CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21375|Reply: 197

[Tempatan] {11} Pasangan Melayu bela 700 anjing & 100 kucing !

[Copy link]
Post time 15-8-2013 11:24 AM | Show all posts |Read mode

Azmi dan Halija tidak kisah pandangan serong masyarakat terhadap usaha mereka melindungi haiwan-haiwan itu.                                                                                                                                    
15 Ogos 2013               

ALOR SETAR - Atas dasar belas kasihan, sepasang suami isteri di sini sanggup membela kira-kira 700 ekor anjing dan 100 ekor kucing terbiar di kabin milik mereka.
        
        Bekas kontraktor, Md Azmi Ismail, 55, dan isterinya Halija Idris, 65, membawa balik haiwan yang sakit, cacat, tua dan mengalami pelbagai masalah lain untuk diberi penjagaan sebaik mungkin.
        
        “Dulu, kami hanya memelihara kira-kira 60 kucing sahaja. Namun, ketika itu kami tidak membela anjing berikutan tinggal di kawasan perumahan, sebaliknya hanya memberi makanan dan merawat anjing terbiar.
        
        “Namun, atas dasar prihatin dan sayang pada haiwan berkenaan, hati saya terdetik untuk menyediakan tempat berteduh buat mereka. Jadi saya berpindah ke kawasan lapang di Jalan Tanjung Bendahara, dekat sini. Lantas, membawa pulang dan merawat anjing terbiar ini,” katanya.
        
        Menurutnya, dia telah menganggap semua haiwan terbabit bagaikan anak-anaknya sendiri, malah tidak sanggup menjual anjing dan kucing terbiar peliharaan mereka ini walaupun ditawarkan dengan pelbagai harga oleh pihak tertentu.
        
        Malah, mereka menumpang teduh di tanah berkenaan yang terletak bersebelahan dengan sungai bagi memudahkan mereka menyamak selepas memegang anjing.
        
        Tak lepas daripada cemuhan
        
        Tidak semua perbuatan kita akan dipandang tinggi, pasangan suami isteri ini juga tidak terlepas daripada berdepan dengan cemuhan dan pandangan serong masyarakat.
        
        Menurutnya, ada sesetengah pihak mendakwa mereka tidak tahu hukum halal dan haram sebagai seorang yang beragama Islam.
        
        "Kami dikatakan pengotor selain isteri saya juga pernah diludah.
        
        "Dia menangis kerana terlalu sedih diperlakukan sebegitu selain mengenangkan tanggapan negatif masyarakat," katanya.
        
        Azmi berkata, demi niatnya yang hanya mahukan haiwan-haiwan berkenaan dilindungi, dia sanggup menerima hinaan dan cemuhan masyarakat.
        
        “Saya tak hirau apa pandangan mereka. Jika tindakan saya menyelamatkan nyawa anjing terbiar ini berdosa. Bagaimana pula jika ia dibandingkan dengan perbuatan anak muda yang terjebak dengan lembah maksiat yang setiap hari gejala itu dilihat makin membimbangkan,” katanya.
        
        Katanya, dia mengharapkan segelintir masyarakat dapat mengubah persepsi mereka, sebaliknya memahami keadaan sebenar.
        
        Berhutang nyawa pada anjing
        
        Sementara itu, Halija berkata, dia terhutang nyawa sebanyak dua kali kepada anjing peliharaannya di mana  nyawanya pernah diselamatkan oleh haiwan itu daripada mengalami kecelakaan dalam dua kejadian berbeza pada tahun 2011 lalu.
        
        Dalam kejadian pertama, dia hampir dipatuk ular senduk namun diselamatkan anjing bernama Poppy, kemudia dia diselamatkan pula seekor anjing digelar Adik ketika dia hampir lemas akibat tergelincir dan jatuh ke dalam sungai.
        
        “Saya tak pandai berenang. Masa itu, semua ahli keluarga juga tidak ada. Jadi apabila diselamatkan anjing peliharaan, saya rasa seolah-olah macam mati hidup semula kerana ketika itu saya rasakan tiada harapan lagi untuk hidup,” katanya.
        
        Latih cucu ambil alih rumah perlindungan
        
        Azmi berkata, dia memerlukan kira-kira 50 kilogram (kg) beras untuk anjing terbiar peliharaannya, manakala 10 kg ikan dan makanan kucing untuk haiwan peliharaan lain pada setiap hari supaya semuanya berada dalam keadaan sihat.

        “Bayangkan perbelanjaan menguruskan pusat perlindungan ini melebihi RM20,000 sebulan.
        
        “Namun, rezeki haiwan peliharaan kami tidak pernah putus-putus kerana setiap kali memerlukan, pastinya ada bantuan dihulurkan pihak tertentu,” katanya kepada Sinar Harian.
        
        Azmi menambah, dia juga telah melatih cucunya yang dijaga sejak kecil, Affendi Shamsul, 28, untuk membantu menjaga haiwan peliharaannya itu.
        
        Katanya, dia juga tidak memaksa Affendi  mengurus rumah perlindungan itu.
        
        Ia berikutan perkara yang menyentuh tanggungjawab seperti itu lahirnya dari hati seseorang.
        
        Mereka sememangnya tidak pernah mengajar anak dan cucu untuk membenci anjing kerana ia juga adalah makhluk ALLAH SWT.
        
        Dalam pada itu, Pak Mie melahirkan hasratnya untuk memiliki tanah lapang yang digazet menjadi tanah rumah perlindungan haiwan supaya mereka dapat meneruskan usaha menyelamatkan haiwan terbiar ini daripada terseksa.

p/s tersamak ker dia setiap waktu solat?

Last edited by tongkatwaran75 on 15-8-2013 11:36 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2013 11:27 AM | Show all posts

Azmi menunjukkan anjingnya yang sakit yang sering dibawa bersamanya.


Perbelanjaan untuk menguruskan haiwanhaiwan ini mencecah RM20,000 sebulan.


Halija menunjukkan anak anjing yang sakit yang sering dibawa mereka ke mana sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 11:27 AM | Show all posts
bukan sebelum solat jer dia samak, proses samak menyamak dilakukan setiap kali anjing/kucing dipegang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 11:29 AM | Show all posts
sabun taharah kan ade  mudah dan ringkas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2013 11:30 AM | Show all posts
gogo2 posted on 15-8-2013 11:27 AM
bukan sebelum solat jer dia samak, proses samak menyamak dilakukan setiap kali anjing/kucing dipegan ...

itu la sepatutnya...
tetapi klu dah asik memanjang dia pegang anjing...
700 ekor la...
time kebersihan ketika kejekan solat yg perlu dijaga..

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 11:32 AM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 15-8-2013 11:30 AM
itu la sepatutnya...
tetapi klu dah asik memanjang dia pegang anjing...
700 ekor la...

tapi rasa2nya dia tak pegang... anjing tuh  kan rayau2 kat tempat lapang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2013 11:33 AM | Show all posts
Polis cepat tangkap.... hati melayu2 umno dah terguris pakcik makcik nih dah menghina islam....
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 11:33 AM | Show all posts
Mulia nye hati mereka suami isteri...anjing dan kucing semua makhluk Allah..cuma samak le bila nak berwuduk dan sembahyangkan...

Aku takut anjing....jd xde hal le nak bela2 ni...tp kalau anjing tu tersepit atau ada masalah..Insya - Allah aku cuba tolong..kalau dia x gigit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2013 11:34 AM | Show all posts
700 hekor?   tak terkata dah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 11:35 AM | Show all posts
aku pernah bace cite pakcik ni......dia akan samak setiap kali masuk solat
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 11:37 AM | Show all posts
tt...soklan tu tt tanya la depa tu sendiri....bg sy xde masalah pon dgn husband and wife ni...kdg2 buat baik ngan binatang lg baguih dari bt baik ngan manusia....manusia ni tau nye mencemuh je..hulur bantuan xnk...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 11:42 AM | Show all posts
apa yg susah sangat nak samaknya?? Tuang air tanah sekali..bukannya kena berkubang dlm lumpur mcm kerbau
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 11:45 AM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 15-8-2013 11:27 AM
Azmi menunjukkan anjingnya yang sakit yang sering dibawa bersamanya.

kalau tgk gambar jelas anjing2 ni dibela diluar rumah..jadi tak de masalah.  Kagum juga tgk gambar mereka bela anjing kurap.  Org kapir pun tak sanggup bela anjing kurap.  Semoga Allah memberi balasan syurga kepada mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 11:45 AM | Show all posts
a_gen2 posted on 15-8-2013 11:42 AM
apa yg susah sangat nak samaknya?? Tuang air tanah sekali..bukannya kena berkubang dlm lumpur mcm ke ...

dah diajar dr kecik camtu.... nak ubah mentaliti tu bkn leh ubah shari dua...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Bab samak menyamak yg tt risaukan? Tuhan lebih pandang kemuliaan hati suami isteri ni dr perkara2 yg lain aku rasa
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 11:47 AM | Show all posts
a_gen2 posted on 15-8-2013 11:45 AM
kalau tgk gambar jelas anjing2 ni dibela diluar rumah..jadi tak de masalah.  Kagum juga tgk gambar ...

yup mmg nampak die bela luar rumah ade tmpt khas.... bkn bela dlm rumah yg tu mmg jd masalah.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2013 11:49 AM | Show all posts
heran aku dgn org2 yg dok pertikai 'pegang anjing ni, camne nak solat? sempat ke samak..?'

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
a_gen2 posted on 15-8-2013 11:45 AM
kalau tgk gambar jelas anjing2 ni dibela diluar rumah..jadi tak de masalah.  Kagum juga tgk gambar ...

Kann...aku tiap kali tgok anjing kurap mesti sayu hati....selalu akan usaha beri makan walau seketul ayam goreng
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 11:51 AM | Show all posts
brown_pupil posted on 15-8-2013 11:49 AM
heran aku dgn org2 yg dok pertikai 'pegang anjing ni, camne nak solat? sempat ke samak..?'

Tahap sentapan rakyat Malaysia sudah masuk red alert la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 11:52 AM | Show all posts
bila JAKIM nak buka kertas siasatan ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.072779 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list