View: 11442|Reply: 54
|
Wanita Ini Masih Hidup Walaupun Terkurung 4 Hari Dalam Peti Sejuk!
[Copy link]
|
|
Seorang wanita yang dikenali sebagai Theresa Christian disedari hilang oleh anaknya. Berikutan daripada kejadian itu, anaknya telah menjumpai ibunya berada dalam peti ais dalam keadaan masih bernafas lagi.
Mungkin agak sukar menerima, namun inilah hakikatnya yang berlaku apabila seorang wanita ditemui masih hidup walaupun selepas terperangkap dalam sebuah peti sejuk yang besar selepas empat hari. Kejadian ini berlaku di Oklahoma, US yang mana tertanya-tanya dimanakah wanita ini menghilangkan diri. Theresa Christian, 59, sebelum itu dilaporkan hilang oleh anaknya pada Sabtu, namun dia ditemui anaknya pada hari Khamis.
Tiada tanda-tanda perbuatan khianat dikesan, sementara jiran-jirannya percaya dia bersembunyi di dalam peti sejuk itu kerana bimbang putting beliung bakal melanda rumahnya.
Menurut stesen televisyen News On 6, wanita itu kini dirawat kerana sebahagian kakinya telah beku.
Biarpun dia ditemui dalam keadaan sejuk, kelaparan dan dehidrasi namun dia selamat.
Menurut polis, wanita itu ditemui oleh anaknya selepas dia memecah masuk ke apartmen milik ibunya itu.
Selepas mendapati barangannya termasuk dompetnya masih ada sementara televisyen pula dibiarkan terpasang, anaknya percaya ibunya masih berada dalam rumah tersebut. Selepas menyiasat,dia mendengar bunyi suara mengerang dari dalam peti sejuk dan kemudiannya terus menyelamatkan ibunya.
Polis kini masih menyiasat bagaimana wanita itu boleh terperangkap dalam peti sejuk yang besar itu ketika diabersembunyi daripada ribut dan puting beliung yang melanda kawasan itu pada Jumaat lalu.
“Apa yang lebih aneh ialah kenapa dia tidak dapat keluar memandangkan peti itu tidak mempuntai kunci.
“Namun terdapat tanda dia cuba keluar daripada peti sejuk berkenaan, mujurlah anak lelakinya berjaya menemuinya,’’ kata polis.
Kredit: http://amekaw.com/
Last edited by novelloverzz on 18-9-2012 03:27 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cian nenek..takut puting beliung nye hal..nasib xbeku tuk selamanye...![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mesti sejuk gile dok dlm tuh... ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dah nyanyuk kot.. kesian plak..
tapi tak sangka plak kat jepun pun ada nama oklahoma yek... |
|
|
|
|
|
|
|
ha,ha...rela mati sejuk beku dari di terbangkan putin beliung...![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa dia siilap kira hari kot... takkan 4 hari... maklumla org tua.. kekadang hari2 kata hari selasa... |
|
|
|
|
|
|
|
Oklahoma di Jepun???![](static/image/smiley/default/titter.gif)
panjang umur nenek ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
kecian kat nenek..
tkt ngan puting bliung yerr..
ingt kn nak main nyorok2 td..
sbr ye nenek..
msti nenek dh fobia nk bukak peti aiss... |
|
|
|
|
|
|
|
oklahoma, jepun??? penulis artikel pass ke tidak geografi nih? ![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
panjang umur nenek..nasib baik jumpa
Last edited by honey_jelly on 18-9-2012 02:20 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
agaknye dia cuba nak kuar dari peti tapi kaki dh beku gitu |
|
|
|
|
|
|
|
cam xdek tempak len nk nyuruk |
|
|
|
|
|
|
|
Oklahoma, Jepun ?
bukan US ? ![](static/image/smiley/onion/2cong.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bunyi tempat macam jepun, terus diletaknya jepun ye. ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
bleh hidup lagi tu lepas 4 hari. pergh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti sbb panik...sbb tu xtau cmne nk kuar...kaki tu frosbite ke? kena potong? |
|
|
|
|
|
|
| |
|