anak , masa main tu knp tak guna protection? bodoh nak mampus..bila dah jadi anak, dah lahir bole nak bunuh mcm tu jer..ko usung perut 9 bulan mcm tu sia2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2012 10:45 AM | Show all posts
Rakyat China & India mengamalkan pembunuhan bayi perempuan macam Arab jahilliah!!!

Kat India amalan membunuh bayi perempuan masih berleluasa terutamanya kat kampung2 pendalaman sana...

Kat negeri2 timur tengah pulak amalkan 'honour killing' kat anak2 perempuan diorang....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 10:47 AM | Show all posts
ni mungkin sebab nak sembunyikan kelahiran..nak hapuskan bukti sebab dasar kerajaan china..akibat dasar seorang anak tuk satu keluarga yang menyebabkan ibu bapa terpaksa buat pilihan, mestilah mereka nak anak lelaki sebab tak diberi pilihan tuk memiliki anak lebih dari satu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 10:51 AM | Show all posts
nonsense punye mak pak budak ni....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 11:39 AM | Show all posts
menci la sistem china ni..gilo!
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 11:42 AM | Show all posts
binatang pun sayangkan anak
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 12:04 PM | Show all posts
kecian baby...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 12:08 PM | Show all posts
kesian nyer baby ni..........seksanya bertarung dgn maut...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 01:14 PM | Show all posts
bodo punye system..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2012 01:29 PM | Show all posts
oh baby tu...kesian...
matilah kau!!....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 02:22 PM | Show all posts
Dah le nak buang yang pergi kelar leher tu dulu wat apa double kejam jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 03:07 PM | Show all posts
tak blh bayangkan org bunuh baby mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 03:50 PM | Show all posts
kalau semua nk anak lelaki nt dh besar anak lelaki dia nk kahwin dgn sapa??
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.616006 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list