Myvi pun nak terberanak agaknya..
NEGARA
Ambulans bawa ibu hamil kemalangan
SEORANG wanita hamil dikejarkan ke HUS selepas ambulans yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Sultan tengah, Kuching semalam.
KUCHING - Seorang wanita yang sarat mengandung terpaksa menahan sakit selama sejam selepas ambulans yang membawanya terlibat dalam kemalangan di Jalan Sultan Tengah di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 6 pagi itu, kenderaan membawa wanita yang berusia 20-an itu dalam perjalanan dari arah Bandar Baru Samariang menghala ke Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas mangsa mengadu sakit hendak bersalin. Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan Kementerian Kesihatan itu gagal mengelak sebuah kereta Perodua Myvi yang keluar secara tiba-tiba dari satu simpang sebelum melanggar bahagian kanan kereta itu. Ekoran pelanggaran itu, mangsa terpaksa menahan sakit selama sejam selepas ambulans tersebut terkandas di tengah jalan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0723&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2Zq3VAHCf
Hakcipta terpelihara
Last edited by ANNDHIA85 on 23-7-2013 12:15 PM
|