CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13356|Reply: 76

[Dunia] Aktres Bollywood bunuh diri - updated pg 2

[Copy link]
Post time 6-6-2013 08:20 AM | Show all posts |Read mode
Mumbai: Aktres Bollywood, Jiah Khan yang pertama kali muncul di layar perak bersama legenda Amitabh Bachchan, membunuh diri di kediamannya di sini, kata polis, semalam.


Aktres berusia 25 tahun itu dibesarkan di London sebelum balik ke India untuk menerjuni kerjaya Bollywood.

Mayatnya ditemui anggota keluarga di rumah berkenaan, kata pegawai keselamatan.Polis yang tidak menemui sebarang notis bunuh diri, kini menemubual jiran aktres berkenaan, kata pegawai itu.



“Kami syak dia menggantung diri di rumahnya lewat Isnin lalu, kata pegawai polis. Mayatnya sudah dihantar untuk bedah siasat.

Jiah dilahirkan di New York sebelum pindah ke London dan Mumbai serta mula muncul di layar perak pada 2007 dalam filem Nishabd, memegang watak remaja yang jatuh hati kepada watak Bachchan.

Filem itu tidak mendapat perhatian besar kerana kisahnya dianggap biasa. Tetapi, Jiah dipuji atas lakonannya.

Ubah nama kepada Nafisa Khan
Jiah yang kemudian mengubah nama kepada Nafisa Khan kemudian membintangi filem mendapat box-office iaitu Ghajini bersama Aamir Khan.

Industri filem India memberi reaksi terkejut dan sedih atas berita itu dengan aktres Sonam Kapoor, membuat tweet: ‘Moga dicucuri rahmat Jiah khan. Tragedi besar. Berita mengejutkan. Tiada siapa patut derita dan rasa seperti putus asa. #ripjiahkhan.’

Ketika dihubungi Bachchan mengulas ringkas: ‘Terkejut dan terganggu.’ Filem lakonan terbaru Jiah ialah Housefull, sebuah komedi yang disiarkan dua tahun lalu turut dibintangi Akshay Kumar dan Deepika Padukone. - AFP



her pic:












https://encrypted-tbn1.gstatic.c ... unN8HP8qoQR6wrbz2JA






putus cinta punya psl...

Last edited by supernaturalee on 11-6-2013 09:55 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2013 08:25 AM | Show all posts
hrmmm...org2 camni biasa la bunuh2 diri
org melayu islam pun da ramai yg sanggup bunuh diri atas sebb yg x masuk akal pun..
nauzubillah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Erm cantik orgnyer....kenapa la pendek sgt akal....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenal dia ni. Watak doktor pelatih yg nak bantu aamir khan dlm filem ghajini. Housefull xperasan dia bwk watak apa. Ingat2 lupa. Pandai gak minah ni berlakon. Bunuh diri la pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 08:41 AM | Show all posts
ape la sampei bunuh diri..macam2 la
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 08:57 AM | Show all posts
Islam ke dia ni? Kalau dah islam bunuh diri hukumnya sangat2 lah berat. Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, Islam tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, sebab Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain. Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam perutnya dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. Sesiapa yang membunuh dirinya dengan meminum racun maka dia akan merasai racun itu dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. Begitu juga, sesiapa yang membunuh dirinya dengan terjun dari puncak gunung, maka dia akan terjun dalam Neraka Jahanam secara berterusan untuk membunuh dirinya dan dia akan dikekalkan dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2013 09:02 AM | Show all posts
Kesian, muka cantik. Ada kerjaya, masih muda.
Apasal bunuh diri............????
Cinta tak berbalas pun, tak berbaloi bunuh diri.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 09:03 AM | Show all posts
cantik gak...rugi je bunuh diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2013 09:11 AM | Show all posts
abbyhoney posted on 6-6-2013 08:57 AM
Islam ke dia ni? Kalau dah islam bunuh diri hukumnya sangat2 lah berat. Perbuatan membunuh diri adal ...

astghfirullah hal a'zim.....

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 09:11 AM | Show all posts
Alahai... setakat putus cinta je pon... ramai lagi jejaka yg sudi mengisi kekosongan tu... kenapa tak cakap.??. aduh..

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 09:13 AM | Show all posts
namirulmukminin posted on 6-6-2013 09:11 AM
Alahai... setakat putus cinta je pon... ramai lagi jejaka yg sudi mengisi kekosongan tu... kenapa ta ...

berbondong bondong laki nak kalau muka mcm tu

sayangnye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2013 09:18 AM | Show all posts
namirulmukminin posted on 6-6-2013 09:11 AM
Alahai... setakat putus cinta je pon... ramai lagi jejaka yg sudi mengisi kekosongan tu... kenapa ta ...

sori bro...hny boipren yg 1 tu m'jd pojaan hati die
sehensem namirulmukminin pon xmampoo mengubah hati die
what 2 do?





btw, psl bunuh diri ni, aku cdgkan korunk sumer g wayang tgk citer KIL
baru tgk last nite, best...bnyk pengajaran
especially utk build balik life yg kononnya rase mcm sucks ni



Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 09:18 AM | Show all posts
tebuanharimau posted on 6-6-2013 09:13 AM
berbondong bondong laki nak kalau muka mcm tu

sayangnye

Tu la pasal... Kalau lah aku tahu awal2 masalah dia...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 09:20 AM | Show all posts
supernaturalee posted on 6-6-2013 09:18 AM
sori bro...hny boipren yg 1 tu m'jd pojaan hati die
sehensem namirulmukminin pon xmampoo mengubah ...

Belom try belom tau bro...

Ahaks..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 09:21 AM | Show all posts
takziah lagi..

musim gantung diri dah tiba ke??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2013 09:25 AM | Show all posts
namirulmukminin posted on 6-6-2013 09:20 AM
Belom try belom tau bro...

Ahaks..

patut die jumpe ngko awal² lg tu

btw die ni tinggal dgn mak, nape xshare problem dgn mak
selfish tol...xpk ke perasaan mak die & famili sumer lps die pegi mcm tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2013 09:30 AM | Show all posts
muka cantik tak semestinya normal
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 09:52 AM | Show all posts
supernaturalee posted on 6-6-2013 09:18 AM
sori bro...hny boipren yg 1 tu m'jd pojaan hati die
sehensem namirulmukminin pon xmampoo mengubah ...

hensemnya redza minhat ...

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 09:53 AM | Show all posts
la die islam ke, astaghfirullah kenapa bnuh diri ??
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 09:57 AM | Show all posts
Masalah cinta jadi punca

Mumbai: Aktres Bollywood, Jiah Khan, 25, yang ditemui mati tergantung di apartmennya Isnin lalu dikatakan tertekan dan kecewa dengan hubungan cintanya.

Polis memberitahu wartawan, teman lelaki Jiah, Suraj Pancholi, anak pasangan pelakon Aditya Pancholi dan Zarina Wahab disoal selama tiga jam, semalam.

Suraj orang terakhir berbual dengan Jiah pada malam 3 Jun lalu. Polis mengesahkan mereka berbual menerusi telefon berulang kali dengan panggilan terakhir pada 22.53 malam (waktu tempatan, selama dua minit.

Bedah siasat menunjukkan Jiah menggantung diri antara jam 11 dan 11.30 malam sejurus selepas bercakap dengan Suraj. Mayatnya ditemui ibunya. Suraj dilapor memberitahu polis, mereka bahagia dengan hubungan cinta mereka selama setahun selepas berkenalan menerusi laman sosial. Ibu Jiah, Rabea Khan dipetik polis sebagai berkata, anaknya tertekan sejak dua bulan lalu kerana hubungan dengan Suraj memandangkan dia tidak mempunyai sumber kewangan.


Pengarah filem, Ram Gopal Varma, yang memberi peluang kepada Nafisah atau nama sebenar Jiah untuk melancarkan karier lakonannya di Bollywood menerusi filem Nishabd pada 2007 berkata, dia terkejut dengan berita kematian itu.

“Dia tertekan mengenai kariernya dan takut mengenai masa depannya kerana tidak berlakon sejak tiga tahun lalu,” kata Ram.

“Kali terakhir saya bertemu Jiah dia berkata, setiap orang di sekelilingnya membuat dia merasakan dirinya gagal. Meskipun mendapat sanjungan dalam Nishabd dan berjaya dalam filem Ghazni dan Houseful, dia tidak bekerja. “Saya tidak pasti alasan yang menyebabkan perkara itu. Tetapi Jiah begitu tertekan mengenai kariernya dan takut menghadapi masa depannya,” kata Ram dalam laman Twitternya. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/06
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.248766 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list