CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16738|Reply: 150

[Tempatan] Fenomena nasi Arab menguntungkan Chef Asia Barat

[Copy link]
Post time 19-9-2012 09:19 AM | Show all posts |Read mode
Ganjaran lumayan bekerja di Malaysia



MENJAMU selera dengan masakan Arab kini seumpama satu fenomena dalam kalangan masyarakat tempatan.
Meskipun harganya agak mahal berbanding di restoran biasa, ia bukanlah penghalang kepada orang ramai memenuhi restoran Arab terutama di Kuala Lumpur.
Hidangan kebab kambing atau ayam dengan ramuan tersendiri sudah cukup membuatkan pelanggan terliur.
Tidak cukup dengan itu, nasi Mandy yang menggunakan beras istimewa berlaukkan daging kambing panggang atau ayam panggang yang lembut memberikan kepuasan kepada penggemarnya.
Di sebalik percambahan restoran Arab di negara ini, ia turut membuka peluang kepada golongan chef dari Asia Barat mencari peluang pekerjaan di negara ini.
Meskipun sebahagian pekerja terpaksa berkorban dengan meninggalkan anak isteri di negara kelahiran mereka, tawaran gaji yang lumayan dan insentif-insentif lain antara faktor mereka sanggup berkelana di negara ini.

MOHAMMAD (kiri) mahir memasak pelbagai juadah Yemen sejak umurnya 14 tahun.


Selain itu, bukan mudah bagi pemilik restoran untuk mencari chef masakan Arab warga tempatan yang mampu memasak masakan tersebut dengan baik.
Sehubungan itu, pemilik-pemilik restoran sanggup pulang ke negara asal masing-masing bagi mendapatkan chef-chef yang memenuhi kehendak mereka.
Mohammad Hamood, 33, dari Yemen antara individu yang mencari rezeki dengan bekerja di Restoran Hadramawt Palace di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Bapa kepada lapan orang anak itu sanggup berhijrah ke negara ini setelah dijanjikan tawaran gaji dua kali ganda berbanding ketika bekerja sebagai chef di negaranya.
"Demi menyara keluarga, saya perlu berkorban meninggalkan tanah air, isteri dan anak-anak.

REPUTASI Malaysia menyebabkan ramai Chef dari Asia Barat tidak kisah meninggalkan anak dan isteri untuk bekerja di sini.


"Reputasi Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju membuatkan saya tidak berfikir banyak kali untuk menerima tawaran kerja ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Mahir memasak masakan Yemen sejak berusia 14 tahun, minat tersebut berputik hasil didikan bapanya yang memiliki sebuah restoran di negara tersebut.
Walaupun tidak memiliki sebarang kelulusan formal dalam bidang masakan, pengalaman yang ditimba selama dua dekad membuktikan kepakaran yang dimilikinya.
Berada di negara ini sejak awal tahun lalu, rutin kerja Mohammad sebagai ketua chef agak padat.
Bermula seawal pukul 11 pagi, dia akan memastikan segala keperluan restoran mencukupi termasuk sayur-sayuran, rempah-ratus, ayam dan daging kambing.
Selain menyediakan kelengkapan tersebut, beliau juga bertanggungjawab perlu memberi arahan dan memastikan lapan chef lain di restoran berkenaan menyediakan menu-menu pada hari tersebut.
"Saya tinggal di asrama yang disediakan majikan, jadi tiada masalah untuk datang ke tempat bekerja. Pada hari cuti, saya akan berehat di asrama dan kadangkala bersiar-siar bersama rakan-rakan di Bukit Bintang.

AMMAR


"Bagi menghilang perasaan rindu kepada keluarga, saya akan menghubungi mereka tiga kali seminggu," katanya yang menjadikan pusat beli-belah KLCC sebagai pilihan untuk bersantai.
Sepanjang berada di negara ini, Mohammad turut menggemari makanan tempatan iaitu nasi lemak.
Jatuh cinta
Bagi Ketua Chef dan Pengurus Restoran Persia di Jalan Ampang, Sayeden Fatemeh Ahmadian, 45, faktor utama penghijrahannya ke Malaysia sedekad lalu ialah bagi memastikan anak-anaknya mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Dia yang berasal dari Teheran, Iran mempunyai tiga anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan berusia antara 17 hingga 30 tahun.
Di negara asalnya, peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi agak terhad. Jumlah mereka yang sepatutnya bakal menduduki peperiksaan ketika itu sekitar 150,000 orang pelajar tetapi hanya 15,000 sahaja yang dibenarkan.

SAYEDEN Fatemeh (kiri) memberi tunjuk ajar dan memantau penyediaan makanan dan minunan di Restoran Persia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.


"Suami saya, Sayed Hossin Najati diberitahu oleh rakannya tentang Malaysia yang menawarkan pelbagai tarikan seperti peluang menyambung pelajaran, pilihan untuk menetap dan sebagainya.
"Dia datang awal tiga bulan daripada kami bagi melihat peluang yang ada termasuk mendapatkan tempat anak-anak menyambung pelajaran.
"Pada masa yang sama, terdapat tawaran untuk membeli restoran dan kami mengambil keputusan membelinya. Secara automatik saya menjadi chef utama kerana memiliki kemahiran memasak makanan Iran," katanya yang kini menyukai suasana Malaysia.
Restoran Persia menyediakan pelbagai menu masakan Iran dan Arab termasuk makanan tempatan.
Pada peringkat awal berada di negara ini, setiap tahun Sayeden Fatemeh pulang ke negara asal, namun kini mengakui telah 'jatuh cinta' dengan kehidupan di Malaysia.
"Saya suka bercuti di pulau-pulau yang terdapat di Malaysia seperti Pulau Pangkor selain membeli-belah dan mencuba makan masakan tempatan," katanya yang turut bertanggungjawab mengajar chef-chef di restoran tersebut.

CHEF-CHEF dari Asia Barat sanggup berhijrah untuk bekerja di restoran Arab di negara ini ekoran tawaran gaji serta insentif yang lebih lumayan. - Gambar hiasan


Kongsi rahsia
Sementara itu, Chef Ammar Al Ali yang popular dalam rancangan Hidangan Barakah yang disiarkan pada bulan Ramadan lalu di saluran televisyen tempatan tidak lokek berkongsi rahsia masakan Arab kepada para penonton.
Beliau yang berhijrah ke negara ini sejak 26 tahun lalu turut memberi nafas baharu dalam program masakan di negara ini.
"Saya kongsi semua rahsia masakan bersama para penonton. Ibu pernah berpesan kepada saya agar berkongsi ilmu dan jika rahsia masakan itu didedahkan, rasa masakan yang dihasilkan tetap berbeza.
"Hidangan Barakah merupakan program masakan pertama seumpamanya di negara ini yang dimulakan dengan doa, bacaan zikir dan al-Quran," katanya berkahwin dengan wanita tempatan. Chef Ammar mempunyai tiga orang anak.
Berasal dari Jordan, Chef Ammar mempunyai pengalaman luas dalam bidang masakan dan pernah bekerja sebagai chef di sembilan hotel di negara ini.
Beliau pada mulanya datang ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di beberapa buah kolej dan universiti atas cadangan arwah bapanya yang ketika itu bekerja di Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai arkitek kapal terbang.
Pada tahun 2001, beliau memulakan kerjaya chef di sebuah hotel di Pulau Pinang sekali gus merupakan chef pertama memasak masakan Arab dalam industri hotel di negara ini.
Kini beliau lebih selesa tinggal di Malaysia dan hanya sesekali pulang ke kampung halamannya di Jordan.
"Jika pulang ke Jordan, saya tidak tinggal lama kerana rindukan Malaysia," katanya yang dilarang masuk ke dapur oleh ibu dan neneknya sehingga usianya 10 tahun.
Sudah menjadi budaya masyarakat negara itu, ruangan dapur didominasi oleh golongan wanita, namun atas minat yang mendalam, ibu dan nenek telah mengajarnya rahsia masakan Arab.
Dalam masa terdekat ini, beliau juga akan mengadakan kelas masakan yang dibuka kepada orang ramai.
Justeru, kepada yang ingin berhubung atau mengetahui perkembangan Chef Ammar boleh melayari laman Facebook Hidangan Barakah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2012 09:22 AM | Show all posts
aku antara yg suka makan2 ni
ada banyak gak restoren nasi arab yg aku dah pergi
tapi
nasi arab restoren SABA juga yg aku suka
lamb kabsah, lamb hanith
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:26 AM | Show all posts
lamb kabsah sedap siot.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:26 AM | Show all posts
sedapnya nasi arab. satu hidangan boleh makan banyak kali
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:29 AM | Show all posts
ren0_0 posted on 19-9-2012 09:26 AM
sedapnya nasi arab. satu hidangan boleh makan banyak kali

makin berboroilah bdn
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:31 AM | Show all posts
ak lg suka somalian dish brbndng nasi arab...

nasi arab kat ikram/kliuc mmg sedap giler...daging kambing lembut giler, nasi pun menyelerakan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2012 09:31 AM | Show all posts
memang favret aku la nasi arab ni... terbaikk... tp selalu p kat al rawsha je..
chef ammar tu best aku tgk.. lawak gak bila dia cakap melayu.. masak dari hati..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:33 AM | Show all posts
dauswq posted on 19-9-2012 09:29 AM
makin berboroilah bdn

aku makan pun tak banyak. perut kecik . pasal tu 1 hidangan leh simpan utk  1 hari makan. jimat hehhehe

boroi tak main lar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2012 09:35 AM | Show all posts
teringin pulak nak makan nasi arab lunch nanti
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:35 AM | Show all posts
ren0_0 posted on 19-9-2012 09:33 AM
aku makan pun tak banyak. perut kecik . pasal tu 1 hidangan leh simpan utk  1 hari makan.  ...

tp selalu makan leh boroi tau...

dh ler lemak kambing tu pun sedap dimakan
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:37 AM | Show all posts
dauswq posted on 19-9-2012 09:35 AM
tp selalu makan leh boroi tau...

dh ler lemak kambing tu pun sedap dimakan

tak boleh la selalu. tak mampu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:40 AM | Show all posts
sitihawa posted on 19-9-2012 09:22 AM
aku antara yg suka makan2 ni
ada banyak gak restoren nasi arab yg aku dah pergi
tapi

betul ana pun suka nasi arab kat saba
kat tempat lain ok gak tp kat saba lg bersesuaian dgn selera
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:40 AM | Show all posts
arab2 pprt yemen ramai lah kat sini berkelana

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2012 09:41 AM | Show all posts
restoran nasi arab cyberjaya tu memanjang penuh org!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:42 AM | Show all posts
alrawsha best kaa?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:46 AM | Show all posts
R2D2 posted on 19-9-2012 09:41 AM
restoran nasi arab cyberjaya tu memanjang penuh org!

restoren SABA lah tu. aku suka giler nasi arab dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2012 09:47 AM | Show all posts
aku xsuke nasik arab...berlemak sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:47 AM | Show all posts
yg best pernah aku makan di Mesia adalah Restoran Hadramawt Bukit Bintang, Marakesh Kampung Baru, dan Saba' Cyberjaya......tp satu pun x bleh lawan yg pernah aku makan di Mat3am Hadramawt Mohandiseen, Cairo......oooooooh, sedap giler yg tuh.....hahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:48 AM | Show all posts
sitihawa posted on 19-9-2012 02:22 AM
aku antara yg suka makan2 ni
ada banyak gak restoren nasi arab yg aku dah pergi
tapi

uols warga gomen putrajaya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:48 AM | Show all posts
Ummah mana yang tak suka duk Malaysia?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.061328 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list