CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6522|Reply: 63

[Tempatan] Tiada siapa layak gantikan Najib - Zainuddin Maiden

[Copy link]
Post time 19-1-2014 11:09 AM | Show all posts |Read mode


PELBAGAI tafsiran telah dibuat berhubung dengan posting saya (12 Januari 2014) supaya bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed  diberikan peranan dalam kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Penasihat DAP Lim Kit Siang memberikan reaksi pantas dengan menuduh saya sebagai menginisiatifkan komplot dan konspirasi golongan reaksionari dan anti demokrasi dalam Umno dan BN untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib.

Kit Siang sebenarnya mimpikan kekuatan saya lebih dari yang sebenarnya.

Saya tidak mempunyai sebarang kedudukan dalam Umno baik diperingkat bawahan atau atasan dan saya tidak mempunyai hubungan rapat dengan mana mana pemimpin Umno.

Saya juga tidak rapat dengan Mahathir seperti sangkaan banyak orang malah ketika melancarkan karya saya
Tun Razak Jejak Bertapak Seorang Patriot lama dahulu, Mahathir walaupun menganggap saya sebagai kawan tetapi katanya "Kawan yang menyusahkan."

Bagi saya kekuatan tidak semestinya bergantung kepada pertubuhan atau parti jika kita mempunyai kekuatan sendiri.

Umpamanya apabila saya  mengkritik bekas Presiden Indonesia Habibi yang mengujungi Anwar Ibrahim sebelum Pilihanraya Umum Malaysia tanpa menghormati tatasusila negara ini, telah menimbulkan reaksi yang cukup hangat di Indonesia.

Lebih 1 juta menonton saya menerusi interviu sacara langsung  oleh TV1 Indonesia dan juga mendapat perhatian  pemimpin  pemimpin besar Indonesia termasuk Presiden Indonesia sendiri.

Saudara Kit Siang boleh meminta angka ini dari TV1 Indonesia sendiri.
Saya juga merasa bangga kerana sebagai orang yang tidak mempunyai apa apa kedudukan dalam parti dan kerajaan saya  masih mendapat perhatian dari saudara Kit Siang.  

Selain dari Kit Siang , kalangan Umno sendiri ada yang menganggap saya menyindir kepimpinan Najib yang lemah.

Saya tidak menyindir tetapi saya katakan terus terang dalam tulisan saya itu jika berikan ISA pada Najib pun tidak akan berkesan.

Maka itu bukan ISA yang perlu dikembalikan tetapi Mahathir yang perlu dikuatkuaskan semula tetapi bukan dengan mengambilaleh jawatan Najib.

Pada pandangan saya disebalik kelemahannya, Najib  mempunyai kekuatan tersendiri terutama dalam mempastikan penerusan pegangan kepada nilai  tradisi pemerentahan yang diwarisi sejak Perikatan.

Najib  dapat  mengawal emosinya, bertoleransi,bertolak ansur,bermaafan dan berdeplomasi  dalam menghadapi berbagai tekanan sekalipun dalam keadaan yang runcing dan amat mencabar.

Pegangan kuat kepada tradisi  politik  ini  yang menjadi pertahanan kebal kepada negara dalam menghadapi berbagai provokasi dari masa ke masa.

Jika BN pimpinan Najib bertindak mengikut emosi rakyat maka tentunya kita sudah lama melihat Malaysia dicerobohi  oleh anasir asing seperti yang berlaku di Syria, Iraq dan sebelumnya di Indonesia yang menjatuhkan Soeharto. (sekarang rakyat Indonesia mengenang  kemakmuran dizaman Soeharto).

Inilah juga yang diharapkan  oleh  anasir-anasir subersif dalam negara kita yang dulunya adalah komunis tetapi sekarang menjadi anjing kepada kuasa imperialis  Global.

Bagaimanapun kekuatan Najib  lebih banyak dilindungi oleh kekalahannya  dalam masalah  peribadi yang terang lagi bersuluh kepada umum walaupun cuba dilindunginya disamping  pendekatan pendekatan populisnya yang bersifat  elitis yang tidak menjijak hati rakyat sebaliknya lebih menjadi bahan ketawa rakyat.

Untuk mengatakan beliau tidak berhati perut Melayu adalah tidak benar sama sekali.

Jika demikian masakan terloncat dari mulutnya perkataan Tsunami Cina bila orang  Cina menolak BN dan juga apabila ditanya  oleh wartawan wartawan akhbar Cina berkali-kali mengenai berita Utusan Malaysia “ Apa lagi Cina mahu?.” Najib sambil mengawal perasaannya menjawab :  
Bagaimana pula dengan akhbar akhbar Cina?  yang menyebabkan wartawan wartawan Melayu bertepuk dalam suatu sidang akhbar.

Malangnya   pendekatan kebangsawanannya  untuk menjijaki hati  rakyat  tidak menampakan  ketulenan dan keperibadian semula jadi.

Umpamanya apabila beliau mengujungi gerai makan atau café dalam musim pilihan raya untuk dijadikan berita bergambar di  akhbar dan lain-lain media perdana.

Bila ini menjadi berita maka menunjukan  hal itu “luar biasa” tetapi bagi rakyat itu adalah kehidupan harian mereka. Menjadikannya "Luar Biasa"  menerusi stage manage  mendedahkan selama ini beliau tidak pernah bersama rakyat di kedai kopi.

Ucapan  penceramah popular yang tidak jadi masuk Umno, Mohammad Kazim Elias bahawa “Sepatutnya dalam hal yang melibatkan keselamatan agama dan ketenteraman awam,kerajaan tidak boleh berlengah dan beri ruang masa terlalu lama kerana akhirnya beri kesan tidak elok pada negara” sebenarnya suatu kecaman tepat dan pedas terhadap Najib yang menepati apa yang tersimpan di hati majoriti rakyat.

Tentunya orang lebih percaya kepada Kazim dari Najib kerana sudah terlalu banyak bukti Najib bergerak macam kura kura terutama dalam pekara yang berkaitan dengan Mahkamah.

Apakah kerana hendak menunjukan kebebasan Mahkamah  maka  kerajaan tidak mahu campurtangan   mempercepatkan keputusan dalam pekara yang panas dan  runcing.

Siapakah yang percaya kepada kebebasan mahkamah?

Adakah  Najib masih percaya rakyat akan kembali menyokong kerajaan dengan menunjukan kebebasan Mahkamah?  

Dalam kes Anwar Ibrahim  pun,rakyat dari kedua pihak yang bertentangan  telah hilang keyakinan terhadap  kredebiliti Institusi  Keadilan dan Kehakiman negara ini.

Najib terlalu elitis untuk memahami perasaan rakyat dan terlalu banyak teragak agak dalam membuat keputusan yang menyerlahkan sikap
indecisive.

Najib lebih terkenal dengan keupayaan menanguhkan masalah dan bukannya menyelesaikan masalah.

Maka itu saya rasa Najib  memerlukan bantuan dan sokongan  moral dari orang seperti Tun Dr.Mahathir yang mempunyai aura yang sangat besar sehingga  mendengar  cadangan namanya untuk dikembalikan ke dalam pemerentahan sudah  menggeletarkan Kit Siang and The Gang.

Saya tidak fikir Mahathir  gila kuasa atau  beliau mahu kuasa Perdana Menteri  sekiranya beliau diberikan kedudukan dalam kerajaan tetapi beliau mahu mengembalikan kuasa Umno.

Beliau mempunyai keyakinan bahawa Umno menerusi kepimpinan yang ada sekarang masih boleh dipulehkan kekuatannya.

Secara ikhlas saya tidak nampak seorang pun yang dapat menandingi kewibawaan Najib pada masa ini.

Beliau mesti disokong dan diberikan kepercayaan untuk menjalankan tugasnya dengan lebih berani  mengambil risiko.

Mahathir boleh membantunya  dalam hal ini.

Jika  dengan bantuan Mahathir kekuatan Najib dan BN dapat dipulihkan maka apakah salah untuk Najib  meneruskan kepimpinan hingga lepas Pilihan Raya Umum akan datang.‬


Dipetik daripada blog Zainuddin Maiden

http://www.sinarharian.com.my/karya/entri-blog/tiada-siapa-layak-gantikan-najib-1.241704



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2014 11:16 AM | Show all posts
yup.. cadangan yg agak bernas buat masa ni drp ZM ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2014 11:26 AM | Show all posts
adakah Najib akan lebih dihormati jika TIADA ROSMAH?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2014 11:32 AM | Show all posts
DTECCONAN posted on 19-1-2014 11:26 AM
adakah Najib akan lebih dihormati jika TIADA ROSMAH?

atau lebih tepat lagi, siapa perlukan Mahathir di kala Najib dah ada ROSMAH

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2014 11:34 AM | Show all posts
part najib banyak menangguhkan masalah dari settle tue mmg nampak...
najib banyak senyap...
bila bersuara, keluar benda2 yg tak patut keluar...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2014 11:36 AM | Show all posts
kalau mahathir masuk, jadi apa?
penolong perdana menteri ka?

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-1-2014 11:38 AM | Show all posts
Najib sebenarnya lebih baik dr Anwar Ibrahim, Najib lebih berhati-hati dalam setiap tindakan beliau

Anwar Ibrahim, dalam parti sendiri bermasalah

di Selangor sendiri tak habis2 bergaduh antara Azmin dgn Khalid Ibrahim

Sabah kucar-kacir disebabkan Anwar Ibrahim terlalu cepat memberikan kepercayaan kpd org lain
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2014 11:45 AM | Show all posts
DTECCONAN posted on 19-1-2014 11:38 AM
Najib sebenarnya lebih baik dr Anwar Ibrahim, Najib lebih berhati-hati dalam setiap tindakan beliau
...

cuba kalau anwar jadi pm, mau semua akan cium tangan dia dan akan setia pada dia
jawatan yg boleh memberi habuan akan dikerumun org dan org akan mengaku setia padanya.. macam najib
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2014 11:50 AM | Show all posts
DTECCONAN posted on 19-1-2014 11:38 AM
Najib sebenarnya lebih baik dr Anwar Ibrahim, Najib lebih berhati-hati dalam setiap tindakan beliau
...

masalah khalid dgn azmin pada saya ialah kerana khalid nak jarakkan sgt pemerintahan dgn parti
perjuangan parti ialah untuk kuasa, tapi dpt kuasa parti ditinggal terkontang kanting



Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2014 11:50 AM | Show all posts
najib lebih baik dari anwar...?? kah...kah...kah.. menitis air mata aku....

aku rasa kalu najib kuar UMNO dan buat parti baru.. macai nih laa yg gi sujud jilat tangan najib dan rosmah lagi kot...hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2014 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau anwar jd pm, semua lelaki warga malaysia akan berorientasi gay!
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2014 11:53 AM | Show all posts
zam.. madey diperlukan untuk selamatkan..?? do u think madey can release this problem..??? u r wrong.... kalau madey bleh selesaikan masalah ini dan dia sangat brainless, dia takkan lepaskan jawatan cepat2 pada pak lah disaat dia dah tak bleh nak selamatkan ekonomi ketika itu supaya nama dia jadi clean....

dikala teamwork dia dah takder ketika itu, dia tak dapat nak pikir camna nak selamatkan malaysia dan cepat2 lepaskan jawatan supaya yg amik alih dari kebusukan dia mendapat nama busuk kerana tak dapat recover masalah negara....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2014 12:03 PM | Show all posts
slippergombak posted on 19-1-2014 11:53 AM
zam.. madey diperlukan untuk selamatkan..?? do u think madey can release this problem..??? u r wrong ...

apa yg jadi pada malaysia sekarang adalah kesan drp cara pemerintahan madey
ameno plak dah dipasak cara pemikiran mereka dgn cara pemikiran madey sampai tak boleh nak rungkai
besarnya masalah yg madey bawak sampai pm yg nak bawak perubahan akhirnya bukan saja kena tibai oleh org umno tapi kena tibai juga oleh rakyat

lagi mau kata madey boleh tolong najib?
gila ke hapa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2014 12:06 PM | Show all posts
petola posted on 19-1-2014 11:50 AM
masalah khalid dgn azmin pada saya ialah kerana khalid nak jarakkan sgt pemerintahan dgn parti
pe ...

kesian dekat Khalid Ibrahim, yg nak rosakkan dia dr PKR sendiri
tak tahu nasib Selangor kalau Azmin yg ketuai

benda ni dah berlaku di Kedah, sesama PAS sendiri bergaduh
sekarang ni baru nak sedar
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2014 12:07 PM | Show all posts
pemimpin kangkung
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2014 12:25 PM | Show all posts


...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2014 12:47 PM | Show all posts
MissNigga posted on 19-1-2014 12:25 PM
...

skerinyeee
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2014 12:52 PM | Show all posts
lilacomot posted on 19-1-2014 12:47 PM
skerinyeee

khenz....
part mata menjeling tu ... very scary....
bayangkan waktu malam.. tetiba ternampak mata cam tu menjeling tajam kearah weols... euww... mau terbawa bawa masuk dalam tido uols
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2014 12:53 PM | Show all posts
KANGKUNG ja boleh ganti dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2014 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamak maiden ni cakap je lebih, satgi ade org lain naik gantikan najib, dia isap jugak. Kipas kuat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54341 Replies : 19
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
'Tak takut ke esok Allah hisab?', tukang landskap pula 'expose' perangai Che Ta (tapi kat media cakap kontraktor yang banyak tipu dia)
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 24399 Replies : 73
Tengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak terima sebarang pemakluman keluar Umno
AbahmungTengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak
Views : 8991 Replies : 5
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 51978 Replies : 910
Ringgit lebih kukuh, inflasi kekal terkawal isyarat positif ekonomi Malaysia
AbahmungRinggit lebih kukuh, inflasi kekal terka
Views : 9321 Replies : 4
THE ORDER
SY_MumiTHE ORDER
Views : 505 Replies : 0
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 280058 Replies : 8207
The Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -DisneyHotstar
ismahaThe Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -
Views : 82214 Replies : 719
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 30484 Replies : 610

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.075575 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list