CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11483|Reply: 75

Rumpai Laut TIDAK Mengandungi Kolagen?!

[Copy link]
Post time 18-4-2013 11:15 AM | Show all posts |Read mode

Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima kenyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan.

Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah.  Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan.

Kolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi.

Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar negara."

Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.

Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur.

Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin).

Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2013 11:29 AM | Show all posts
rita rudaini ada tempek artikel rumpai laut ada kolagen tapi lupa dari paper mane ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 11:33 AM | Show all posts
pulak..yng ni yang aku baru baca dari BH

Rahsia rumpai laut
2013/04/15 - 07:05:06 AM Oleh Nor Hatina Shuib Cetak Emel Kawan
  

Dipercayai sebagai ejen penuaan untuk menambah kolagen

Rumpai laut yang dianggap 'ibu kolegen' mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan.
Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan.
Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.

Penggunaan ibu kolegen spesis Eucheuma Cottonii dan Euchuema Kappayachus atau nama tempatannya agar-agar kini dipelbagaikan fungsinya dalam bidang kecantikan dan boleh didapati daripada rumpai mentah, sabun dan pil melalui ekstrak rumpai.

Harga rumpai laut yang banyak tumbuh melatari laut di Sabah ini begitu murah dan mempunyai gred tersendiri. Dijual dengan harga serendah RM5 untuk seratus gram gred AA sehingga mencecah RM20 untuk kuantiti yang sama bagi gred AAA. Produk berasaskan rumpai laut ini juga banyak dipasarkan menerusi jualan langsung dengan pelbagai jenama.

Khasiatnya dikatakan lebih berkali ganda daripada menghirup sup ikan Yu atau sup sarang burung yang harganya lebih mahal membuatkan ramai wanita memilih tumbuhan dasar laut itu.

Menjamin kecantikan?
Persoalannya adakah rumpai laut jenis itu mengandungi kolegen untuk mampu menjadi ejen anti penuaan, menambah keserian, keanjalan dan kemulusan kulit? Adakah ia selamat digunakan? Adakah ia bebas daripada keracunan dan mendatangkan kesan jangka panjang kepada kulit dan kesihatan kepada pengamalnya?

Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, ketika diminta mengulas mengenai fenomena pengambilan rumpai laut, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit.

Katanya, bahan berkenaan digunakan secara meluas dalam pembuatan kosmetik dan digunakan banyak kepentingannya dalam bidang perubatan.

“Rumpai laut seperti Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinaria sudah digunakan sejak berkurun dulu untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, cirit-birit dan masalah usus kecil.

“Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolesterol plasma,” katanya dihubungi, baru-baru ini.

Pelbagai khasiat

Ditanya benarkan rumpai laut mengandungi kolegen, beliau berkata sebenarnya kolagen adalah struktur protein yang berfungsi sebagai pelekat dalam badan.

Lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan.

“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit. Misalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16 peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja,” katanya.

Rumpai laut jenis merah (misalnya Kappaphycus sp) mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia adalah sumber bahan mentah untuk pengekstrakan karagenan iaitu kandungan bahan yang ada dalam rumpai laut yang dianggap sebagai kolagen oleh orang ramai.

Secara kimia, karagenan menyerupai agar-agar tetapi mempunyai kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel.
Jelasnya, kandungan karagenan dalam rumpai laut yang sudah di ekstrak membantu mengekalkan keanjalan kulit dan kerana orang ramai menganggap tumbuhan itu membekalkan kolegen.

Kajian lain

Berdasarkan pencarian hasil kajian terhadap kebaikan rumpai laut jelas menunjukkan bahan berkenaan mampu bertindak secara positif dalam membantu mencantikkan kulit, antaranya:

* Laman berita CBS New York, melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit. Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik dan bukan yang sudah dituai kerana dikhuatiri tidak selamat untuk dimakan.

* Kaunselor Kesihatan Holistik New York, Andre Beaman, berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral.

“Saya rasa ramai dan lebih ramai orang Amerika mula makan tumbuhan ini dan menemui khasiatnya. Rumpai jenis Nori antara yang tumbuhan laut paling popular dengan warna hijau dan hitam yang membalut sekeliling sushi,” katanya.

* Pemilik syarikat produk kecantikan rumpai laut New York, Lydia Sarfati, menerangkan kepada CBS rumpai laut mampu menyahtoksik dan mencantikkan kulit tanpa sebarang mudarat pada kulit.

* Pakar Dermatologi New York, Dr Jebra Jaliman, berkata rumpai laut yang melatari laut mempunyai vitamin yang sangat baik dan antioksidan yang mampu memerangi penyakit ekszema dan rosacea. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan kulit.

* Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel, berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan menangani penyakit jantung dan arthritis.

“Kajian demi kajian dilakukan untuk melihat sama ada rumpai laut benar-benar memberi kesan yang boleh dibuktikan secara saintifik,” katanya.

INFO: Rumpai laut
* Industri rumpai laut dijangka berkembang apabila ia turut diperluaskan sebagai bahan tambahan dalam pelbagai produk kesihatan, farmaseutikal dan kosmetik.
* 150,000 tan metrik rumpai laut dikeluarkan dengan nilai RM1.45 bilion menjelang tahun 2020.
* Sabah pengeluar rumpai laut di Malaysia

INFO: Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan

Kesihatan
• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar

Kecantikan
• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik.

Keburukan
* Jangan mengambil terlalu berlebihan kerana rumpai laut mengandungi iodin yang boleh menyebabkan keracunan, sakit perut dan mampu menghakis perut.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 11:33 AM | Show all posts
erkkk really?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 12:07 PM | Show all posts
but it does hv khasiat2 lain yg sgt bagus kulit
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 12:14 PM | Show all posts
errr...me rasa dua2 artikel xsalah kut...
bahan2 dlm rumpai laut mampu mengekalkan kolagen dlm kulit...
so me rasa xsalah kan...heheee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2013 01:16 PM | Show all posts
dua2 artikel ni  tak dah tulis kesan yg penting~
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 01:34 PM | Show all posts
mmg la.. kelakar je amal rumpai laut utk cantik.. tp masih ada yg nk tegakkan benang yg basah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2013 02:50 PM | Show all posts
mkn dulu baru tau berkesan ke tak...kalo setakat pongpang2 jer memang ler...dah makan baru tau kesan dia mcm mn...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2013 04:48 PM | Show all posts
Tk tau la Hakak pn copy paste je! Sharing is  Caring...

"...  Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Namun, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut."

Jika anda ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan. Sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma anda membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar
...  
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 04:56 PM | Show all posts
kawan sy study UKM bhgian food....die pon g tau...jgn terkejut..rumpai laut tu x de ape pun.....x de colagen pon.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 05:03 PM | Show all posts
BlueRose99 posted on 18-4-2013 04:48 PM
Tk tau la Hakak pn copy paste je! Sharing is  Caring...

"...  Alginat dan carrageenan boleh meni ...

huk3x aku serius ckp kalo beli sayur kat pasar aku gan suami je yg mknnye...yg lain dlm umah nie karnivor...memang sush nak sumbatkan mulut dia org tu sayur2an nie...kalo seaweed yg dah msk tu ada gak ler tukang mknnye...nak2 anak dara n bujang kan...dah nak bergewe nie..nak cantik2 nak ler dia org mkn...nampak pun ada kesan sikit...tomato suami aku tanam pun aku gan suami aku jer yg mknnye yg lain tengok jer la...mknnye idek le dia org tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 05:20 PM | Show all posts
rumpai laut tak ada mengandungi kolagen..ialah adakah semua protein tu kolagen...asid amino ada berapa jenis?? so adakah asid amino yang ada dalam rumpai tu menunjukkan kehadiran kolagen dalam rumpai??..adakah kebaikan rumpai laut yang selama ni kita baca dari seller  yang promote rumpai laut tu berasas..unless ada kajian ??? source dari mana???..berapa ramai yang tertipu beli rumpai kerana ingat ada kollagen?? ni nak claim organik pula?? siapa yg mengiktirafkan rumpai laut organik???..tulah ni nak menarik perhatian nak buat penjualan ke?? yang kesian penggunalah tertipulah ...

nak sihat bagai makan-makanan yang pelbagai...supaya dapat nutrient yang seimbang, apabila sihat automatik cantiklah, cos saya percaya kecantikan bermula dengan kesihatan yang baik, kesihatan first......adakah rumpai laut ni mcam one stop centre semua nutrient yag diperlukan ada padanya???..tulah nak sihat bagai..makanlah makanan yang seimbang dan pelbagai...ni pun boleh mengelakkan dari seseoarang memakan sesuatu simber secara berlebihan...mcm rumpai ni kalau makan secara berlebihan tak ada kesan sampingan kah sebab ada iodin?? adakah semua orang serasi dan mendapat kesan yang samakan??


saya hairan  ngepe sayur lain tak kecoh pun. tak ada ovverated, over publisiti.. sebab tak ada jual online ke??? Last edited by mat_jenin on 18-4-2013 05:25 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 05:25 PM | Show all posts
BlueRose99 posted on 18-4-2013 08:48 AM
Tk tau la Hakak pn copy paste je! Sharing is  Caring...

"...  Alginat dan carrageenan boleh meni ...

mmg betul pun..

in fact supplements yg ada marine collagen tu sume bukan utk bagi kulit muda but melembapkan..bila kulit moist x kering jd tidak lah mudah berkedut..

dulu before rumpai laut ni being commercialised aunty i pernah bg sepekat besar yg mentah,tp kn rendam for few days lepas tu add dlm minuman or masakan..bg kt my mil,tp,bukan utk tujuan awet muda..sebaliknya utk merawat arthritis...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 05:31 PM | Show all posts
Kajian lain

Berdasarkan pencarian hasil kajian terhadap kebaikan rumpai laut jelas menunjukkan bahan berkenaan mampu bertindak secara positif dalam membantu mencantikkan kulit, antaranya:

* Laman berita CBS New York, melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit. Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik dan bukan yang sudah dituai kerana dikhuatiri tidak selamat untuk dimakan.

* Kaunselor Kesihatan Holistik New York, Andre Beaman, berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral.

“Saya rasa ramai dan lebih ramai orang Amerika mula makan tumbuhan ini dan menemui khasiatnya. Rumpai jenis Nori antara yang tumbuhan laut paling popular dengan warna hijau dan hitam yang membalut sekeliling sushi,” katanya.

* Pemilik syarikat produk kecantikan rumpai laut New York, Lydia Sarfati, menerangkan kepada CBS rumpai laut mampu menyahtoksik dan mencantikkan kulit tanpa sebarang mudarat pada kulit.

* Pakar Dermatologi New York, Dr Jebra Jaliman, berkata rumpai laut yang melatari laut mempunyai vitamin yang sangat baik dan antioksidan yang mampu memerangi penyakit ekszema dan rosacea. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan kulit.

* Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel, berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan menangani penyakit jantung dan arthritis.

“Kajian demi kajian dilakukan untuk melihat sama ada rumpai laut benar-benar memberi kesan yang boleh dibuktikan secara saintifik,” katanya.
---

ni kajian rumpai spesis apa..boleh ke mewakili spesis sabah....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 05:35 PM | Show all posts
dh lama dh baca artikel ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2013 05:35 PM | Show all posts
INFO: Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan

Kesihatan
• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar

Kecantikan
• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik.

----

info tidak menyatakan ia merujuk kajian dari mana, oleh siapa..dan merujuk spesis rumpai  apa???
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 05:51 PM | Show all posts
supplement collagen tu even ia diproses ia mengandungi kolagen dari ikan, malah ada sumber babi dan lembu....tapi kalau rumpai laut ini ia tidak mengandungi kolagen......pada saya lah isunya ialah jgn sebut benda yang tiada untuk mengelirukan pengguna.....kenapa nak dianggap atau digelarkan sebagai kolagen.......malah ada kata 100% pure marine collagen lah..
Last edited by mat_jenin on 18-4-2013 06:30 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 05:53 PM | Show all posts
tak kisah la.. janji kulit makin elok
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 08:42 AM | Show all posts
bagaimana dgn kesan jangka panjang... ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.531278 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list