CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8958|Reply: 64

Anak Tahun 1 kena buli

[Copy link]
Post time 3-1-2013 06:16 PM | Show all posts |Read mode
Minta tolong. Ini pengalaman pertama saya, anak sulong. Masa daftar dah agak dah...badan budak tu
memang besar dan gemuk untuk Tahun 1. Pastu anak saya kena duduk sebelah dia. Apa lagi, asyik
kena ugut, pensil, eraser semua jadi hak dia, Kalau pulang balik tak apalah. Ini terus simpan. Pastu suruh
anak berlawan dengan orang itu ini.

sedih la, anak trauma kat kelas hidup dengan si pembuli macam ni. Sepatutnya minggu orientasi indah.

Memanglah budak tu 7 tahun tak matang, agaknya dia dah biasa gunakan saiz badan dia masa
kat Tadika ke utk dapatkan segala yang dia nak.

Apa nak buat ni? report cikgu ke? Confront parent budak tu ke?Tolonglah nasihat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2013 06:26 PM | Show all posts
jumpa mak ayah dia. kalau tak ok juga. kasi penampar 3 rasa pada budak gemuk. biar dia nangis. kecik2 tak nak mati besar2 menyusahkan org lain
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 06:26 PM | Show all posts
Aik..baru bape ari skolah..dah ada unsur buli membuli
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 07:24 PM | Show all posts
bgtla cikgu tu ..pindah kan anak ..jauhkan anak dr bdk tu...klu msh jg berlarutan..jumpa la parent bdk tu...
nnt tt juga yg susah..anak ni bl da jd mcm tu..mmg pyh la nak g sek..sbb tkt kat bdk tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 07:32 PM | Show all posts
bagitau cikgu. Tapi jgn burukkan atau condemnkan budak tu. Just ask her to movekan anak u ke tempat lain. Ckpla apa budak tu buat kat anak you.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2013 08:39 PM | Show all posts
TQ pada nasihat semua. Saya sibuk, jadi saya tulis surat rasmi nak beri pada cikgu. dah karang elok-elok.

Memang badan budak tu sangatlah besar, macam tak logik Tahun 1, macam Darjah 6. Agaknya kalau dia ni
jenis mak ayah tak kuat didikan agama, memang selama ini dia ni jenis dominan dalam kumpulan seusia dengannya.

Anak begini tak perlukan leadership skill, persuasion skill ke apa untuk buat budak2 lain ikut cakap dia. Hanya dengan
saiz badan + jerit/ugut...dia akan dapat semua yg dia inginkan (dari kawan2 sebaya dengannya).

Kalau dia terdidik baik, dia akan jadi protector kepada kawan-kawannya. Masalahnya, dia pulak yg jadi pembuli.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2013 08:41 PM | Show all posts
ummiaina posted on 3-1-2013 08:39 PM
TQ pada nasihat semua. Saya sibuk, jadi saya tulis surat rasmi nak beri pada cikgu. dah karang elok- ...

sebenarnya tak perlu surat rasmi. cakap  aje dekat cikgu kelas.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2013 09:57 PM | Show all posts
macademia posted on 3-1-2013 08:41 PM
sebenarnya tak perlu surat rasmi. cakap  aje dekat cikgu kelas.

ye ke? ok nanti saya discuss dgn hubby. sampul tu dah siap dalam kereta nak pass esok.
siap sampul surat rasmi lagi. Sebab esok ada assembly sekolah tu (tak tahu sampai pukul  berapa)
jadi saya tak boleh stay lama, ingat nak sms cikgu cakap dalam beg anak ada surat.

hubby kata elok ada hitam putih documentation. tengoklah macamana. Parent tu
marah ke anak dia dapat aduan rasmi nanti?

Kami teruja anak sulong, nak berbaik-baik dgn semua parents. Masa daftar hari tu pun, sebab kami
Allah kasi rezeki lebih sikit,kamu tolong bayarkan yuran-yuran few parents yg tak cukup duit,
tak bawa duit kecik. (entah2 yuran budak buli tu sekali kot?) bila mereka nak bayar balik kami cakap
tak apalah,kita nak kawan lama, anak kita semua satu kelas.Manalah tahu satu hari nanti
saya perlu pertolongan encik/puan ke.

apapun saya amat terharu atas nasihat anda semua.Nanti saya update kan ok?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2013 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau lps guru kelas pindahkan tmpt duduk anak masih dibuli
Dtg ke sekolah jumpa dgn bdk tu tanya knp kacau & gertak sket haaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 10:18 AM | Show all posts
mcm aku ms msk darja satu dl penah kene mcm nie...lm dah arwah abah aku dia dtg sekolah mula2 arwah abah aku pegi jumpe cikgu n jumpe gan budak tu sekali...bg warning...kt kat budak tu kalo dia bt sekali lg mcm tu nanti arwah abah aku bgtau kat mak n bapak dia serta report polis...lps tu cikgu pun pindahkan tempat duduk n sampai ke sudah budak tu tak cari psl langsung gan aku...ko kene tunjukkan sifat kegarangan ko kat budak tu...biar dia tkt skt...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 11:21 AM | Show all posts
cakap kt cikgu terus.. pastu pg jumpa bdk tu bagi sedas dua.. kecik2 dh pandai buli anak org.. ni jnis mak bapak manja kan anak .. ape dia nak dapat.. ak pantang btl bdk2 mcm ni.. aritu kes bdk sekolah rendah baling batu kt kereta ak.. kat situ jgk ak benti kete.. terus pg kejar bdk tu.. mmg cukup2 ak kerja kan.. bdk2 kalo org tua tak warning kaw2.. dia tak tau.. nk harap mak bapak dia warning ak rasa mmg tak la.. so kene bertindak sblm kes melarat2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 11:33 AM | Show all posts
rokiah_sisip posted on 4-1-2013 11:21 AM
cakap kt cikgu terus.. pastu pg jumpa bdk tu bagi sedas dua.. kecik2 dh pandai buli anak org.. ni jn ...

Setujuk......
report jek kat guru kelas.
cakap perangai budak tu cam samseng.
baru darjah 1 dah gitu, kalo dah darjah 6 tak tau la..
pastu bagi warning kat budak tu, suh dia pulangkan balik barang-barang anak TT.
kena amik tindakan sket, baru dia takut..

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 12:21 PM | Show all posts
Anak aku pernah kena buli dengan budak badan besar masa darjah 4.  Aku pegi sekolah nak bagitau cikgu kelas.  Kebetulan masa aku datang, budak2 tengah rehat.  Anak aku datang jumpa aku, dan aku minta nak jumpa budak yang buli dia.  Budak tu ketakutan dan terketar2 masa berdiri depan aku, padahal aku baru tanya nama dia.

Bila aku jumpa dia depan2, perasaan marah tu bertukar kesian.  Dia nampak macam anak yang tak terjaga, terbiar dan dan tak dipedulikan ibubapa.  Muka dia penuh parut dan calar2, gigi dia dah banyak rosak dan hitam, padahal dah gigi kekal.  Aku tak jadi marah.  Sebaliknya aku nasihat aje dan minta dia minta maaf kat anak aku.  Aku cakap lembut2 dengan dia sebab hati aku betul2 tersentuh tengok keadaan budak tu.  Oh ya budak tu panggil aku cikgu. Aku gelak je dalam hati.

Alhamdulillah, dia tak buli anak aku lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 01:06 PM | Show all posts
dulu adik aku kena gak,
tapi kebetulan masa tu aku still sama skolah ngan adik aku yg masih darjah 1.
aku darjah 4.
aku cari budak tu, bila budak tu nampak aku, dia menyorok bawah meja takut..
aku bagi warning..,kalo dia buli adik aku lagi siap lah.. ( dan gak luku kepala 2 sedas dua.)
pastu dah tak dengar dia buli-buli lg..

selalu budak-budak nakal gini, byk budak yang cam terbiar dek mak bapak..
ganaz semacam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 07:23 AM | Show all posts
semalam dah kasi surat kat cikgu dah. sementara tunggu ada parent yg masih bayar yuran, saya ke meja budak tu.
beritahu dia jangan ambil barang orang sesuka hati, berdosa. Dia nampak takut dan defensif, tak mengaku ambil
barang.

Kemudian anak cerita cikgu ada panggil cakap dengan dia. Tapi kemudian dia sorok jugak songkok anak.

setengah jam sebelum balik hubby dah terpacak dekat tingkap sebelah meja budak ni,jengil mata, sampai budak ni
tutup tingkap. bila keluar kelas hubby tanya macam2 dia lari ke carpark. kemudian hubby sejukkan AC kereta sengaja
letak anak sebelah budak ni suruh berkawan baik2.budak ni lari. Nampak dia tumpang (bukan macam mak dia, diajak naik) kereta buruk yg dipandu seorang nenek usia 60an.

cikgu janji Isnin ni nak pindah tempat duduk anak. Semoga jadi kenyataan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 07:25 AM | Show all posts
aurorae posted on 4-1-2013 12:21 PM
Anak aku pernah kena buli dengan budak badan besar masa darjah 4.  Aku pegi sekolah nak bagitau cikg ...

saya pun pernah kena semasa darjah 3 budak macam ni. Kesian baju compang-camping sampaikan
cikgu kumpul duit belikan baju kasut sekolah dia. Mungkin ada kemarahan dalam diri dia tengok
kawan lain berpakaian sempurna kesekolah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2013 10:00 AM | Show all posts
kebiasaannya budak2 camni ade inferiority complex (betul ke istilah ni..hehe)..tahap keyakinan diri rendah sangat,so rasa jeles ngan kawan2 tu yg buat dia suka nak buli org tu..ade gak yg bersifat defensive,budak2 ni dtg dari family yg serba serbi kurang,datang sekolah pun baju macam tak terurus..kesian tapi dah keadaan keluarga dia camtu..tapi ada gak memang semulajadi suka membuli,yg tu tak tau la kenapa..huhu

ada sorg budak pompuan kat sekolah saya,suka sangat belajar cuma tak ngam sangat ngan kawan2 dia(sangat2 defensive),keluarga dia org susah..ari tu saya suruh buat kad,dia cakap dia takde kaler..saya tanya le,mak tak beli ke?dia cakap tak..saya cakap pinjam le ngan kawan dulu tapi dia tak nak..saya tak dapat nak marah sebab saya faham keadaan keluarga dia..saya niat nak belikan yg murah2 je,mudah2an budak tu terus ada minat nak blaja..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 10:12 AM | Show all posts
MsYan posted on 5-1-2013 10:00 AM
kebiasaannya budak2 camni ade inferiority complex (betul ke istilah ni..hehe)..tahap keyakinan diri  ...

sian kt budak yg mcm tu...rs sedih gak bc tp ms yan mengajar kat mn...kdg2 budak2 yg ssh nie yg dah besar nanti yg berjaya dr org yg biasa senang semua benda dpt...

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 10:28 AM | Show all posts
saya mengajar kat kawasan kampung nun di Sabah..sekolah lama lagi haru,kadang2 ada budak2 (saya ajar darjah 1) tak datang sekolah,bila tanya kat kawan,budak tu tak dpt datang sekolah sebab kena suruh jaga adik,mak bapak pegi tombak kelapa sawit/tunggu durian jatuh (kalau dah musim)..kesian,tapi begitu la keaadan hidup dorg..

iye,kadang2 budak2 yg dah merasa susah ni bila dah besar nanti lebih berjaya (insyaAllah)....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 11:12 AM | Show all posts
MsYan posted on 5-1-2013 10:28 AM
saya mengajar kat kawasan kampung nun di Sabah..sekolah lama lagi haru,kadang2 ada budak2 (saya ajar ...

oooo di pedalaman la yer...kira kalo blk semenanjung nie beli pencel warna banyak2 yg jual kat tesco tu yg murah2 tu bg dia org pakai...sian buda2 kat sana kan...terpakse bekorban tuk family

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.180933 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list